LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, October 26, 2012

Facebook

Facebook:
Hadiah perkahwinan, hiasan rumah, cenderamata majlis rasmi, hadiah korporat. Terdapat dalam berbagai reka bentuk dan saiz. Siap berbingkai atau tanpa bingkai. Apa yang penting - tiada dipasaran luar. Hanya di Galeri Speneh. Diabadikan untuk anda melalui sentuhan kreativiti alam semulajadi.
'via Blog this'

Monday, October 8, 2012

Pembukaan Rasmi Galeri Speneh

Upacara menandatangani Plag Pembukaan Rasmi Galeri Speneh telah disempurnakan 
tepat pada pukul 4.35 petang 6 Oktober 2012 
oleh
Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin
Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Larut




Syukur Alhamdulilah.

Satu impian yang menjadi kenyataan tanpa diduga.
Baru beberapa hari galeri dipindahkan ke kampung ini.

Satu majlis ringkas, tidak rasmi, santai dan mesra.
Bermula dengan lawatan ke dalam galeri, diikuti ucapan ringkas dan mesra,
menandatangi plag dan diakhiri dengan pemberian cenderamata.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin dan rombongannya,
Ketua Kampung, Tuan Haji  Mohd. Zom, Cikgu Mat No, Encik Bahari, Encik Man, Encik Dee,
Encik Mustafa,  dan semua JKKK Kampung, Jawatankuasa Masjid, Tuan rumah (Waris Allahyarham Ustaz Haji Ahmad Itam) serta seluruh penduduk kampung
yang telah sama-sama menyumbang tenaga dan idea 
sehingga kita sama-sama berjaya mewujudkan galeri ini 
dalam jangkamasa yang cukup singkat.


Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pengetua, Puan Hajah Che Gayah bt Ahmad, guru-guru dan
staff sekolah kerana memahami hasrat perpindahan galeri ini.
Terima Kasih.


Galeri Speneh merupakan satu lagi kejayaan Persatuan Kemahiran Hidup
Sekolah Model Khas Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
Juga merupakan sumbangan organisasi sekolah, khususnya persatuan/unit kokurikulum
dalam memasyarakatkan produk/hasil aktiviti persatuan kepada umum
untuk kepentingan bersama.
Konsep "Bukan Berteraskan Keuntungan" terus dikekalkan.

Semoga galeri ini akan menjadi pemangkin untuk mencetuskan sesuatu yang positif
untuk kebaikkan kita bersama serta menjadi penghubung antara sekolah dan masyarakat.

Kepada pembaca, kami dengan penuh rendah diri
mempersilakan tuan/puan mengunjungi galeri ini.
Kami yakin, anda akan menemui kelainan disini.

gambar-gambar panorama galeri akan menemui anda di post seterusnya.


Tuesday, October 2, 2012

de RK Art, Craft and Eco Gallery Berubah Nama, Wajah dan Lokasi.

 Memasang Papan Nama Galeri

Wajah baru galeri


 Lawatan Pra Pembukaan oleh rombongan KKLW Puterajaya dan LMS,
27 September 2012




 Lawatan Pra Pembukaan Panel ADC dan rombongan 27 Sept 2012

 Anak kembar admin 

Nama galeri baru menggunakan nama kampung dengan loghat tempatan.
Kampung Sempeneh, Batu Kurau Perak.

de RK Art, Craft and Eko Gallery akan bertukar konsep.  Proses menghasilkan dan
mengumpulkan bahan baru sedang giat dijalankan dan dijangka akan beroperasi
semula menjelang 2013.

NANTIKAN KONSEP DAN WAJAH BARU DE RK ART, CRAFT AND EKO GALLERY
MENJELANG 2013.

FACE BOOK GALERI SPENEH TELAH DIWUJUDKAN DAN NANTIKAN PULA 
BLOG BARU GALERI SPENEH.

Thursday, May 31, 2012

Luar Galeri





Antara pokok-pokok hiasan yang terdapat di luar galeri.

Bunga Tekap - up date.



Seminggu sebelum cuti pertengahan tahun persekolahan itu hari, adalah sedikit masa terluang,
maka admin gunakanlah untuk up date serba sedikit bahan pameran di galeri.  Antaranya tukar bahan pameran kraf bunga tekap.  Inilah bahan pameran bunga tekap terbaru yang dipamerkan di galeri sekarang.



DSG 13









Inilah antara (sekadar beberapa sahaja yang mampu di UL) papan impian (dream board) pelajar sekolah kami.  Kepada mereka semua, berusahalah agar semua impian itu akan tercapai.  Namun begitu, apa yang admin musykil adalah impian pelajar-pelajar lelaki.  Tiada satupun dream board siap dengan sempurna.  Nak kata tak tau buat atau tak ada impian adalah mustahil.  Tapi itulah hakikatnya.  Dalam usia remaja ni kebanyakkan mereka tiada fokus.  Minda mereka terawang-awang.  Tanpa tujuan yang pasti. Samar dan hampir kosong. Untuk menyatakan impian/cita-cita mereka pun, mereka kurang pasti dan kurang yakin.  

Selain daripada itu, kebanyakkan daripada mereka terlalu terpesona kepada sesuatu yang berkait dengan media sosial.  Gedget-gedget, i-pad, i-pod yang canggih merupakan impian utama mereka.
Admin yakin, jika diadakan pertandingan dan benda-benda tu lah hadiahnya, pasti mereka berebut menyertainya.

Sebenarnya ada lagi beberapa dapatan hasil daripada aktiviti membuat dream board ni.  Semuanya amat berbeza dengan impian/keperluan ketika zaman admin seperti mereka dulu.  Wang adalah satu daripadanya. Admin berani menyatakan bahawa keperluan wang kebanyakkan daripada mereka dalam sebulan sama banyak atau lebih berbanding dengan gaji bulanan yang admin terima ketika mula bekerja sebagai guru pertengahan 80an dulu.  Itu anak remaja.  Fikirkanlah.  Kerana wang, macam-macam perkara boleh berlaku.

Thursday, May 24, 2012

Waris Raja Kulat







Inilah foto terbaru waris raja kulat.  Berusia lebih kurang 8 tahun.  Kulat ini tumbuh semula
ditempat asal (raja kulat) pada akhir tahun 2004.  (Waktu liputan oleh Majalah 3 pada 29 Ogos 2004
kulat tu belum tumbuh lagi).

Minggu lepas (Sabtu  19 Mei 2012) admin singgah untuk meninjau lokasi (pokok) tempat raja kulat ditemui.  Oleh kerana pokok tu terletak di tepi jalan lazimnya admin tengok-tengok sekali lalu sahaja
sambil memandu.  Tahu kulat tu ada tumbuh semula kerana selama 8 tahun tu, admin telah beberapa kali tinjau dan ambil gambar (ada dalam post 2010).

Cuma kali ini admin sangat terkejut.  Walaupun hampir setiap hari admin memandu melintasinya tapi tidak perasan.  Tak terfikir untuk mendongak ke atas.  Pokok keruing sebesar hampir empat pemeluk admin dan setinggi lebih 100 kaki,  tempat tumbuhnya kulat tu, rupanya telah agak lama mati.  Hampir reput dan dahannya telah ada yang patah dan gugur.
Rasanya, dua tahun lepas pokok tu masih gah hidup.






Inilah pokok keruing tempat raja kulat - kulat terbesar di Malaysia (MYBOR 10th Edition) ditemui.

*** Berdasarkan saiz kulat (8 tahun) yang tumbuh semula (foto di atas), admin yakin, raja kulat (yang kini dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar) berusia lebih 80 tahun.   Hipotesis ini juga berdasarkan cerita penduduk tempatan mengatakan datuknya (telah meninggal dunia) pernah menceritakan dan duduk di atas kulat itu sekitar awal tahun 60 an.  Admin tak dapat ingat siapa orang tu.  Sembang santai di warong kopi - tahun 2006 beberapa hari lepas admin terima anugerah pingat daripada sultan.

Raja Kulat.
"MYBOR Biggest Fungus"

Friday, May 18, 2012

Anugerah Guru Cemerlang Parlimen Larut 2012





Syukur Alhamdulilah........ ini anugerah yang admin terima malam ini.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
DUN KUBU GAJAH.

di Malam Anugerah Kecemerlangan Guru Parlimen Larut 2012.
18 Mei 2012
Hotel Taiping Perdana.
Sebuah plag kristal berserta tunai RM500.00

Majlis dianjurkan oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainuddin
Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi
Merangkap Ahli Parlimen Larut.

Bersama tetamu khas dan perasmi majlis 
Yang Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh 
Tuan Haji Idris bin Haji Ramli
Pemangku Pengarah Pelajaran Perak
Tuan Haji Wazir bin Mustafa
Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama
Pengetua-Pengetua dan Guru Besar kawasan Parlimen Larut
Ketua-ketua Jabatan di daerah LMS
dan lebih seribu orang guru dan staf pendidikan seluruh parlimen Larut.