LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, June 12, 2016

KERIS BERDIRI

 Dah agak lama blog ni terbiar.........sejak 3 mac yang lalu.
Bukan kerana tiada bahan atau malas nak tulis.......
tapi...... entah kenapa tetiba blog ni tak dapat nak log in.
Alhamdulilah........sekarang dah ok balik.








Salah satu pameran di galeri.  Keris dan senjata lama.
Dan lihatlah Encik Shamsul dengan kepakarannya
mendirikan berbilah-bilah keris.
Begitu juga dengan rakannya, Pak Din. 


Thursday, March 3, 2016

Lawatan dari SMK Tansau, Penampang, Sabah.





Dengan semangat dan tekad untuk mencipta kegemilangan sanggup dari jauh mereka datang.  
Nun seberang Laut Cina Selatan, Sabah Negeri di Bawah Bayu.  
Sebuah sekolah dipinggir bandar metropolitan Kota Kinabalu.
Seramai 20 orang barisan kepimpinan sekolah beserta guru dan staf pentadbiran
menjejakkan kaki ke sekolah kami dalam sebuah lawatan penanda aras 
untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.
Syabas dan tahniah!
Semoga kejayaan dan kegemilangan jua kan menjadi milik mereka.
Aamiin.


P & P di Eko SPA




Mempelbagaikan aktiviti dalam proses p&p semasa musim panas.  Duduk di tepi kolam 
ikan hiasan sambil merendam kaki seolah di SPA.
Seronok juga..........tidak bosan dan tidak rasa mengantuk.
Maalumlah kelas waktu tengah hari.  Jam 12.40 hingga 2.40 petang.
Panas matahari yang amat terik.




Wednesday, November 11, 2015

No Title - Cuma Terdetik Dihati.

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan terencat semangat.
Walau apa yang berlaku, teruskanlah perjuangan.

Biarkan ianya hanya terdetik dihati.
Tiada orang tak pernah merasa terguris hati.
Tiada orang tak pernah terasa kecewa.
Tiada orang tak pernah terasa putus asa.
Walaupun hanya terdetik dihati.
Jadi, biarkanlah ianya hanya terdetik dihati.
Cukup terdetik sahaja.
Jangan biarkan detik itu menjadi dentuman.

Insya'Allah ada bahagian untuk kita.
Telah diatur.
Cukup dan lengkap.
Dan.
Ada juga bahagian untuknya.
Juga telah diatur.
Juga cukup dan lengkap.

Sebenarnya, ini bukan sajak.  Juga bukan puisi.
Cuma terdetik dihati.

Bukan semua tak kena.
Tapi memang banyak telah terkena.
Cempaka Mas, Cempaka Triangle, De Banggol dan Galeri.

Baik orang wajar dipuji
Jahat orang wajar dikeji
Baik budi dan hasad dengki
Puncanya tetap dari hati. 

Ya....... cuma terdetik dihati.


Thursday, September 24, 2015






Seekor ular sawa hidup yang berjaya ditangkap telah menjadi bahan pameran terbaru
galeri sejak tiga bulan yang lalu.  Beberapa hari lagi nak raya aidil fitri 2015.
Kebetulan pula kami ada seorang pekerja penyenggaraan kawasan sekolah
yang agak mahir berkaitan ular.
Tak lah besar sangat ketika itu tapi ketika update ini, saiznya telah menyamai 
lengan orang dewasa.

Gambar menunjukkan aktiviti membersih dan memandikan ular oleh pekerja
terbabit bersama dua orang pelajar.


There was an error in this gadget