LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Saturday, July 13, 2013

Burung Punai







Burung punai ini admin rakam di kawasan sekolah beberapa hari yang lalu.
Inilah suasana waktu pagi di kawasan sekolah tempat admin bertugas.
Berbagai jenis burung - punai, terkukur, merbuk, capar, murai, merpati, serindit dan macam-macam lagi.
Menceriakan waktu pagi.

Menoreh Getah.

 Pak Long sedang motong getah.
Pisau toreh

Pernahkah anda menoreh getah?

Inilah antara aktiviti admin waktu remaja dahulu.
Sebelum gi sekolah admin bantu ibu menoreh getah dahulu.  Lepas tu, kutip susu dan
bawa gi proses jadikan getah keping.
Lepas tu baru pegi sekolah.

Pameran Sempena Hari Koperasi Sekolah




Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Kamisah dan YDP PIBG, Encik Norazman sedang
melihat pameran artifak tembikar daripada Lembah Bujang.


Pameran Serangga 




 Penolong Kanan Penadbiran Puan Kamisah sedang bertanyakan sesuatu tentang
kraf bunga telur daripada kulit jagung.


 Pelajar berpeluang membuat sendiri 'book mark' bunga tekap.

YDP PIBG, Encik Norazman sedang berbincang dengan Cikgu Kamarul Zamri untuk meningkatkan  kefungsian galeri.

Pameran ikan laga.

 Kolam ikan hiasan di tengah-tengah galeri.


Pameran Seni senjata warisan



Sempena Hari Koperasi Sekolah pada 3 Julai yang lalu, diadakan lagi pameran di galeri.
Kali ini beberapa pameran telah ditampilkan.  Antaranya pameran artefak sejarah daripada Lembah Bujang dan seni senjata tradisional oleh Panitia Sejarah, pameran haiwan kesayangan dan serangga oleh Panitia Sains Pertanian dan Jawatankuasa Lestari serta demonstrasi membuat bunga tekap.

Gua Gunung Sempeneh lagi.

Beberapa hari yang lalu (sebelum ramadhan) admin ke gua gunung sempeneh lagi.
Bawa anak yang teringin nak ke gua tu sebelum dia balik semula ke asrama
MRSM Kubang Pasu, Kedah.  Tinjau-tinjau bahagian luar gua jer sambil suluh-suluh ke bahagian dalam.
Nak masuk........ masih tak berani.




Waktu tu dah hampir nak senja.  Jam 6.00 petang.  Kelawar dah mula banyak berterbangan
keluar masuk gua.  Tak sabar menanti hari gelap untuk keluar mencari makan.  Itulah agaknya.









Sunday, July 7, 2013

Kreativiti Kitar Semula - Menyumbang Pemeliharaan Alam Sekitar

Kreativiti Kitar Semula - Menyumbang Pemeliharaan Alam Sekitar
Dari wikipedia, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Read more: http://www.facebook.com/RelexMinda http://relakssminda.blogspot.com/2013/04/kreativiti-kitar-semula-menyumbang.html#ixzz2YMqxQqxO
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial