LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, February 27, 2011

I Believe I Can Fly - my89's posterous

I Believe I Can Fly - my89's posterous: "“You were born with potential. You were born with goodness and grace. You were born with dreams and ideals. You were born with greatness. You were born with wings. You were not meant for crawling, so don’t. You have wings. Learn to use them and fly.' -- Rumi, Sufi Mystic and Poet



' If you want to go fast, go alone. If you want to far, go together.' ~African Prover"

Friday, February 18, 2011

Penjenamaan Semula Imej dan Aktiviti Persatuan.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, Persatuan Kemahiran Hidup telah diwujudkan kembali mulai sesi persekolahan 2011.
Terima kasih.

Memandangkan telah agak lama persatuan ini "bercuti", 
2009 dan 2010
perubahan kepada apa yang akan ditampilkan perlu dilakukan,
Dengan kata lain imej dan aktiviti persatuan perlu dijenamakan semula.
Namun apa yang ada daripada aktiviti persatuan sebelum era "percutian" akan tetap dikekalkan, dijaga dan disenggara sebagai aktiviti utama.  

Apa yang kami maksudkan ialah tema aktiviti kami kini berubah

dahulu

"menjejak mutiara di rimba"

kini

"menggapai angkasa, membidik kecemerlangan"

doakanlah agar kami berjaya.

Antara aktiviti berkaitan yang akan dilaksanakan;

i.  Karnival layang-layang dan wau
     -  Bengkel membina layang-layang / wau
     -  Pertandingan membuat layang-layang / wau
     -  Pertandingan melancarkan layang-layang.
     -  Pameran layang-layang / wau
ii. Kem membidik kecemerlangan
     -  Kem memanah (archery)
iii.  Menyenggara galeri
iv.  Membina 'edible garden' di sekitar galeri.

Aktiviti Persatuan 2011

Dulu
"menjejak mutiara di rimba"
Kini
"menggapai angkasa, membidik kecemerlangan"



membuat kapal angkasa daripada kertas





seronok - aksi ahli persatuan melancarkan kapal angkasa kertas.

Tuesday, January 4, 2011

DSG 7

Jam 6.00 petang semalam, 3 Januari 2011, aku dikejutkan bunyi semboyan daripada telefon bimbitku          (rakaman daripada filem Bukit Kepong).  Panggilan daripada PK Pentadbiran, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani.  Dia menyatakan, Tuan Pengetua, Puan Rosiah bt Rasalan ingin menyatakan sesuatu kepadaku.  Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan daripadanya.  Lembut tapi tegas nada suaranya.  Tertanya-tanya juga aku, apa yang ingin diperkatakan.  Tegurankah ...............  Maklumlah hari ini adalah hari pertama persekolahan sesi 2011.  Setelah salam berjawab dan mengesahkan bahawa yang menjawab panggilan adalah aku.............beliau pun terus ke mesej sebenar yang handak disampaikan.  Tuan Pengarah Pelajaran Perak, akan melawat sekolah pagi esok 4 Januari 2011.  Beliau akan bersama ketika perhimpunan waktu pagi dan seterusnya akan melawat kawasan sekolah.  Pastinya beliau akan diiringi oleh Tuan PPD LMS dan beberapa orang pegawai daripada JPN dan juga PPD.  Pastinya juga salah satu arah lawatan adalah galeri.

Terkedu sebentar aku........ rasa seronok, bangga dan bimbang bercampur baur.  Maklumlah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri akan bertandang.   Namun sepantas itu juga aku menyatakan akan membuat persiapan sewajarnya.  Mungkin malam tu juga atau awal pagi esoknya.  Yang pastinya, sebelum jam 9.00 pagi esok semuanya mesti siap.  Lebih-lebih lagi aktiviti eko-kreatif yang telah sekian lama aku laksanakan telah dipilih lagi sebagai satu daripada 'imej sekolah'.

Bila harus aku mulakan tugas itu?  Mulalah aku merangka tindakan sambil merangka persiapan untuk P&P hari esok.  Kaedaan galeri rasanya ok setelah ku buat pengubahsuaian sebelum cuti akhir tahun lepas.  Cuma perlu sedikit make-up.  Mungkin  ada sesawang sarang lelabah atau habuk dan kotoran lain.  Maklumlah telah terbiar kerana cuti akhir tahun.    .............. aku perlu ambil rehat dulu, tidur dan akan ke sekolah seawal mungkin esoknya......... Sebelum masuk tidur aku set alarm pukul 4.00 pagi.  4.30 aku akan bertolak dan akan sampai lebih kurang pukul 5.10 pagi. Aku pasti semuanya akan selesai dan siap.

Pengarah Pelajaran Perak Encik Rauhi bin Mohd. Isa dan Pengetua SMKRP, Puan Rosiah bt Rasalan

Dari kiri, Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, LMS, Pengetua SMKRP  Puan Rosiah bt Rasalan, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani, PK Pentadbiran SMKRP, 
Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Mohd. Isa 
dan Timbalan PPD LMS.
Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, Puan Omi PPD LMS dan Timbalan PPD LMS