LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Tuesday, May 19, 2015

Angan-angan dan fantasi







Memang agak sukar dan memakan masa yang panjang untuk menghasilkan sesuatu yang unik.
Itulah hakikat dan risiko yang perlu dihadapi.
Harap-harap warga SMKRP dapat bersabar untuk melihat projek kami siap dan boleh digunakan.

Pondok berbentuk kulat (cendawan) dibuat daripada simen.
Kemasan bahagian atas nya dihasilkan daripada penutup botol pelbagai warna
yang disusun rapi dan kemas.  Bahagian atas meja, kami juga merancang
untuk menggunakan bahan yang sama.  Memerlukan jumlah penutup botol yang agak banyak.
Perlu disusun dengan lebih kemas dan rapi bagi menghasilkan permukaan yang rata 
dan tahan lasak.
Dijangka lebih lima ribu penutup botol akan digunakan.

Dalam usaha mengumpul lagi penutup botol, teringat cerita tentang pari-pari............
Indah dan bertambah unik kalau kawasan ini dijadikan taman yang bertemakan alam fantasi
berkaitan cerita-cerita dongeng dan pari-pari.

Ada pelbagai flora dan binaan mini dan tradisional.  
Pokok-pokok kekacang menjalar merentasi antara bangunan.
dan macam-macam lagi lah.............................  

Wednesday, March 11, 2015

P d P - Amali dan PBS Landskap.






Amali dan PBS tahun ini,  kami bina elemen landskap.  Meja, kerusi dan teduhan berbentuk kulat daripada simen ferro.  Agak besar dan berat projek ini.  10 buah kerusi, sebuah meja 6 kaki (diameter) dan teduhan berbentuk kulat dengan diameter 8 kaki dan tinggi 7 kaki.

Memang dah lama berhajat untuk buat projek serupa tu.  Sejak 12 tahun yang lalu tapi 
tahun ini baru terlaksana.  Lagi pun, kulat memang "trade mark" kami.

Kelihatan para pelajar sedang memasang simen pada rangka BRC.  Dalam BRC tu kami penuhkan dengan botol-botol mineral kosong.

Ha ha......semua berpakaian uniform sekolah lengkap.  Masing-masing terkhilaf kerana mula pertukaran jadual baru pada hari tu. 


Saturday, February 7, 2015

Pembiakan Aseks Pokok Hiasan






Amali pembiakan aseks pokok hiasan.  Aktiviti amali Kemahiran Hidup yang
lazimnya kami lakukan diawal sesi persekolahan.
Kali ini kami memperbanyakkan pokok tanduk rusa dan pokok bunga siantan (ixora).  Pokok tanduk rusa dibiakkan melalui kaedah belahan rumpun dan pokok ixora kaedah keratan batang.
Pelajar-pelajar kelas 1 A 2 sedang melakukan aktiviti amali pembiakan.  
Seronok sungguh mereka.

Sebagai pengkayaan, amali pembiakan seks pokok hiasan juga akan dilakukan
pada minggu seterusnya dan pokok bunga matahari menjadi pilihan kami.
Insha'Allah selepas dua bulan kami akan paparkan hasilnya nanti.

Sunday, November 30, 2014

Thursday, September 18, 2014

Rafflesia Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau, Perak.










Bukan mudah dan tidak ramai orang berpeluang melihat 
bunga hebat ini.  Spesies ini merupakan bunga terbesar di dunia.
Baru-baru ini heboh tentang penemuan bunga rafflesia
di Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau.
Ramai orang datang merebut peluang melihatnya.

to be cont...

Lestari Kreatif 10 (II) - Projek Jalur Gemilang Merdeka ke 57, 2014.













Hasrat untuk membina Jalur Gemilang dengan kapasiti botol mineral 500ml berjumlah
20 805 biji sempena jumlah hari negara mencapai kemerdekaan ( 57 tahun x 365 hari ) dengan 
jangkaan bendera bersaiz 3 meter tinggi dan panjang 120 meter tidak tercapai.
Masalah kos menjadi kekangan utama.  Walaupun jumlah botol terkumpul hampir mencapai sasaran tetapi kos untuk mendirikannya agak tinggi dan diluar kemampuan lebih lebih tiada sebarang tajaan
dari mana mana pihak.

Tak mengapalah.  Reda dengan kekangan yang dihadapi namun hasrat membinanya mengikut
kemampuan tetap meluap.

Syukur Alhamdulilah akhirnya terhasil juga.  Sebuah Jalur Gemilang gergasi dengan saiz
3 meter tinggi dan panjang 33 meter.  Jumlah botol digunakan sebanyak 7000 biji.

Terima kasih yang tak terhingga
kepada
Tuan Pengetua
dan
seluruh warga
Sekolah Model Khas Redang Panjang
Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan.

MALAYSIA
DISINI
LAHIRNYA
SEBUAH
CINTA.