Sebenarnya laporan akhbar tentang pameran kami yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak ini telah lama berlalu, namun baru kini dapat diblogkan. Ini disebabkan keratan akhbar yang kami simpan telah tersalah letak dan baru kini dijumpai. Pameran itu telah berlangsung semasa majlis perasmian SMK Klian Pauh, Taiping pada 12 May 2005.
Sesungguhnya kami amat berbangga dengan pameran yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan ini. Baginda begitu kagum dengan keunikkan bahan pameran kami terutama, kulat gergasi (kulat terbesar di Malaysia). Dalam titah ucapannya semasa upacara perasmian SMKKP itu, baginda juga ada menyentuh tentang aktiviti persatuan yang kami jalankan.
Sesungguhnya ini adalah satu daripada kejayaan gemilang kami. Dua minggu selepas pameran itu, kami telah menerima panggilan telefon daripada Adikong Tuanku Sultan, iaitu Mejer Saharuddin. Beliau menyatakan, Tuanku amat berminat dengan bahan pameran kami dan menitahkan agar kulat gergasi ditempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Iya.......berita itu secara tak langsung merupakan satu lagi kejayaan gemilang aktiviti persatuan kami. Dengan gembiranya kami menyatakan persetujuan kerana kami menganggap 'kulat gergasi' yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kulat terbesar di Malaysia ketika itu adalah 'khazanah negara' yang wajar ditempatkan ditempat yang sewajarnya agar dapat dikongsi orang ramai.
"Menjunjung Kasih. Tuanku"
No comments:
Post a Comment