LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Showing posts with label Menggapai Angkasa. Show all posts
Showing posts with label Menggapai Angkasa. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Salam Merdeka Raya



Alhamdulilah dan Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dan sempena dengan kehadiran Merdeka Raya yang tak berapa hari lagi, maka genaplah post yang ke 100 bagi blog ini.  Paparan kali ini adalah tentang satu lagi aktiviti persatuan.  Membina wau Jalur Gemilang gergasi.  Idea yang dicetuskan oleh seorang ahli persatuan kira-kira tiga minggu yang lalu.  Walaupun kerja-kerja membinanya lebih banyak dilakukan oleh guru penasihat persatuan, tetapi sumbangan idea dan reka bentuk serta kerja-kerja kemasan terakhir (memasang lampu) adalah hasil sentuhan ahli-ahli persatuan dalam perjumpaan ko-ko semalam (25/08/2011).












DEDIKASI UNTUK CALON-CALON
UPSR, PMR DAN SPM  2011
Sekolah Model Khas Redang Panjang

DENGAN KUDRAT YANG ADA....

"JOM KITA GAPAI KEGEMILANGAN"

Friday, May 20, 2011

Perasmian MSSM-Stadium Perak, Ipoh.








Reka bentuk tanglung 1 Malaysia ciptaan kami untuk upacara perasmian
sukan sekolah-sekolah Malaysia di Stadium Perak pada 20 Mei 2011.
Moga hasrat Dato' Pengarah Pelajaran Perak (Dato' Rauhi bin Md. Isa)
untuk mencipta rekod Malaysia - Nyalaan Tanglung 1 Malaysia terbanyak iaitu 
lebih 10,000 sempena majlis perasmian sukan sekolah-sekolah Malaysia 2011 akan tercapai.
Tahniah Dato'!

Thursday, April 28, 2011

Menggapai Angkasa - 2.

Alhamdulilah........semalam (27 April 2011),  Persatuan sekali lagi telah menjalankan aktiviti menggapai angkasa.  Seramai 48 orang pelajar  tingkatan satu, dua dan tiga terlibat melaksanakan aktiviti ini.  Dua orang pelajar mewakili setiap kelas masing-masing disamping kesemua sepuluh orang ahli persatuan Kemahiran Hidup.

Pelancaran layang-layang kali ini dilaksanakan sempena Bulan Sains dan Teknologi.












Sunday, April 17, 2011

Melancarkan layang-layang - 1.


Gambar menunjukkan aktiviti menggapai angkasa yang dijalankan pada 13 April 2011.
 (Tarikh pada gambar tersilap set - 12 April 2011). 
Walaupun hanya beberapa buah layang-layang sahaja dilancarkan, 
rasanya memadailah sebagai permulaan.  Sesuailah dengan bilangan ahli
seramai 10 orang dan kesemuanya merupakan pelajar tingkatan 1.
Mungkin suatu hari nanti ada diantara mereka yang akan menjadi seorang angkasawan atau pilot
atau jurutera aircraff atau apa-apa yang berkaitan dengan angkasa.  
Insya'Allah.








Sunday, March 20, 2011

Pesta Belon Udara Panas


PELBAGAI bentuk belon udara panas kelihatan di Putrajaya ketika pertunjukan Pesta Belon Udara Panas Ketiga 2011, semalam
(Berita Harian Online)