LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, December 5, 2010

Ekspedisi Eko-Kreatif 1 2011

Telah lebih dua tahun ekspidisi eko-kreatif tidak dapat dilaksanakan.  Apa nak buat...... semuanya kerana sebab-sebab ( telah disuratkan dalam post sebelum ini).  Itu yang membuatkan keadaan tidak mengizinkan.  Terasa rindu dengan persekitaran eko semula jadi anugerah Tuhan.  Terasa kosong perjalanan yang telah dua tahun berlalu.  Terasa rugi.  Hilang haluan dan kekuatan.  ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Namun............. itulah cabaran...... itulah dugaan.  Nak tak nak, terpaksa dihadapi.  Dengan tabah, memujuk perasaan, merapi kekuatan, menggenggam harapan sambil menatah jejak perjalanan seterusnya.

Indah juga rupanya cabaran dan dugaan itu.  Didalamnya terhampar ruang............... luas.  Seluas keupayaan minda mencanai angan-angan.  Indah.......... seindah flora dan fauna dalam wacana sebuah rimba.  Lunak............. selunak kicauan unggas, desiran bayu dan geseran dedaun tak kala sinar matahari mula meratah titisan embun.

Tidak pernah sunyi rupanya dunia rimba.  Walau sedetik.  Tapi bukan riuh yang membinggatkan pendengaran,  Bukan riuh yang mematikan minda.  Riuhnya, adalah halua telinga........... yang  menajamkan fikiran.

Sebuah belentara.................. terseragam sebuah gunung.............. tersendiri.............. dan di dasarnya terpapar puluhan gua.  Gua Pengantin.................. Gua Kelawar................... dan........................

ITULAH DISTINASI EKSPEDISI SETERUSNYA.................... GUNUNG KURAU JUGA DIKENALI SEBAGAI GUNUNG SEMPENEH..


No comments:

Post a Comment