LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, June 26, 2009

KRONOLOGI PROJEK EKO-KREATIF

KRONOLOGI PROJEK EKO-KREATIF

PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP

SMK REDANG PANJANG,

BATU KURAU, PERAK

1. 16 April 2001 - Projek Eko-Kreatif dimulakan. Lokasi pertama - Hutan sekitar Lata Buluh, Ijok. Sehingga Oktober 2001, enam ekspidisi projek telah dilaksanakan di hutan-hutan sekitar Ijok, Redang Panjang, Pondok Tanjung dan Bukit Larut.

2. 26 Jun 2001 - Menyertai pameran sempena Karnival Ko-Kurikulum Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama anjuran PPD LMS di Dewan Perbandaran Taiping.

3. 31 Ogos 2001 - Mengadakan pameran dan jualan secara terbuka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Taman Tasik Taiping.

4. Mac 2002 – Berjaya menghasilkan krim merawat kudis dan gatal-gatal daripada spesies kulat ‘polypor polytatus’ (kulat merah) dinamakan krim mutiara rimba.

5. 25 – 27 Mei 2002 - Menyertai Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Negari Perak sempena Karnival Akademik Negeri Perak anjuran JPN Perak di SERATAS Taiping. Projek Inovasi ‘Krim Mutiara Rimba’ telah memenangi hadiah saguhati.

6. 27 Julai 2002 - Pelancaran Produk Inovasi ( K Kraf da Krim Mutiara Rimba) sempena Hari Keusahawanan SMK Redang Panjang Pelancaran dilakukan oleh Encik Azrie bin Ismail, Penolong PPD (Ko-Ko) Larut, Matang dan Selama bertempat di SMKR P.

7. 21 September 2002 - Pameran sempena Kem Kesihatan dan Kebajikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter Larut dan Matang di SMKRP. Perasmian Kem oleh YAB Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak.

8. Mei 2003 - Menyertai Pertandingan Inovasi Sains 2003 Peringkat daerah LMS dengan projek ‘Gel KulVera’ di SMK Hua Lian Taiping.

9. 25 – 28 Jun 2003 - menyertai pameran Sains dan Teknologi sempena Karnival Sains dan Teknologi peringkat Negari Perak anjuran JPN Perak pada bertempat di SM Anderson, Ipoh.

10. 24 Julai 2003 - Dimaklumkan oleh Tuan Haji Abd. Malik bin Abd. Ghani agar membuat persiapan untuk pelancaran projek 3S K ( Satu Sekolah Satu Kecemerlangan)

11. 25 Julai 2003 - Memulakan kerja membuka galeri di bekas bilik guru lama.

12. 27 Julai 2003 - Projek Eko-Kreatif dipilih sebagai projek 3SK sekolah – dilancarkan oleh YB Datuk Ali bin Mat Isa ADUN Selama dan YB Tuan Haji Jeffery bin Mohd. Yunus ADUN Batu Kurau di Galeri 3SK SMKRP

13. 5 Mac 2004 - Pameran sempena Minggu Pencegahan Penyalahgunaan dadah peringkat SMKRP - Tetamu, Tuan Haji Daud, bakal Calon ADUN Selama.

14. 16 Mac 2004 terima surat daripada Malaysia Book of Records – iktiraf Raja Kulat sebagai kulat terbesar di Malaysia.

15. 24 April 2004 - Pameran Sempena Hari kemuncak Minggu ko-kurikulum SMKRP dan pelancaran pengiktirafan Kulat Gergasi sebagai kulat terbesar di Malaysia oleh Yang Setia Tuan OCPD Selama.

16. 24 hingga 28 Ogos 2004 - Pameran Sempena Pesta Konvo UPSI 2004 – Oleh Encik Malib

17. 29 Ogos 2004 - Penggambaran Majalah 3 oleh TV 3

18. 11 – 13 September 2004 - Pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2004, di Ladang Infoternak, Sungai Siput.

19. 11 September 2004 - Siaran di Majalah 3

20. 10 Disember 2004 - Ulang siaran di Majalah 3

21. 30 April 2005 - Pameran Hari Ko-Kurikulum Daerah LMS di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping.

22. 11 Mei 2005 - Pameran sempena Perasmian SMK Klian Pauh oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak.

23. 28 Mei 2005 - Pameran Hari Guru Peringkat Negeri Perak di Dewan MPT Taiping (Dibatalkan)

24. 14 Mei 2005 - Dihubungi oleh Mejar Shaharuddin, Adikong Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak. – atas titah Tuanku berkenaan Raja Kulat (Ketika Mesyuarat LPM di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor)

25. 21 Mei 2005 - Ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar bersama Tuan Hj Manan Yahi dan En Guzali Shaharan kerana temu janji dengan Datuk Pengelola Istana – YM Raja Datuk Mansur bin Raja Razman dan Tuan Hj Japilus – Perbincangan awal penyerahan Kulat. - (Di bawa melawat ke dalam Istana dan Galeri Sultan Azlan Shah)

26. 28 Mei 2005 - Ke Istana Iskandariah - menyerahkan gambar kulat yang akan dipersembahkan atas titah tuanku kepada Tuan Haji Jafilus.

27. 4 Jun 2005 - Ke Pejabat Istana – menetapkan tarikh penyerahan dengan Pengelola Istana, YM Raja Datuk Mansur bin Raja Razman.

28. 15 Jun 2005 - Majlis Penyerahan Raja Kulat kepada wakil ke Bawah Duli Tuanku YM Raja Datuk Mansur bin Raja Razman di dewan asrama SMKRP.

29. 17 Oktober 2005 – Berbincang dengan Tuan Pengetua untuk memindahkan Galeri ke bekas rumah guru.

30. 10 Disember 2005 - Memulakan kerja-kerja mengubah suai rumah guru lama untuk dijadikan galeri.

31. 2006 - Raja Kulat telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records Edisi Ulang Tahun ke 10.

32. Febuari 2006 – Diarahkan mengisi borang penganugerahan Pingat sempena Keputeraan Paduka Seri Sultan ke 79. – Juga Tuan Pengetua Encik Shukri bin Mokhri.

33. 15 Mei 2006 - Menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak atas penganugerahan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) oleh Paduka Seri Sultan. Turut terima A.M.P – Pengetua, Encik Sukri bin Mokhri

34. 26 Mei 2006 – Raptai istiadat penganugerahan Darjah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

35. 27 Mei 2006 - Istiadat Penganugerahan Darjah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. – disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

36. 8 Julai 2006 - Pameran sempena Hari Ko-kurikulum sekolah.

37. Julai 2006 - Pameran sempena Pesta Pantun Peringkat Daerah LMS.

38. 19 Ogos 2006 - Memulakan kerja mengecat Jalur Gemilang di dinding depan dan bumbung galeri sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 49 2006. ( Target - 4 orang tenaga kerja utama , masa - 9 hari dan jam terkumpul - 49 jam)

39.

S T R I V E F O R E X C E L L E N C E

DREAM, VISIONS AND INSPIRATION

- CREATE GOALS

NEVER ENDING DISCOVERY

I LOST MY HEAD

(BUCKHINGHAM PALACE, LONDON

-DIS 1997)

Thursday, June 18, 2009

Our Fungi in Craft Gallery



De RK Art and Craft Gallery

SMK REDANG PANJANG (MODEL KHAS)
IJOK, BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN.

ORGANISED BY :
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP,
SMK REDANG PANJANG (MODEL KHAS), IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARL RIDZUAN.

Galeri ini ditubuhkan sejak 2002 hasil satu projek persatuan Kemahiran Hidup iaitu Projek Eko-Kreatif yang mula dilaksanakan pada tahun 2001.
Dengan tema "menjejak mutiara di rimba"
sekumpulan ahli yang komited bersama guru penasihat persatuan ketika itu telah mengadakan beberapa ekspidisi di sekitar Hutan Simpan Klian Gunung, Pondok Tanjung, Redang Panjang, Ijok dan di Bukit Larut. Tujuannya untuk 'menjejak mutiara'. Berbagai 'mutiara' telah dapat
dijejak. Namun yang dipilih adalah mutiara yang unik dan berharga. Dan hasil daripada ratusan artifak yang telah melalui pelbagai kaedah ujikaji, inilah hasilnya. Untuk kita kongsikan bersama.

***********************************************************************************
1. BEBERAPA SUDUT PANDANGAN BAHAGIAN LUAR GALERI.

Pandangan blok pentadbiran sekolah dari pintu utama galeri.

**********************************************************************************

2. Raja Kulat

Raja Kulat:
Kulat terbesar di Malaysia

Raja Kulat, adalah antara koleksi istimewa yang pernah kami miliki. Telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada 2004 sebagai kulat terbesar di Malaysia. Sila rujuk, MYBOR 10th Edition. TV3 juga telah membuat liputan dan tersiar dalam Majalah 3 pada 11 Sept. 2004. Kini, raja kulat telah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak dan ditempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

************************************************************************************

3. Bahagian tengah galeri


Air terjun unik tiga tingkat berkongsepkan alam semula jadi. Mempunyai dua sudut pandangan dan air mengalir dari celah kayu lama megah terletak di tengah-tengah galeri menyambut kehadiran tetamu.

***********************************************************************************
4. Spesies Kulat Yang Dijadikan Bahan Kraf



5. Koleksi Kraf Kulat

Insyallah koleksi dan info yang lain akan menyusul.