LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, July 31, 2011

Koleksi bonsai

dendangan kasih



tunggul kayu lama sebagai medium penanaman


cengkaman kasih
tautan kasih
lingkaran kasih


sila kasih




Koleksi bonsai Pokok Bunga Santalia

Lebih 10 tahun menatang kesabaran mengenggam keazaman.  Hanya ini yang tinggal.
Walaupun yang tinggal tidak secantik mana, namun memadailah sebagai pembuka minda
anak-anak didik khususnya ahli-ahli persatuan.


Thursday, July 28, 2011

Menggapai Angkasa

Panorama Sekitar Galeri III

Bunga pokok Payung Sumatera dan Bunga Pokok Tomoi

Arca banir kayu 


Segar dan menawan



                                                                                                titisan embun pagi

                                       Bunga Tiga Bulan                              Buah Kaktus


Pokok-pokok hiasan yang terdapat di sekitar galeri

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia



Wednesday, July 27, 2011

Panorama Sekitar Galeri II






Tebu moris ini terletak di bahagian belakang galeri.  
Ditanam pada pertengahan ogos 2010.
Hidup subur, daun sentiasa menghijau, saiz serta panjang ruas besar dan panjang.
  


Tebu hitam
Satu lagi spesies tebu yang terdapat di kawasan sekolah.
Di belakang rumah guru.
Berbatang hitam dan daunnya juga berwarna kehitaman.
Ruasnya panjang tetapi saiznya kecil (lebih kurang saiz batang penyapu).
Lazimnya digunakan dalam perubatan tradisional.  


Terasa rugi pulak kalau tak tanam lagi
dengan banyak.  Dua rumpun tebu moris yang kat atas tu sudah cukup membuktikan
kesesuaian kawasan untuk penanaman tebu.

Tanah kosong yang terbiar dan semak di bahagian belakang sekolah.  
Telah diracun dan akan diusahakan semula dengan tanaman tebu moris.
Insya'Allah sebelum cuti persekolahan sesi 2011.
(Sebenarnya, pada tahun 2009, kawasan ini telah diusahakan
dengan tanaman tebu hitam serta limau nipis dan nangka.  Tetapi kerana
sesuatu sebab, terpaksa dibiarkan terbengkalai)




Thursday, July 7, 2011

Kerajaan Tekankan Kreativiti, Inovasi Untuk Mantapkan Mutu Pendidikan Di Sabah


Written by Raja on Thursday, 07 July 2011 15:21
SANDAKAN  - Kerajaan akan memberikan penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi mutu pendidikan di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana trend pendidikan terkini melihat potensi
 pelajar dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata-mata
"Mereka perlu dinilai secara holistik merangkumi aspek kreativiti dan daya cipta," katanya
 ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) peringkat negeri di sini Khamis.

Teks ucapannya dibacakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Musa berkata sekolah-sekolah agama juga tidak seharusnya ketinggalan dalam 
melakukan transformasi dengan menggembleng potensi pelajar secara holistik dan
 tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Ini bermakna aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum perlu dijadikan medan membangunkan
 potensi kreativiti dan daya cipta para pelajar, kata Musa.

"Dengan cara ini, InsyaAllah sekolah-sekolah agama Islam akan turut berupaya
 melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk keperluan
 pembangunan negara," kata beliau.

Musa turut menekankan peranan bersama guru-guru, ibubapa, Persatuan Ibubapa 
dan Guru (PIBG) dan masyarakat untuk mendidik dan melahirkan insan yang intelek,
 memiliki akhlak dan peribadi mulia serta jati diri yang kukuh.

- BERNAMA