| |
SANDAKAN - Kerajaan akan memberikan penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi mutu pendidikan di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana trend pendidikan terkini melihat potensi
pelajar dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata-mata
"Mereka perlu dinilai secara holistik merangkumi aspek kreativiti dan daya cipta," katanya
ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) peringkat negeri di sini Khamis.
Teks ucapannya dibacakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran. Musa berkata sekolah-sekolah agama juga tidak seharusnya ketinggalan dalam
melakukan transformasi dengan menggembleng potensi pelajar secara holistik dan
tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Ini bermakna aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum perlu dijadikan medan membangunkan
potensi kreativiti dan daya cipta para pelajar, kata Musa.
"Dengan cara ini, InsyaAllah sekolah-sekolah agama Islam akan turut berupaya
melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk keperluan
pembangunan negara," kata beliau.
Musa turut menekankan peranan bersama guru-guru, ibubapa, Persatuan Ibubapa
dan Guru (PIBG) dan masyarakat untuk mendidik dan melahirkan insan yang intelek,
memiliki akhlak dan peribadi mulia serta jati diri yang kukuh.
- BERNAMA |
LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
COOL
Disebalik de aRPi Eco Gallery
Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Thursday, July 7, 2011
Kerajaan Tekankan Kreativiti, Inovasi Untuk Mantapkan Mutu Pendidikan Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment