LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, May 31, 2012

Luar Galeri





Antara pokok-pokok hiasan yang terdapat di luar galeri.

Bunga Tekap - up date.



Seminggu sebelum cuti pertengahan tahun persekolahan itu hari, adalah sedikit masa terluang,
maka admin gunakanlah untuk up date serba sedikit bahan pameran di galeri.  Antaranya tukar bahan pameran kraf bunga tekap.  Inilah bahan pameran bunga tekap terbaru yang dipamerkan di galeri sekarang.



DSG 13









Inilah antara (sekadar beberapa sahaja yang mampu di UL) papan impian (dream board) pelajar sekolah kami.  Kepada mereka semua, berusahalah agar semua impian itu akan tercapai.  Namun begitu, apa yang admin musykil adalah impian pelajar-pelajar lelaki.  Tiada satupun dream board siap dengan sempurna.  Nak kata tak tau buat atau tak ada impian adalah mustahil.  Tapi itulah hakikatnya.  Dalam usia remaja ni kebanyakkan mereka tiada fokus.  Minda mereka terawang-awang.  Tanpa tujuan yang pasti. Samar dan hampir kosong. Untuk menyatakan impian/cita-cita mereka pun, mereka kurang pasti dan kurang yakin.  

Selain daripada itu, kebanyakkan daripada mereka terlalu terpesona kepada sesuatu yang berkait dengan media sosial.  Gedget-gedget, i-pad, i-pod yang canggih merupakan impian utama mereka.
Admin yakin, jika diadakan pertandingan dan benda-benda tu lah hadiahnya, pasti mereka berebut menyertainya.

Sebenarnya ada lagi beberapa dapatan hasil daripada aktiviti membuat dream board ni.  Semuanya amat berbeza dengan impian/keperluan ketika zaman admin seperti mereka dulu.  Wang adalah satu daripadanya. Admin berani menyatakan bahawa keperluan wang kebanyakkan daripada mereka dalam sebulan sama banyak atau lebih berbanding dengan gaji bulanan yang admin terima ketika mula bekerja sebagai guru pertengahan 80an dulu.  Itu anak remaja.  Fikirkanlah.  Kerana wang, macam-macam perkara boleh berlaku.

Thursday, May 24, 2012

Waris Raja Kulat







Inilah foto terbaru waris raja kulat.  Berusia lebih kurang 8 tahun.  Kulat ini tumbuh semula
ditempat asal (raja kulat) pada akhir tahun 2004.  (Waktu liputan oleh Majalah 3 pada 29 Ogos 2004
kulat tu belum tumbuh lagi).

Minggu lepas (Sabtu  19 Mei 2012) admin singgah untuk meninjau lokasi (pokok) tempat raja kulat ditemui.  Oleh kerana pokok tu terletak di tepi jalan lazimnya admin tengok-tengok sekali lalu sahaja
sambil memandu.  Tahu kulat tu ada tumbuh semula kerana selama 8 tahun tu, admin telah beberapa kali tinjau dan ambil gambar (ada dalam post 2010).

Cuma kali ini admin sangat terkejut.  Walaupun hampir setiap hari admin memandu melintasinya tapi tidak perasan.  Tak terfikir untuk mendongak ke atas.  Pokok keruing sebesar hampir empat pemeluk admin dan setinggi lebih 100 kaki,  tempat tumbuhnya kulat tu, rupanya telah agak lama mati.  Hampir reput dan dahannya telah ada yang patah dan gugur.
Rasanya, dua tahun lepas pokok tu masih gah hidup.






Inilah pokok keruing tempat raja kulat - kulat terbesar di Malaysia (MYBOR 10th Edition) ditemui.

*** Berdasarkan saiz kulat (8 tahun) yang tumbuh semula (foto di atas), admin yakin, raja kulat (yang kini dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar) berusia lebih 80 tahun.   Hipotesis ini juga berdasarkan cerita penduduk tempatan mengatakan datuknya (telah meninggal dunia) pernah menceritakan dan duduk di atas kulat itu sekitar awal tahun 60 an.  Admin tak dapat ingat siapa orang tu.  Sembang santai di warong kopi - tahun 2006 beberapa hari lepas admin terima anugerah pingat daripada sultan.

Raja Kulat.
"MYBOR Biggest Fungus"

Friday, May 18, 2012

Anugerah Guru Cemerlang Parlimen Larut 2012





Syukur Alhamdulilah........ ini anugerah yang admin terima malam ini.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
DUN KUBU GAJAH.

di Malam Anugerah Kecemerlangan Guru Parlimen Larut 2012.
18 Mei 2012
Hotel Taiping Perdana.
Sebuah plag kristal berserta tunai RM500.00

Majlis dianjurkan oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainuddin
Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi
Merangkap Ahli Parlimen Larut.

Bersama tetamu khas dan perasmi majlis 
Yang Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh 
Tuan Haji Idris bin Haji Ramli
Pemangku Pengarah Pelajaran Perak
Tuan Haji Wazir bin Mustafa
Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama
Pengetua-Pengetua dan Guru Besar kawasan Parlimen Larut
Ketua-ketua Jabatan di daerah LMS
dan lebih seribu orang guru dan staf pendidikan seluruh parlimen Larut.

Thursday, May 17, 2012

Buah Ajaib



Ini adalah antara buah pokok hutan paling istimewa dalam koleksi kami.  
Ada beberapa biji je dalam simpanan kami.
Buah ni, macam itulah bentuknya.  Ada orang kata macam buah durian.   Ada juga
orang kata macam buah belimbing.  Kulitnya pula macam kulit buah sukun. 
Nama buah tu, entahlah......kami masih tak dapat lagi kenal pasti.




Masa jumpa dulu (7 tahun yang lalu) keadaannya elok.  Keras dan berwarna hijau pudar dan kemerahan.  Terbuka pangsanya secara semulajadi sedikit demi sedikit apabila kering.  Kini keadaannya seperti gambar tertera.

ISTIMEWANYA.........................

NAK LERAIKAN PANGSANYA..........TARIK LIMA ORANG, TAK JUGA TERLERAI WALAUPUN KEADAANNYA TELAH TERBUKA MACAM TU.

kalau nak guna kapak..........pasti boleh.......tapi tak akan kami lakukannya.

ITULAH UNIK DAN ISTIMEWANYA BUAH TU.


Koleksi barang lama




Koleksi wang syiling dan wang kertas lama dari berbagai negara.  Berbagai nilai dan nilai terkecil bernilai 1/4 sen, 1/2 sen dan 3/4 sen yang telah berusia lebih 100 tahun.



Juga koleksi beberapa jenis senjata lama serta alat-alat menanam dan menuai padi.

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru




 PK Ko-Kurikulum Tuan Haji Azhari bin Nordin sedang melihat kerja-kerja
memesin tebu oleh seorang pekerja sekolah.




Kenduri air tebu yang admin dan rakan-rakan buat kepada semua warga SMKRP 
sempena sambutan Hari Guru.
Hampir setengah ton tebu telah dimesin untuk diagih-agihkan kepada semua warga sekolah.
Semua tebu-tebu itu merupakan tebu yang ditanam sendiri di kawasan sekolah.

-------------------------------------------------------------------------------------
"Guru Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru.

"BE A CANDLE, BE A LIGHT, BE A TWINGKLE, BE A HOPE, BE AN INSPIRATION, BE A GREAT TEACHER FOREVER!  HAPPY TEACHERS DAY."  From Hj Marzuky & Family.

"SELAMAT HARI GURU.  TERUSKAN KECEMERLANGAN DI ARENA PENDIDIKAN" 
- Nor Ashikin bt Tajuddin 

"SALAM, SELAMAT HARI GURU 2012.  SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN DAN KELAPANGAN OLEH ALLAH SWT DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIPIKUL SERTA DIPILIH DARI KALANGAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BEROLEH REDHA DAN HIDAYAHNYA"  DPD - PN NORAINI ABU BAKAR.

Itulah antara SMS ucapan hari guru yang admin terima.  Pagi tadi juga, admin dikejutkan oleh satu panggilan jauh -  seorang sahabat yang telah lama terputus hubungan.  Saudara Yunus Subi dari Keningau Sabah.  Agak panjang juga bertukar-tukar khabar dan cerita.  Ada gembira, ada duka.  Itulah lumrah yang mesti kita terima dengan redha.  Seorang yang admin kenali sebagai guru yang sangat komited dan berdedikasi dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kini bertugas di PPD Keningau.  Akibat penyakit kencing manis, beliau telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. (Sedih dan tak tergamak nak tanya lanjut bab itu).  Terpaksa berkerusi roda.  Semoga beliau sentiasa cekal, tabah dan dapat mengekalkan semangat, komitmen serta dedikasinya dalam melaksanakan tugas.