LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, December 22, 2011

Taman Burung I

Merbah Daun Kepala Hitam
(Capah Daun Kepala Hitam)
Merbah Daun Kepala Kuning
(Capah Daun Kepala Kuning)
Merbah Daun Kepala Kuning
(Capah Daun Kepala Kuning)

Merbah Daun Kepala Hitam
(Capah Daun Kepala Hitam)
Bermula dengan dua spesies burung merbah.  Merbah Daun Kepala Kuning
dan Merbah Daun Kepala Hitam.  Burung ini juga dikenali dengan panggilan tempatan
dengan burung capah daun.  Kedua-duanya berwarna hijau tetapi warna dibahagian kepalanya berbeza.
Sebab itu dikenali dengan kepala kuning dan kepala hitam.

Merbah daun kepala kuning lebih cantik. Hijau warna utama.  Bahagian atas kepala dan sekitar leher berwarna kekuningan, bahagian bawah leher berwarna hitam dan bahagian hujung sayap 
berwarna kebiru-biruan.

Merbah daun kepala hitam pula keseluruhan bulu berwarna hijau kecuali bahagian bawah leher
berwarna hitam.

Diet utamanya buah-buahan seperti pisang disamping serangga dan ulat.

Sangat aktif dan agreasif.

Wednesday, December 21, 2011

Semangat Luar Biasa


 Artikel pilihan: Cara mendapat semangat luar biasa
Oleh: Irfan Khairi
(Artikel ini dipetik daripada email yang diterima daripada saudara Irfan Khairi)

Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.
Jawapannya- the Outsider's Edge.
Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.
Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"...
Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.
Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.
Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Saturday, December 17, 2011

Hayati semangat kompetitif rakyat China: Ungku Aziz


KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Disember, 2011: Generasi muda Melayu masa kini perlu menghayati budaya dan semangat kompetitif rakyat China untuk mencorak kehidupan lebih inovatif dan kreatif serta memperluaskan lagi kotak pemikiran sedia ada, kata Profesor Diraja Ungku Aziz, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan perlu menghantar pelajar Melayu khususnya untuk menuntut di universiti ternama di negara itu bagi menyerap pengetahuan serta budaya hidup mereka.

"Saya rasa sudah sampai masanya kita menukar haluan dan memperluaskan lagi sudut pandang kita dari negara Jepun dan Korea, ke negara China," katanya ketika berucap pada Bengkel Sambutan 30 tahun Dasar Pandang ke Timur di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, di sini.
Tokoh akademik itu menarik perhatian bahawa masalah besar yang dihadapi generasi muda Melayu sekarang ialah mereka berada pada zon selesa dan kurang kompetitif, tidak seperti orang muda dan golongan pelajar di China. 

"Dunia bergerak tetapi kita tidak bergerak. Saya cuma hendak gambarkan di sini orang Jepun di negara mereka sudah berubah, mengapa kita tidak?...Anak Melayu perlu berubah. 

“Anak Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT), bekas graduan serta ribuan bakal penuntut IPT perlu mengubah minda mereka,” katanya. 

Ungku Aziz berkata, impak mempelajari ilmu di negara China sendiri mampu membawa perubahan kepada orang Melayu kerana penguasaan bahasa Mandarin dan kemahiran yang diperoleh mampu membentuk generasi yang berdaya saing selain membuka peluang pekerjaan besar untuk mereka.
"Perlu saya terangkan pembinaan budaya negara China perlu diceduk orang Melayu dan dibawa balik ke Malaysia supaya negara ini boleh maju dan menjadi kompetitif,” katanya. -BERNAMA

Monday, November 21, 2011

Istana hinggap





'Istana Hinggap' ini baru siap kami bina seperti tarikh tertera.
Insya'Allah kami akan merealisasikan hasrat yang telah lama terpendam
iaitu membina sebuah taman burung mini pada sesi persekolahan 2012.  Sebuah sangkar burung sedia ada 
berukuran 12 x 10 x 10 tinggi, akan kami perbaiki semula dan istana-istana itu 
akan kami susun didalamnya sebagai kediaman rasmi burung-burung yang akan dipeliahara.

Di samping itu, kami juga akan mewujudkan semula taman ikan hiasan
dikolam sedia ada di dalam dan di hadapan galeri.
Ikan-ikan sungai yang exotic seperti ikan tengas, terbul, belida, kaloi
dan lain-lain jenis yang akan kami dapatkan dari sungai berhampiran kawasan sekolah.
Insya'Allah.


Friday, October 28, 2011

Aktiviti Selepas PMR dan Akhir Tahun


 Sebelum ini di petak tu, ditanam dengan pokok hiasan (santalia), kemudian 
ditukar dengan pokok terung (awal tahun).  Kini tambah medium baru untuk tanam pokok lain.


Peperiksaan PMR telah berlalu tiga minggu yang lepas.  Bagi pelajar tingkatan 3, iaitu calon-calon PMR, telah tersusun rapi  jadual aktiviti selepas peperiksaan yang perlu mereka ikuti.  Ceramah, permainan dan pertandingan,  aktiviti kemasyarakatan, lawatan dan pelbagai lagi.  Merujuk jadual dan untuk kesekian kalinya admin tidak tersenarai sebagai pelaksana secara rasmi aktiviti yang dijalankan. Tinggal satu kelas tingkatan satu dan yang lainnya mengisi ruang sebagai guru ganti disamping sesekali 'intai-intai' dari 'jauh' aktiviti yang mereka jalankan. ...... Peperiksaan akhir tahun juga telah berlalu.  Seperti lazimnya admin lebih gemar melaksanakan kerja-kerja menganalisis atau membuat perancangan P&P pada waktu malam.  Tenang dan tanpa sebarang gangguan.... itu yang diperlukan.  

Ini bermakna admin mempunyai banyak masa terluang yang boleh admin gunakan untuk diisi dengan sesuatu yang berfaedah.  Dalam erti kata P&P juga tapi tidaklah secara formal.  Sambil santai tetapi berguna.  






Bayam......akhir minggu depan bolehlah tuai hasil.  Insya'Allah.

Monday, October 3, 2011

PMR 2011

Esok 4 Oktober, akan bermula satu lagi peperiksaan awam.   Penilaian Menengah Rendah (PMR).  Beberapa minggu lepas, UPSR dan SPM pula akan diadakan mulai pertengahan November.  Hanya tiga kali lagi PMR.  Tahun ini 2011, 2012 dan 2013.  Mulai tahun 2012 akan bermulalah PBS bagi pelajar tingkatan satu.  Kemahiran Hidup sebagai subjek printis dan penataran untuk perlaksanaannya telahpun dilaksanakan oleh LPM.  Admin salah seorang peserta sesi ke dua Zon Utara pada 7-11 Sept lepas.

Bermula dengan "Top 5" dan kini telah ditukar kepada "Top 3".  Itulah harapan besar Tuan Pengarah  Pelajaran Perak, Dato' Rauhi bin Mohd Isa untuk pencapaian di peringkat kebangsaan.  Admin dan seluruh warga pendidikan Perak serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pastinya ingin melihat wawasan itu tercapai.   Malah bukan sahaja TERCAPAI  tetapi BOLEH DIGENGAM.  ERAT.  KEKAL UNTUK TAHUN-TAHUN SETERUSNYA.

Setelah bertungkus lumus memerah minda dan keringat menyediakan calon dengan sedaya mungkin, mulai esok - melangkah sahaja calon ke dewan peperiksaan......... hanya doa sahaja yang dapat dititipkan.  Semoga segala ilmu yang telah diperturunkan dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin oleh calon.    Sebenarnya bukan mudah untuk calon menghadapi semua ini.  Pelbagai perasaan menghantui diri.  Gementar, cemas, takut, bimbang.  Hampir semuanya perasaan negatif.  Apabila satu demi satu soalan dapat dijawab dan pasti betul, sedikit demi sedikit keyakinan akan tergengam.  Lega rasanya apabila selesai sahaja dan dapat menjawab soalan  yang terakhir walaupun cabaran untuk subjek-subjek lain masih belum ditempuhi.










  
SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Saturday, September 24, 2011

Dari Celah Album III




Gambar rakaman semula.
Kelihatan bekas Menteri Besar Perak
Dato Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Seri Ghazali dan Pengarah Pelajaran Perak
sedang melihat pameran kami semasa Karnival Sains dan Teknologi Perak
di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping pada 2002.

Celah Album II

Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perak - 2002


Tuan Pegawai Pendidikan Daerah LMS - 2002

Rakaman semula dari celah album lama
Pameran pertama yang disertai sempena Hari Ko-Kurikulum LMS
tahun 2002


Thursday, September 22, 2011

Celah Album I




Gambar-gambar lama sekitar tahun 2002 - yang dirakam semula secara digital.


Thursday, September 15, 2011

Mutiara Edisi VI 2007

Kulit hadapan majalah sekolah
"Mutiara Edisi VI 2007"
Panorama sekolah
Panorama galeri
"de RK Art, Craft and Eco Gallery"
Kulit belakang majalah sekolah

Wawancara bersama admin
Liputan majalah sekolah "Mutiara" terhadap Galeri Persatuan Kemahiran Hidup.

Thursday, August 25, 2011

Salam Merdeka Raya



Alhamdulilah dan Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dan sempena dengan kehadiran Merdeka Raya yang tak berapa hari lagi, maka genaplah post yang ke 100 bagi blog ini.  Paparan kali ini adalah tentang satu lagi aktiviti persatuan.  Membina wau Jalur Gemilang gergasi.  Idea yang dicetuskan oleh seorang ahli persatuan kira-kira tiga minggu yang lalu.  Walaupun kerja-kerja membinanya lebih banyak dilakukan oleh guru penasihat persatuan, tetapi sumbangan idea dan reka bentuk serta kerja-kerja kemasan terakhir (memasang lampu) adalah hasil sentuhan ahli-ahli persatuan dalam perjumpaan ko-ko semalam (25/08/2011).












DEDIKASI UNTUK CALON-CALON
UPSR, PMR DAN SPM  2011
Sekolah Model Khas Redang Panjang

DENGAN KUDRAT YANG ADA....

"JOM KITA GAPAI KEGEMILANGAN"