LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, May 30, 2013

FAKTA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK!

FAKTA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK!

RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR CODE PADA BOTOL PLASTIK | Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya?

Saturday, May 18, 2013

Lestari - Edible Garden

 Anak benih terung untuk dijual.


Anak-anak pokok terung dah mula ditanam di sekitar galeri.

Thursday, May 9, 2013

Dekan



Haiwan ni macam tikus, tapi bukan tikus.  Juga bukan arkus ataupun lain-lain pets yang kita selalu jumpa.
Waktu nak balik sekolah tadi pekerja sekolah bawa bagi pada admin.  Admin cam betul-betul,
tengok rupa, bulu, jari kaki, mata, telinga dan gigi.  Ada 5 jari dan agak panjang dan gigi macam gigi landak.
Admin katalah, anak landak, bulu kasarnya belum tumbuh kerana kecil lagi.
Juga bukan anak landak.
DEKAN.
Tak pernah dengar ada haiwan - dekan.  Tapi itulah nama haiwan ni.
Makanan utamanya adalah rebung buluh.
Bila dewasa saiznya sebesar arnab.
Sukar dijumpai.


Oooooooo.......... Tikus buluh rupanya.
Ada peribahasa lagi tu.....
Bagai dekan di bawah pangkal buluh  - maksudnya -  Orang yang pandai menyimpan rahsia.
Patutlah tak pernah tahu ada haiwan nama dekan.