LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Wednesday, October 30, 2013

Hari Koperasi Sekolah dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Peringkat Kebangsaan 2013

Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
27 - 29 Oktober 2013




Pameran dan jualan produk koperasi sekolah


Antara Penceramah Jemputan


Pesarta mewakili SMK Redang Panjang

Friday, October 25, 2013

Lestari - Kreatif IV - Wooden Base Fountain.



Miniture wooden base fountain - masih dalam proses pembikinan.
Mungkin lambat - dijangka tahun depan 2014 siap.

Lestari - Kreatif III - Kumpul Botol


 Dua jenis seperti di atas, kami perlukan 21,000 biji setiap jenis.

 Belum diasingkan lagi.

Bakul BRC 

Mula kumpulan bahan untuk projek lestari tahun depan, 2014 - sempena sambutan
Hari Kemerdekaan ke 57, pembentukan Malaysia ke 51 dan TMM 2014.
Lebih 40 ribu diperlukan untuk dua jenis bahan itu.
Harap-harap berjaya......
Insya'Allah.

Tuesday, October 22, 2013

Lestari - Kreatif II - Back drop



Menyediakan back-drop inovasi kreatif daripada penutup botol minuman 
untuk 
Majlis Anugerah Cemerlang SMKRP 2013





Alhamdulilah............siap dan sedia untuk digunakan petang esok, 24 Okt 2013.
Menggunakan bahan dan sumber sedia ada serta kos tambahan +- RM 50.00
(untuk tirai atas).
Terima kasih kepada rakan-rakan dan pelajar yang ringan tulang membantu.

Pelangi Pagi


21 Oktober 2013, waktu lebih kurang 7.30 pagi.
Kelihatan telalu hampir dengan bangunan sekolah.
Hanya lengkongan itu sahaja yang kelihatan.
Dua hari sebelumnya hujan lebat terutama waktu petang dan hampir sepanjang malam.
Banyak tempat dilanda banjir di kawasan utara semenanjung, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Monday, October 14, 2013

Lestari - Kreatif I

 Menghasilkan plag perasmian
tempahan daripada seorang rakan pengusaha challet.



Menghasilkan produk kreatif daripada tunggul kayu lama.
Untuk yang ini, insya'Allah sebuah mini fountain akan terhasil.
Air terjun berserta kolam takungan daripada kemasan tunggul kayu cengal.
Unik, eksklusif dan tersendiri.
Sangat sesuai untuk hiasan di tengah atau disudut utama lobby hotel.


Aktiviti PnP di bawah pokok. Sempoi, ceria dan santai.

Pembudayaan Keusahawanan II





 Kerja-kerja menyediakan bahan jualan.


 Kerja-kerja memasang khemah.

 Penggerak utama - Cikgu Ramli




 Guru Kanan Sains, Pn Hjh Nuril Azwa.

 Kerja-kerja top up barang jualan.


 Rojak buah

dah kosong meja ni...............

Program Pembudayaan Keusahawanan kali ini giliran pelajar tingkatan 4
diwakili pelajar Tingkatan 4 Sains 1.
Dengan tema "Si Merah Rossele".  
Produk daripada buah rossele menjadi bahan utama jualan di samping bahan-bahan jualan yang lain.
Sirap rossele, kordial rossele, jem rossele, jelly rossele dan tart rossele.
Laris dan habis dalam masa tak sampai dua jam.
Masa diserbu pelanggan, admin tidak sempat berada dilokasi.

TAHNIAH !

Hargailah pengalaman A 2 Z itu.

Pembudayaan Keusahawanan III akan menyusul sebelum cuti akhir tahun.
Cabaran untuk pelajar tingkatan 3.

Insya'Allah.