LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, May 18, 2012

Anugerah Guru Cemerlang Parlimen Larut 2012





Syukur Alhamdulilah........ ini anugerah yang admin terima malam ini.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
DUN KUBU GAJAH.

di Malam Anugerah Kecemerlangan Guru Parlimen Larut 2012.
18 Mei 2012
Hotel Taiping Perdana.
Sebuah plag kristal berserta tunai RM500.00

Majlis dianjurkan oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainuddin
Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi
Merangkap Ahli Parlimen Larut.

Bersama tetamu khas dan perasmi majlis 
Yang Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh 
Tuan Haji Idris bin Haji Ramli
Pemangku Pengarah Pelajaran Perak
Tuan Haji Wazir bin Mustafa
Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama
Pengetua-Pengetua dan Guru Besar kawasan Parlimen Larut
Ketua-ketua Jabatan di daerah LMS
dan lebih seribu orang guru dan staf pendidikan seluruh parlimen Larut.

Thursday, May 17, 2012

Buah Ajaib



Ini adalah antara buah pokok hutan paling istimewa dalam koleksi kami.  
Ada beberapa biji je dalam simpanan kami.
Buah ni, macam itulah bentuknya.  Ada orang kata macam buah durian.   Ada juga
orang kata macam buah belimbing.  Kulitnya pula macam kulit buah sukun. 
Nama buah tu, entahlah......kami masih tak dapat lagi kenal pasti.




Masa jumpa dulu (7 tahun yang lalu) keadaannya elok.  Keras dan berwarna hijau pudar dan kemerahan.  Terbuka pangsanya secara semulajadi sedikit demi sedikit apabila kering.  Kini keadaannya seperti gambar tertera.

ISTIMEWANYA.........................

NAK LERAIKAN PANGSANYA..........TARIK LIMA ORANG, TAK JUGA TERLERAI WALAUPUN KEADAANNYA TELAH TERBUKA MACAM TU.

kalau nak guna kapak..........pasti boleh.......tapi tak akan kami lakukannya.

ITULAH UNIK DAN ISTIMEWANYA BUAH TU.


Koleksi barang lama




Koleksi wang syiling dan wang kertas lama dari berbagai negara.  Berbagai nilai dan nilai terkecil bernilai 1/4 sen, 1/2 sen dan 3/4 sen yang telah berusia lebih 100 tahun.



Juga koleksi beberapa jenis senjata lama serta alat-alat menanam dan menuai padi.

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru




 PK Ko-Kurikulum Tuan Haji Azhari bin Nordin sedang melihat kerja-kerja
memesin tebu oleh seorang pekerja sekolah.




Kenduri air tebu yang admin dan rakan-rakan buat kepada semua warga SMKRP 
sempena sambutan Hari Guru.
Hampir setengah ton tebu telah dimesin untuk diagih-agihkan kepada semua warga sekolah.
Semua tebu-tebu itu merupakan tebu yang ditanam sendiri di kawasan sekolah.

-------------------------------------------------------------------------------------
"Guru Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru.

"BE A CANDLE, BE A LIGHT, BE A TWINGKLE, BE A HOPE, BE AN INSPIRATION, BE A GREAT TEACHER FOREVER!  HAPPY TEACHERS DAY."  From Hj Marzuky & Family.

"SELAMAT HARI GURU.  TERUSKAN KECEMERLANGAN DI ARENA PENDIDIKAN" 
- Nor Ashikin bt Tajuddin 

"SALAM, SELAMAT HARI GURU 2012.  SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN DAN KELAPANGAN OLEH ALLAH SWT DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIPIKUL SERTA DIPILIH DARI KALANGAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BEROLEH REDHA DAN HIDAYAHNYA"  DPD - PN NORAINI ABU BAKAR.

Itulah antara SMS ucapan hari guru yang admin terima.  Pagi tadi juga, admin dikejutkan oleh satu panggilan jauh -  seorang sahabat yang telah lama terputus hubungan.  Saudara Yunus Subi dari Keningau Sabah.  Agak panjang juga bertukar-tukar khabar dan cerita.  Ada gembira, ada duka.  Itulah lumrah yang mesti kita terima dengan redha.  Seorang yang admin kenali sebagai guru yang sangat komited dan berdedikasi dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kini bertugas di PPD Keningau.  Akibat penyakit kencing manis, beliau telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. (Sedih dan tak tergamak nak tanya lanjut bab itu).  Terpaksa berkerusi roda.  Semoga beliau sentiasa cekal, tabah dan dapat mengekalkan semangat, komitmen serta dedikasinya dalam melaksanakan tugas. 


Tuesday, May 15, 2012

Lebah di KKCM






Putik durian dah mula membesar.  Kata orang, durian akan masak dan gugur dalam masa tiga bulan sepuluh hari daripada mula bunganya gugur.  Jadi, mengikut perkiraannya musim durian di kawasan ini akan bermula pada pertengahan Jun 2012.  Insya'Allah dan nampaknya lumayan jugalah durian di dusun admin pada tahun ini.  Syukur Alhamdulilah.

Petang tadi ada sedikit masa terluang.  Pergilah admin ke dusun tu.  Tebas sikit-sikit sambil tinjau-tinjau pokok mana yang berbuah paling lebat.  Sedang admin menebas di bawah satu pokok tu tiba-tiba terpandang sesuatu didahan paling rendah pokok durian tu.  Adalah kira-kira lima belas kaki tingginya.  Mashyallah.  Tersentak, tergamam dan terkejut.  Kalaulah sesuatu nak terjadi, tak tau apa akan jadi pada admin.  Berseorangan.  Sebelum tu memang admin menebas betul-betul dibawahnya.

Sarang lebah. 

Kulat Beracun










Sejak dulu-dulu lagi admin sangat tertarik dengan hidupan yang satu ni (kulat).  Pantang jumpa.  Akan admin beleklah satu demi satu.  Admin tertarik dengan bentuknya yang unik dan berbagai.  Begitu juga habitatnya.
Masa mula-mula Projek eko-kreatif dulu ( zaman SLR - awal 2000) pasti dua atau tiga gulung filem habis kalau buat sesuatu ekspidisi.  Kulat merupakan bahan utama buruan kami.

Friday, May 11, 2012

Bahan Pameran

 Kati dan Kapak
 Gasing berembang dan botol
 Gergaji lama

 Mesin taip 

 Alat-alat menangkap ikan (bubu)
 Pongkes rotan dan Sarang ayam bertelur
 Bubu
Hasil eko-kreatif yang unik ( Jam dan kulat)