LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
COOL
Disebalik de aRPi Eco Gallery
Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Eko-rintis 2
Gunung ini merupakan satu-satunya gunung batu kapur yang terdapat di Batu Kurau. Tersendiri dan terpisah jauh dari gunung-gunung lain.
Dua sudut pandangan bahagian dalam gua pengantin dirakam dari telaga berkembar/
Telaga kembar terletak di permukaan Gua Pengantin
Pandangan atas bahagian luar permukaan pintu gua pengantin.
Timbunan guano yang sempat di bawa keluar untuk dijadikan baja
di Kebun-ku Cempakamas.
Sunday, December 26, 2010
Ekspidisi Eko-rintis 1 - Gua Sempeneh
Dua tahun/24 bulan/104 minggu/730 hari/17520 jam/1051200
minit/63072000 saat. Itulah perkiraan
waktu-waktu yang telah dan terpaksa ditinggalkan sejak 01 Januari 2009. Cukup lama rasanya. Dan......... adakah penantian yang begitu lama akan berakhir menjelang 2011. Secara rasminya lima hari sahaja lagi. Tak sabar rasanya. Namun..............esok, serentak dengan mesyuarat pertama sessi 2011......... akan terjawab segala-galanya,
Tak sabar rasanya....................... dan hari ini, 26 Disember 2010 satu ekspidisi rintis telah dijalankan. Sekadar meninjau disamping untuk merancang sesuatu yang perlu dilakukan semasa ekspidisi sebenar.
Gunung Kurau, satu-satunya gunung batu kapur yang terdapat di Batu Kurau. Terletak di laluan masuk ke Kampung Sempeneh. Gunung ini agak unik. Kedudukkannya tersendiri. Jauh dari gunung-gunung yang lain. Kaya dengan pelbagai cerita metos. Banyak rahsia yang belum dibongkar................

Bahagian hadapan Gua Kelawar
Timbunan guano
Kesan-kesan a'logi
Sudut kiri bahagian hadapan gua kelawar
Labels:
Projek eko-kreatif
Location:
Unknown location
Saturday, December 18, 2010
Diversify non-academic activities
Sebenarnya laporan akhbar tentang pameran kami yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak ini telah lama berlalu, namun baru kini dapat diblogkan. Ini disebabkan keratan akhbar yang kami simpan telah tersalah letak dan baru kini dijumpai. Pameran itu telah berlangsung semasa majlis perasmian SMK Klian Pauh, Taiping pada 12 May 2005.
Sesungguhnya kami amat berbangga dengan pameran yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan ini. Baginda begitu kagum dengan keunikkan bahan pameran kami terutama, kulat gergasi (kulat terbesar di Malaysia). Dalam titah ucapannya semasa upacara perasmian SMKKP itu, baginda juga ada menyentuh tentang aktiviti persatuan yang kami jalankan.
Sesungguhnya ini adalah satu daripada kejayaan gemilang kami. Dua minggu selepas pameran itu, kami telah menerima panggilan telefon daripada Adikong Tuanku Sultan, iaitu Mejer Saharuddin. Beliau menyatakan, Tuanku amat berminat dengan bahan pameran kami dan menitahkan agar kulat gergasi ditempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Iya.......berita itu secara tak langsung merupakan satu lagi kejayaan gemilang aktiviti persatuan kami. Dengan gembiranya kami menyatakan persetujuan kerana kami menganggap 'kulat gergasi' yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kulat terbesar di Malaysia ketika itu adalah 'khazanah negara' yang wajar ditempatkan ditempat yang sewajarnya agar dapat dikongsi orang ramai.
"Menjunjung Kasih. Tuanku"
Thursday, December 16, 2010
Singgah sebentar......
Tadi, ketika ke pejabat untuk mengambil surat ke tugas rasmi
di Kuala Lumpur, aku singgah sebentar ke galeri. Ingatkan nak singgah barang beberapa minit. Sekadar jeling-jeling je apa yang ada, kata
orang. Cuti sekolah kan......
maklumlah. Tapi akhirnya.......................
tak tergamak nak jeling–jeling je rasanya.
,,,,,,,,,,,,,,,,,, begitulah adanya.
................bagaikan satu kawasan autonomi.
Sebelum
Selepas
( bahagian belakang galeri )
sebelum
terkini
terkini
( bahagian depan galeri )
Tuesday, December 14, 2010
Kulat Yang Tumbuh di atas tanah.
Kulat ini tumbuh di atas tanah yang banyak mengandungi bahan organik
Kulat susu harimau. Juga tumbuh di atas tanah yang banyak kandungan organik.
Kulat ini agak jarang ditemui. Berubi diperdunya. Khabarnya ubi kulat ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Lazimnya digunakan dalam perubatan tradisional. Harganya juga tinggi.
Sunday, December 5, 2010
Ekspedisi Eko-Kreatif 1 2011
Telah lebih dua tahun ekspidisi eko-kreatif tidak dapat dilaksanakan. Apa nak buat...... semuanya kerana sebab-sebab ( telah disuratkan dalam post sebelum ini). Itu yang membuatkan keadaan tidak mengizinkan. Terasa rindu dengan persekitaran eko semula jadi anugerah Tuhan. Terasa kosong perjalanan yang telah dua tahun berlalu. Terasa rugi. Hilang haluan dan kekuatan. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Namun............. itulah cabaran...... itulah dugaan. Nak tak nak, terpaksa dihadapi. Dengan tabah, memujuk perasaan, merapi kekuatan, menggenggam harapan sambil menatah jejak perjalanan seterusnya.
Indah juga rupanya cabaran dan dugaan itu. Didalamnya terhampar ruang............... luas. Seluas keupayaan minda mencanai angan-angan. Indah.......... seindah flora dan fauna dalam wacana sebuah rimba. Lunak............. selunak kicauan unggas, desiran bayu dan geseran dedaun tak kala sinar matahari mula meratah titisan embun.
Tidak pernah sunyi rupanya dunia rimba. Walau sedetik. Tapi bukan riuh yang membinggatkan pendengaran, Bukan riuh yang mematikan minda. Riuhnya, adalah halua telinga........... yang menajamkan fikiran.
Sebuah belentara.................. terseragam sebuah gunung.............. tersendiri.............. dan di dasarnya terpapar puluhan gua. Gua Pengantin.................. Gua Kelawar................... dan........................
ITULAH DISTINASI EKSPEDISI SETERUSNYA.................... GUNUNG KURAU JUGA DIKENALI SEBAGAI GUNUNG SEMPENEH..

Subscribe to:
Posts (Atom)