Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan terencat semangat.
Walau apa yang berlaku, teruskanlah perjuangan.
Biarkan ianya hanya terdetik dihati.
Tiada orang tak pernah merasa terguris hati.
Tiada orang tak pernah terasa kecewa.
Tiada orang tak pernah terasa putus asa.
Walaupun hanya terdetik dihati.
Jadi, biarkanlah ianya hanya terdetik dihati.
Cukup terdetik sahaja.
Jangan biarkan detik itu menjadi dentuman.
Insya'Allah ada bahagian untuk kita.
Telah diatur.
Cukup dan lengkap.
Dan.
Ada juga bahagian untuknya.
Juga telah diatur.
Juga cukup dan lengkap.
Sebenarnya, ini bukan sajak. Juga bukan puisi.
Cuma terdetik dihati.
Bukan semua tak kena.
Tapi memang banyak telah terkena.
Cempaka Mas, Cempaka Triangle, De Banggol dan Galeri.
Baik orang wajar dipuji
Jahat orang wajar dikeji
Baik budi dan hasad dengki
Puncanya tetap dari hati.
Ya....... cuma terdetik dihati.