LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, November 19, 2010

Renovation










Alhamdulilah........, projek Persatuan Kemahiran Hidup iaitu "Projek Eko-Kreatif" yang diadakan sejak tahun 2001 telah dipilih lagi oleh pihak sekolah sebagai imej sekolah disamping satu lagi projek iaitu Projek Menternak Ikan Air Tawar.  Ini merupakan pemilihan kali ke dua dimana pada tahun 2003, projek ini juga telah dipilih sebagai projek 3S K sekolah.  (Satu Sekolah Satu Kecemerlangan).

Untuk tujuan itu, galeri yang menghimpunkan produk-produk hasil Projek Eko-Kreatif perlu berwajah baru.  Pengubahsuaian dari aspek pembahagian ruang  dan susun atur bahan pameran sedang giat dijalankan.  Ini termasuklah menambah ruang,  jenis dan jumlah bahan pameran.  Empat ruang utama iaitu ruang pameran produk hasil projek eko-kreatif, taman eko, kraf bunga tekap dan   ruang untuk koleksi mata wang lama serta setem dan sampul surat hari pertama disamping ruang R&D dan mini teater.

Landskap luar galeri akan berubah konsep kepada 'edible garden' ........