LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, March 25, 2012

DSG 12


Papan Impian Saya (My Dream Board)

Tahun ini mula perkenalkan dream board pada pelajar melalui mp sivik (tetiba je thn ni kena ajar sivik) khususnya tk 3A..., 3A... dan 3A....  Apa yang aku dapat...... rupanya kebanyakkan daripada mereka memang tak pernah kenal apa itu dream board (papan impian).  Mereka hanya tahu azam.  Azam pada setiap awal tahun.  Itupun ramai yang tak buat langsung.  Mereka ada impian tapi tak tau apa impian mereka.  

Maka...... bagilah tugasan.  Buat dream board.........   Belilah strawboard dan kertas lukisan bagi pada mereka.  Minta mereka buat.  Paparkan impian mereka  melalui gambar serta tulisan dalam sekeping kertas.  Mulanya.....terangkan je bagaimana nak buat.  Apa perlu ada dlm dream board mereka.  Bagaimana reka bentuknya.  Dengan contoh yang dilakarkan di white board.  Nak tengok apa hasilnya.

Setiap minggu......ulang itu je.  satu.......dua.....tiga......

Tayangkan pula contoh yang aku ambil daripada internet.  Juga paparkan contoh dream board sendiri di atas tu.  he he he.  Itulah antara impian ku..........  Tidaklah terlalu tinggi.  Bagi impian tertentu (spt; healthy planet, healthy living)......cukuplah sekadar dapat memberi sumbangan. Wau, burung dan ikan.....apa yang ingin ku buat untuk healthy school.  Meluaskan tanaman tebu untuk sekali ganda lagi daripada keluasan sedia ada.  Pencapaian pelajar-pelajar khususnya di peringkat PMR.  Dan yang lain-lain tu.......lebih kepada impian peribadi yang ingin ku capai.

Thursday, March 22, 2012

Dokumen sejarah Projek Eko-Kreatif 1


LATAR BELAKANG PROJEK   1

Nama  Projek  :  KRIM MERAWAT KUDIS DAN GATAL

     (KRIM MUTIARA RIMBA)

Inovasi ini adalah hasil gabungan dua senario yang berlatarkan dua situasi asal berbeza dan nampak seolah tiada kaitan dengan produk yang terhasil.

i)          Serangan penyakit kulat terhadap pokok-pokok seperti kelapa sawit dan pokok-pokok dusun lain merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para petani.  Lebih-lebih lagi kawasan ladang mereka berhampiran dengan hutan.  Walaupun pelbagai racun kulat telah dicipta dan berada dipasaran, tetapi kos untuk membelinya begitu membebankan terutama bagi pekebun kecil. 

ii)         Terdapat banyak sumber alam semulajadi tempatan khususnya di kawasan luar bandar atau di hutan masih belum diteroka dan dimanafaatkan sepenuhnya secara kreatif dan  meluas.


            Tercetusnya idea untuk menghasilkan Krim merawat kudis dan gatal ini adalah hasil pemerhatian terhadap ujikaji untuk memeliahara fauna hutan di dalam  ‘akuarium’ kulat.  Dalam ujikaji tersebut, beberapa spesies kulat telah digubah di dalam sebuah akuarium bersama beberapa ekor ulat gonggok bersaiz besar.  Selang sehari, didapati pergerakan ulat gonggok semakin lemah dan mati pada hari kedua.  Seterusnya beberapa ujikaji lagi telah dijalankan dengan menukarkan kulat-kulat di dalam akuarium secara berselang seli.  Akhirnya kulat spesies polipor polystictus dari kumpulan cendawan payung tetupai (polipor)   telah  dikenalpasti sebagai “kemungkinan” beracun dan menjadi penyebab kematian ulat gonggok. ( Dalam kertas kerja ini kami hanya akan gunakan istilah ‘Kulat spesies A’ sebagai merujuk kepada kulat spesies polipor polystictus.

Bagi mempastikan kesahihan penemuan awal, pemerhatian di kawasan habitat sebenar “Kulat Spesies A” dan temubual dengan orang-orang tua (yang dikenalpasti) telah dilakukan. 

Hasil pemerhatian di habitat sebenar ‘kulat spesies A’ didapati tiada serangga hutan mendekati spesies kulat tersebut.  Hasil temubual juga telah mengukuhkan lagi penemuan awal disamping maklumat lain iaitu tentang    penggunaan spesies kulat tersebut secara tradisional untuk merawat gatal-gatal oleh orang-orang dahulu.

Krim merawat kudis dan gatal ini dihasilkan daripada  ‘kulat spesies A’ sebagai bahan aktif utama.  Selain berasaskan senario di atas, ciptaan ini juga merupakan inovasi  penggunaan ‘kulat spesies A’  secara tradisional oleh orang-orang dahulu.

INOVASI YANG DILAKUKAN

 Inovasi yang dilakukan untuk menghasilkan krim merawat kudis dan gatal ini adalah melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat awal (kajian), peringkat penyediaan dan peringkat penghasilan produk akhir.

i.                    Melakukan kajian  awal  terhadap bahan secara saintifik.

ii.                  Kerja-kerja penyediaan bahan, dimana ianya dilakukan dengan menggunakan peralatan moden dan terjamin kebersihannya.

iii.                Sukatan dan campuran bahan yang dilakukan dengan lebih tepat bagi menghasilkan produk yang mempunyai kandungan bahan yang sama dan seimbang.
iv.                Mengubah bentuk akhir produk menjadi lebih berbentuk moden.
v.                  Bentuk moden yang dihasilkan membuatkan produk yang dihasilkan  mudah digunakan dan simpan.
vi.                Produk yang dihasilkan mudah disimpan.
vii.               Kebersihan dan ketahanan produk jika disimpan lama.
viii.            Bekas pembungkusan yang lebih kemas dan selamat.           

OBJEKTIF  PROJEK

1.                  Mencipta kaedah untuk menghasilkan sejenis krim untuk merawat kudis dan gatal-gatal dimana sejenis spesies kulat dijadikan sebagai bahan aktif utama.

2.                  Mencipta sejenis ubat merawat kudis dan gatal-gatal sebagai  alternatif kepada ubat-ubat yang sedia dicipta dan dijual dipasaran masakini.

3.                  Memanafaatkan secara saintifik dan kreatif kekayaan sumber alam semulajadi yang selama ini terbiar.

4.                 Menimbulkan kesedaran kendiri bahawa setiap kejadian Tuhan pasti  mempunyai manafaat lain kepada hambaNya jika dikaji dan dihalusi dengan teliti.

KAJIAN  LATAR

KULAT SPESIES  A (KULAT MERAH)

1.       HABITAT

Kulat spesies A didapati tumbuh dengan banyak khususnya di batang-batang kayu pokok getah (Heave Brasialiasies s.p) dan juga batang kayu pokok rambutan yang telah mati. Kulat spesies A  merupakan spesies kulat kedua yang tumbuh pada batang kayu mati selepas kulat sisir.  Selepas kulat sisir dan kulat spesies A, beberapa spesies lain juga tumbuh mengikut urutan sehingga kayu reput. 

URUTAN SPESIES KULAT YANG TUMBUH
PADA BATANG KAYU POKOK GETAH MATI

KULAT SISIR

KULAT SPESIES A (KULAT MERAH)

KULAT PUTIH

KULAT MATA KERBAU
(Bulat seperti agar-agar)

KULAT TELINGA KERA

       **Hasil temubual dengan orang-orang tua, semua kulat yang tumbuh pada batang pokok getah mati
           boleh dimakan kecuali kulat merah Spesies (A)

2.       PEMANGSA

          Hasil pemerhatian didapati, kulat spesies A tidak didekati oleh serangga-serangga hutan.  Ujian meletakkan serangga (semut) pada kulat spesies A di habitat sebenar, didapati serangga dengan segera mejauhinya.
Didapati juga, kulat spesies A kering dan reput di akhir hayatnya di habitat sebenar.  Dapatan ini mengukuhkan lagi hepotesis bahawa kulat spesies A (kulat merah) adalah sejenis kulat yang beracun.

          Pemerhatian juga dilakukan terhadap beberapa sampel / spesies kulat termasuk yang tumbuh di batang pokok kayu mati berlainan untuk dibuat perbandingan. 

Cara kajian           - Meletakkan sampel kulat yang telah dikeringkan tanpa diawet   
                           di dalam bekas terbuka.

          Jangkamasa          -  Ogos 2001  hingga  Mac 2002.

          Dapatan      i  -     Selepas 2 bulan didapati 3 sampel  termasuk
sampel kulat spesies A (kulat merah) masih dalam keadaan baik.  Kulat spesies lain telah mengeluarkan debu kerana diserang serangga.
ii. -    Selepas 4 bulan didapati 3 sampel spesies kulat seperti ( i ) masih baik dan keadaannya seperti asal.  Kerosakan sampel-sampel lain makin bertambah buruk dan mengeluarkan rerambut halus.
iii.              Selepas 6 bulan (Jan 2002), dapatan sama seperti dalam (i) dan (ii).   Sampel lain reput, hancur dan meninggalkan rerambut.  (Sampel seperti ditunjukkan)

          Kesimpulan kajian, menunjukkan dapatan-dapatan tersebut hampir mengesahkan hepotesis awal bahawa kulat spesies A (Kulat Merah) adalah beracun.  Penggunaan kulat spesies tersebut oleh orang-orang dahulu juga mempunyai potensi diketengahkan dan diinovasi untuk dimodenkan sama ada dalam kaedah penyediaan/pemerosesan maupun produk akhir.

KAJIAN  MAKMAL

KULAT MERAH (SPESIES  A)

          Memandangkan ketiadaan peralatan, kajian yang dapat dijalankan hanyalah untuk mengesan kandungan kanji, glukosa dan kandungan protein dalam kulat merah.  Hasil ujikaji menunjukkan kulat merah mempunyai kandungan protein yang tinggi, tiada mengandungi kanji dan hanya terdapat sedikit kandungan  glukosa.

Ujian untuk menganalisis dan mengenalpasti kandungan lain khususnya  racun yang terdapat di dalamnya tidak dapat  jalankan kerana kekurangan bahan dan alat.  

Walau bagaimanapun, sampel kulat spesies A telah dihantar ke USAINS HOLDING SENDIRIAN  BERHAD, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG untuk tujuan analisis pada  14 Mei 2002 iaitu selepas menerima surat menyatakan projek kami berjaya terpilih ke peringkat akhir.  Namun begitu, sehingga laporan ini ditulis, kami masih tidak mendapat jawapan dan maklumat hasil kajian makmal seperti yang dikehendaki.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN  MENGHASILKAN

KRIM MUTIARA RIMBA


1.                 Kulat Merah -  “ Kulat  Spesies A ”
2.                 Kulit pokok gongang.
3.                 Rempah ratus (herba)
4.                 Minyak masak.
5.                 Krim tanpa bahan aktif  (Beli dari farmasi)

FUNGSI BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN KRIM MUTIARA RIMBA

1.       Kulat Merah (Kulat Spesies A)
Sebagai bahan aktif utama untuk proses merawat dan menyembuhkan kudis dan gatal-gatal.

2.       Kulit Kayu Gongang  dan rempah ratus.
Sebagai bahan untuk menghasilkan bau harum dan warna kekuningan secara semulajadi.  Bauan ini juga untuk mengekalkan unsur tradisional dalam krim yang akan terhasil.

3.       Minyak masak.
Berfungsi sebagai bahan untuk menghasilkan ekstrak kulit kayu gongang dan rempah ratus (herba).  Mengekalkan penyediaan ekstrak secara tradisional.

4.       Bes krim
Menjadikan ubat / produk berbentuk krim agar mudah digunakan dan mudah disimpan dan tahan lama.
                                                      CARTA ALIRAN 
                PROSES INOVASI MENGHASILKAN KRIM MUTIARA RIMBA



UJIAN  KEBERKESANAN

UJIAN   1  --   MERAWAT KUDIS

1.         Sampel Kajian              -          Kucing
2.         Keadaan Sampel         -          Kudis pada bahagian badan yang berkurap disebabkan luka.
3.         Langkah rawatan        -
           
i)                   Cuci keseluruhan badan sampel  dan lap hingga kering.
ii)                Sapu krim ( bahan 3 ) pada kudis dan keseluruhan kawasan badan.
iii)               Letakkan sampel dalam sangkar yang bersih.
iv)              Langkah  ii  diulang setiap hari selama lima hari berturut-turut.
v)                Sampel diberi makan freskis.

4.         Kesan rawatan            (Pemerhatian) -

i)          Hari kedua            Keadaan kudis masih seperti asal tetapi ada tanda kering (sedikit).
ii)           Hari ketiga             Kesan kering pada kudis makin jelas kelihatan. 
Keliling kudis menunjukkan kesan pembentukan keruping.Sampel kelihatan lebih aktif dan selera makannya kelihatan bertambah.
iii)          Hari keempat-        Di sekeliling kudis telah kering dan  keruping lebih
jelas kelihatan.  Ini menunjukkan sel-sel kulit baru
telah terbentuk dibahagian bawah keruping.
Sampel kelihatan lebih aktif.
iv)        Hari kelima  -           Keseluruhan kudis telah kering dan   membentuk keruping.
                v)        Hari keenam-            Keadaan kudis sampel bertambah positif.

5.         Selepas dua minggu, didapati  keseluruhan sel-sel kulit baru pada kesan kudis telah terbentuk dengan sempurna. 

UJIAN  2   -        MERAWAT GATAL-GATAL
1.         Sampel                  -     Manusia. 
2.         Keadaan sampel    -     Gatal-gatal akibat gigitan serangga dan miang tumbuh-tumbuhan.
3.         Langkah merawat   -    Terus sapu pada bahagian yang gatal.
4.         Kesan rawatan       -     Rasa gatal hilang selepas beberapa minit sapuan dilakukan.
**       Ujian ini paling kerap dilakukan pada sampel-sampel yang berlainan di kalangan pelajar dan guru dan menunjukkan kesan yang positif. 

PENUTUP

Sebagai penutup, kami dengan rasa rendah diri ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan semangat yang dianugerahkan olehNya dapat kami menghasilkan sesuatu walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan menimbulkan kehairanan pada  longgokan pelbagai spesies kulat yang kami kumpul di stor Bengkel Kemahiran Hidup.  Terima kasih, khususnya kepada Pengetua dan pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa  dan rakan-rakan serta seluruh masyarakat sekitar yang turut menyumbang idea dan tenaga sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Sesungguh kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Dokumen Sejarah Projek Eko-Kreatif



Ha ha...... jumpa balik salinan dokumen sejarah ni.  Kertas kerja pertama projek eko-kreatif dan surat kebenaran pelaksanaan projek.  Ringkas sahaja.  Terus Copy and paste ke blog.

Persatuan Kemahiran Hidup
S.M.K Redang Panjang,  Batu Kurau,  Perak. 

NAMA  PROJEK : 

 PROJEK  JEJAK  EKO-KREATIF

                LOKASI PROJEK       :                PERSEKITARAN LATA BULUH, IJOK.
                TARIKH                       :               14   APRIL  2001   ( SABTU )
                MASA                          :                8.00  PAGI    -   4.00  PETANG.
                                

1.                  PENDAHULUAN
Sumber semulajadi yang terdapat di hutan merupakan sesuatu yang sangat berharga dan setakat ini hasilnya masih kurang dimanafaatkan secara kreatif.  Memandangkan lokasi sekolah berhampiran dengan sumber tersebut dan kebanyakan pelajar  telah biasa dengan persekitarannya, adalah wajar pelajar-pelajar didedahkan pula dengan aktiviti  untuk memenafaatkan sumber-sumber semulajadi tersebut secara kreatif.


2.                  OBJEKTIF
Secara amnya, objektif aktiviti ini adalah  untuk memberi idea dan pendedahan kepada pelajar bagi memenafaatkan kekayaan sumber semula jadi secara kreatif agar menjadikannya lebih berharga dan dihargai.  Di samping itu, ianya juga  untuk membina rasa cinta pelajar terhadap sumber dan keindahan alam semula jadi.

Secara khususnya, aktiviti ini bertujuan  mencari bahan-bahan semula jadi  untuk dijadikan bahan pameran di Galeri Persatuan.
i.                    Mencari bahan flora dan fauna secara terpimpin.
ii.                  Mengambil gambar lokasi-lokasi yang menarik.
iii.                Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimanipulasi secara kreatif.
  
3.                  PENYERTAAN

Terbuka kepada semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup dan pelajar-pelajar lain yang berminat serta telah mendapat kebenaran bertulis dari penjaga masing-masing.
Senarai nama disertakan bersama.

4.                  LAIN-LAIN  DAN  PENUTUP

i.                    Sebagai langkah keselamatan, persatuan akan mendapatkan khidmat juru pandu daripada pihak Jabatan Hutan atau  daripada penduduk kampung berhampiran.
ii.                  Semua peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa dan penjaga masing-masing.
iii.                Peserta dikehendaki membawa bekalan makanan dan minuman sendiri.
iv.                Pakaian sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan.



Disediakan oleh;
Zainal bin Abd. Rahim
Penasihat Persatuan Kemahiran Hidup
S.M.K. Redang Panjang, Ijok,
Batu Kurau, Perak.
 9  April  2001


 Persatuan Kemahiran Hidup
S.M.K. Redang Panjang, Ijok,
Batu Kurau, Perak.
_____________________________________________________________________________


Tuan Pengetua,
S.M.K. Redang Panjang, Ijok,
Batu Kurau, Perak.                                                                                                  10  April 2001

Tuan,
KEBENARAN MENGADAKAN  AKTIVITI  JEJAK EKO-KREATIF

Adalah dimaklumkan, Persatuan Kemahiran Hidup akan mengadakan aktiviti seperti yang tersebut di atas pada  14 April 2001  (SABTU) bertempat di persekitaran Lata Buluh, Kampung Sungai Jernih, Ijok.

2.         Secara amnya, objektif aktiviti ini adalah  untuk memberi idea dan pendedahan kepada pelajar bagi memenafaatkan kekayaan sumber alam semula jadi secara kreatif dan inovatif bagi menjadikannya lebih berharga dan dihargai.  

3.            Seramai         orang pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan akan menyertai
projek ini.   Senarai nama  pelajar  seperti yang dilampirkan.

4.         Untuk tujuan itu,  kebenaran daripada pihak tuan diperlukan untuk kami menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan dan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah



(Zainal bin Abd. Rahim)
Penasihat,
Persatuan Kemahiran Hidup,
S.M.K. Redang Panjang.

Monday, March 19, 2012

TEMA HARI GURU 2012


Guru inovatif 
melonjakkan 
tranformasi pendidikan negara

DSG 11


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi

DSG 10



Coming together is a beginning
Keeping together is progress
Working together is success

-henry ford

DSG 9.5

PADANG
                 PASIR
                           TIDAK
ADA            POKOK
           KAYU
                                PANAS
TERIK.......................................KUK

Tuesday, March 13, 2012

DSG 9

Berbagai isu keluar.  Isu positif.  Tujuannya untuk kemajuan.  Untuk  meningkatkan pencapaian.  Menyerlahkan kebitaraan dan juga  kelestarian.

Sememangnya admin satu ketika dulu pernah mencetuskan sesuatu.  Waktu kami semua diminta  'menuliskan sesuatu' berupa idea, ulasan, pendapat atau apa sahaja.  Tujuannya agar dapat digunakan untuk memajukan atau meningkatkan pencapaian.  Maka admin pun tulislah beberapa perkara.  Catatan asal dahpun musnah bersama berakhirnya riawayat 'lap top' yang admin gunakan.  Semalaman juga berfikir dan merangka idea dan pendapat.  Masih lagi ingat beberapa perkara.  Dan  perkara yang sama juga pernah admin sembangkan dengan ......... sekarang semasa sembang santai.  Waktu itu admin terserampak dengannya ketika beliau melakukan pemantauan rutin harian.  Pada mulanya memang nak lari, tapi tak dapat.  Dah pun terserempak.....

Some of the Most Beautiful and Exotic Places on Earth that You Should Visit | Top Design Magazine - Web Design and Digital Content

Some of the Most Beautiful and Exotic Places on Earth that You Should Visit | Top Design Magazine - Web Design and Digital Content:

'via Blog this'

Thursday, March 8, 2012

DSG 8

Sering memandu balik dalam keadaan terlalu letih.  Perjalanan sejauh 40 km, terasa saaangat jauh.  Terlalu lama untuk sampai ke rumah.  Beberapa kali terlelap.  Menjerit sendiri ketika memandu, untuk meredakan sikit rasa mengantuk.

Memang, sejak beberapa minggu kebelakangan ini aku diminta melaksanakan sesuatu.  Satu tugas yang menuntut sedikit kudrat.  Walaupun tugas tak rasmi itu memang sering ku lakukan dulu.  Tapi hakikat dulu dan sekarang agak berbeza.  Kudrat dan semangat kini tidak sehebat dulu.  Kekangan yang '.............' pun masih  tak dapat ku lerai.  Masih tersimpul erat, padat, kemas dan padu.  Itulah sebahagian daripada perisa kehidupan.

Ya Allah......berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini.  Peliahara dan lindungilah dengan keselamatan serta hindarkanlah segala kejadian buruk ketika  perjalanan hambaMu ini pergi dan balik.  Dan berikanlah jua kekuatan untuk aku melaksanakan tugas-tugas itu.

Hari ini tertidur di galeri sehingga 4.30 dan semalam hingga 3.45 pm.  Dan terus balik ke rumah tanpa singgah di KKCM sebagaimana biasa.

Teringat pesan seorang rakan sekuliah semasa penataran PBS KHB zon tengah di PPD Perak Tengah, Bandar Seri Iskandar.  Beliau Penolong PPD Teknik dan Vokasional PPD Kinta Selatan.  Katanya kepada semua peserta kursus........ tentang memandu.  Berhati-hatilah.  Sama-sama jaga keselamatan diri dan orang lain.  Elakkan memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.  Tak ada beza memandu dalam keadaan letih dan mengantuk dengan memandu dalam keadaan mabuk. Jadi.........................

Esok dan seterusnya bagaimanalah agaknya.

Monday, March 5, 2012

Satu ketika dulu I


Pandangan bahagian hadapan galeri






                                             Pandangan Redang Pentadbiran dari arah galeri



Sekolah Lestari 2



 NAMA BIASA
Portulaca grandiflora / Japanese  rose
NAMA SAINTIFIK
Protulacaceae
KAEDAH PEMBIAKAN
Keratan batang
Biji benih
LAIN-LAIN
Terdapat berbagai variety berdasarkan warna dan bentuk bunga


( Terkini di hadapan galeri )



Taman bonsai dalam pembinaan
(koleksi hidden dan santai  selama lebih 10 sesi tahun persekolahan  sejak 2001)


Hanya itulah seadanya yang termampu disumbangkan.  Tidaklah secantik mana.  Itulah
sisa yang tinggal.  Mati kerana kurang tersenggara.  Tak kurang juga yang lesap tanpa dikesan
sejak awal dulu terutama yang cantik, molek dan comel.

Rupanya bukan mudah untuk mendidik bonsai.  
Sabar, tekun, teliti dan kreatif itu perkara asas yang perlu mantap dalam diri.





Menyusun pasu pokok hiasan di satu laluan strategik.
Aplikasi P&P Sivik tema Alam Sekitar.