LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, October 28, 2011

Aktiviti Selepas PMR dan Akhir Tahun


 Sebelum ini di petak tu, ditanam dengan pokok hiasan (santalia), kemudian 
ditukar dengan pokok terung (awal tahun).  Kini tambah medium baru untuk tanam pokok lain.


Peperiksaan PMR telah berlalu tiga minggu yang lepas.  Bagi pelajar tingkatan 3, iaitu calon-calon PMR, telah tersusun rapi  jadual aktiviti selepas peperiksaan yang perlu mereka ikuti.  Ceramah, permainan dan pertandingan,  aktiviti kemasyarakatan, lawatan dan pelbagai lagi.  Merujuk jadual dan untuk kesekian kalinya admin tidak tersenarai sebagai pelaksana secara rasmi aktiviti yang dijalankan. Tinggal satu kelas tingkatan satu dan yang lainnya mengisi ruang sebagai guru ganti disamping sesekali 'intai-intai' dari 'jauh' aktiviti yang mereka jalankan. ...... Peperiksaan akhir tahun juga telah berlalu.  Seperti lazimnya admin lebih gemar melaksanakan kerja-kerja menganalisis atau membuat perancangan P&P pada waktu malam.  Tenang dan tanpa sebarang gangguan.... itu yang diperlukan.  

Ini bermakna admin mempunyai banyak masa terluang yang boleh admin gunakan untuk diisi dengan sesuatu yang berfaedah.  Dalam erti kata P&P juga tapi tidaklah secara formal.  Sambil santai tetapi berguna.  






Bayam......akhir minggu depan bolehlah tuai hasil.  Insya'Allah.

Monday, October 3, 2011

PMR 2011

Esok 4 Oktober, akan bermula satu lagi peperiksaan awam.   Penilaian Menengah Rendah (PMR).  Beberapa minggu lepas, UPSR dan SPM pula akan diadakan mulai pertengahan November.  Hanya tiga kali lagi PMR.  Tahun ini 2011, 2012 dan 2013.  Mulai tahun 2012 akan bermulalah PBS bagi pelajar tingkatan satu.  Kemahiran Hidup sebagai subjek printis dan penataran untuk perlaksanaannya telahpun dilaksanakan oleh LPM.  Admin salah seorang peserta sesi ke dua Zon Utara pada 7-11 Sept lepas.

Bermula dengan "Top 5" dan kini telah ditukar kepada "Top 3".  Itulah harapan besar Tuan Pengarah  Pelajaran Perak, Dato' Rauhi bin Mohd Isa untuk pencapaian di peringkat kebangsaan.  Admin dan seluruh warga pendidikan Perak serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pastinya ingin melihat wawasan itu tercapai.   Malah bukan sahaja TERCAPAI  tetapi BOLEH DIGENGAM.  ERAT.  KEKAL UNTUK TAHUN-TAHUN SETERUSNYA.

Setelah bertungkus lumus memerah minda dan keringat menyediakan calon dengan sedaya mungkin, mulai esok - melangkah sahaja calon ke dewan peperiksaan......... hanya doa sahaja yang dapat dititipkan.  Semoga segala ilmu yang telah diperturunkan dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin oleh calon.    Sebenarnya bukan mudah untuk calon menghadapi semua ini.  Pelbagai perasaan menghantui diri.  Gementar, cemas, takut, bimbang.  Hampir semuanya perasaan negatif.  Apabila satu demi satu soalan dapat dijawab dan pasti betul, sedikit demi sedikit keyakinan akan tergengam.  Lega rasanya apabila selesai sahaja dan dapat menjawab soalan  yang terakhir walaupun cabaran untuk subjek-subjek lain masih belum ditempuhi.










  
SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.