LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, December 22, 2011

Taman Burung I

Merbah Daun Kepala Hitam
(Capah Daun Kepala Hitam)
Merbah Daun Kepala Kuning
(Capah Daun Kepala Kuning)
Merbah Daun Kepala Kuning
(Capah Daun Kepala Kuning)

Merbah Daun Kepala Hitam
(Capah Daun Kepala Hitam)
Bermula dengan dua spesies burung merbah.  Merbah Daun Kepala Kuning
dan Merbah Daun Kepala Hitam.  Burung ini juga dikenali dengan panggilan tempatan
dengan burung capah daun.  Kedua-duanya berwarna hijau tetapi warna dibahagian kepalanya berbeza.
Sebab itu dikenali dengan kepala kuning dan kepala hitam.

Merbah daun kepala kuning lebih cantik. Hijau warna utama.  Bahagian atas kepala dan sekitar leher berwarna kekuningan, bahagian bawah leher berwarna hitam dan bahagian hujung sayap 
berwarna kebiru-biruan.

Merbah daun kepala hitam pula keseluruhan bulu berwarna hijau kecuali bahagian bawah leher
berwarna hitam.

Diet utamanya buah-buahan seperti pisang disamping serangga dan ulat.

Sangat aktif dan agreasif.

Wednesday, December 21, 2011

Semangat Luar Biasa


 Artikel pilihan: Cara mendapat semangat luar biasa
Oleh: Irfan Khairi
(Artikel ini dipetik daripada email yang diterima daripada saudara Irfan Khairi)

Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.
Jawapannya- the Outsider's Edge.
Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.
Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"...
Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.
Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.
Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Saturday, December 17, 2011

Hayati semangat kompetitif rakyat China: Ungku Aziz


KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Disember, 2011: Generasi muda Melayu masa kini perlu menghayati budaya dan semangat kompetitif rakyat China untuk mencorak kehidupan lebih inovatif dan kreatif serta memperluaskan lagi kotak pemikiran sedia ada, kata Profesor Diraja Ungku Aziz, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan perlu menghantar pelajar Melayu khususnya untuk menuntut di universiti ternama di negara itu bagi menyerap pengetahuan serta budaya hidup mereka.

"Saya rasa sudah sampai masanya kita menukar haluan dan memperluaskan lagi sudut pandang kita dari negara Jepun dan Korea, ke negara China," katanya ketika berucap pada Bengkel Sambutan 30 tahun Dasar Pandang ke Timur di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, di sini.
Tokoh akademik itu menarik perhatian bahawa masalah besar yang dihadapi generasi muda Melayu sekarang ialah mereka berada pada zon selesa dan kurang kompetitif, tidak seperti orang muda dan golongan pelajar di China. 

"Dunia bergerak tetapi kita tidak bergerak. Saya cuma hendak gambarkan di sini orang Jepun di negara mereka sudah berubah, mengapa kita tidak?...Anak Melayu perlu berubah. 

“Anak Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT), bekas graduan serta ribuan bakal penuntut IPT perlu mengubah minda mereka,” katanya. 

Ungku Aziz berkata, impak mempelajari ilmu di negara China sendiri mampu membawa perubahan kepada orang Melayu kerana penguasaan bahasa Mandarin dan kemahiran yang diperoleh mampu membentuk generasi yang berdaya saing selain membuka peluang pekerjaan besar untuk mereka.
"Perlu saya terangkan pembinaan budaya negara China perlu diceduk orang Melayu dan dibawa balik ke Malaysia supaya negara ini boleh maju dan menjadi kompetitif,” katanya. -BERNAMA