LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, August 30, 2009

UPSR, PMR DAN SPM



KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN AWAM
(UPSR, PMR DAN SPM) SMKRP

KAMI UCAPKAN
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

DOA DAN HARAPAN KAMI SEMOGA
ANDA SEMUA AKAN
MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.



SALAM MERDEKA

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 ini, kami dengan bangganya ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52

Dengan harapan negara kita yang tercinta ini akan terus maju dan kekal aman makmur selamanya.

Semuga hidup kita semua akan lebih ceria di bawah naungan Jalur Gemilang, Malaysia negara bertuah.

Sama-samalah kita laungkan MERDEKA......MERDEKA,.....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA.

dan kekalkan kemerdekaan untuk selamanya.

Selamat Berpuasa.

Sempena Ramadhan 1430 ini kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua berada khususnya kepada semua warga SMKRP.

KATA AL-GHAZALI:  
" yang jauh itu WAKTU, 
yang dekat itu MATI, 
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
dan
yang indah itu SALING MEMAAFKAN.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

Tuesday, August 11, 2009

Kajian Kulat - Bagaimana bermula?

NAMA PROJEK:      PROJEK  EKO-KREATIF
TEMA                :      MENJEJAK “ MUTIARA” DI RIMBA
TARIKH MULA  :     14  APRIL  2001

LOKASI:
1.       HUTAN SEKITAR REDANG PANJANG DAN IJOK
2.      HUTAN SIMPAN PONDOK TANJUNG 
3.      BUKIT LARUT, TAIPING 

OBJEKTIF PROJEK:

MENGENAL PASTI  SUMBER-SUMBER SEMULA JADI UNTUK 
MENGHASILKAN PRODUK BARU  MELALUI KAJIAN  
SAINTIFIK SERTA  KREATIF & INOVATIF

KAJIAN YANG DIJALANKAN:

1.     KAJIAN POTENSI PELBAGAI JENIS KULAT LIAR SEBAGAI PRODUK KRAF.
-             MENGENALPASTI POTENSI
-             TEKNIK  MENGAWIT
-             TEKNIK PENJAGAAN BAHAN
-             MEMPELBAGAI BENTUK PRODUK
2.     KAJIAN POTENSI KULAT LIAR SEBAGAI BAHAN PERUBATAN
-             KULAT SPESIES POLIPUR (KULAT MERAH) SEBAGAI UBAT 
              MERAWAT  KUDIS DAN GATAL.
3.    KAJIAN POTENSI-POTENSI LAIN KULAT LIAR

Sunday, August 9, 2009

Pameran Kraf Kulat dan Bunga Tekap

Pameran Luar
Hari Ko-Kurikulum SMK Dato' Kamarudin, Batu Kurau, Perak
08 Ogos 2009









Wajah Baru Galeri

Sempena Bulan Sains dan Teknologi SMKRP (Julai 2009), susun atur bahan pameran telah diubah suai. Pameran teknologi mengawet bahan utama pameran (kulat) dan bunga-bunga segar telah diadakan. Bunga-bunga segar yang telah diawet dan diwarnakan, ditekap dan digubah menjadi hasil kraf yang sangat menarik. Kraf bunga tekap (Pressed fresh flowers craft). Terima kasih kepada Laman Kraf Tani Enterprise Cawangan Perak yang telah memberikan kerjasama dalam pameran teknologi bunga tekap



Inilah hasil-hasilnya - cantik dan menarik

Selain itu, galeri juga telah menganjurkan projek mengumpul dana dengan menjual kraf bunga tekap bagi mengindahkan landskap sekolah. Projek yang akan dibina adalah sebuah dataran serba guna untuk kegunaan semua warga sekolah. Dianggarkan kos projek sebanyak RM3000.00 bagi fasa pertama ( 2009) dan fasa kedua (2010) juga dianggarkan RM 3000. Setakat ini, projek fasa pertama telah bermula - merata dan memadatkan tapak sebelum diletakkan batu susun. Terima kasih kepada semua warga sekolah, (pelajar, pekerja swasta, staf sokongan, guru) yang telah memberikan kerjasama yang cukup membanggakan terutama kepada Tuan pengetua yang begitu berdedikasi, Puan Hasmah bt Mohd. Yusoff. Insya'Allah projek fasa pertama akan dapat disiapkan mengikut jadual sebelum menjelangnya fajar 2010.