LATAR BELAKANG PROJEK 1
Nama Projek : KRIM MERAWAT KUDIS DAN GATAL
(KRIM MUTIARA RIMBA)
Inovasi ini adalah hasil gabungan dua senario yang berlatarkan dua situasi asal berbeza dan nampak seolah tiada kaitan dengan produk yang terhasil.
i) Serangan
penyakit kulat terhadap pokok-pokok seperti kelapa sawit dan pokok-pokok dusun
lain merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para petani. Lebih-lebih lagi kawasan ladang mereka berhampiran
dengan hutan. Walaupun pelbagai racun
kulat telah dicipta dan berada dipasaran, tetapi kos untuk membelinya begitu
membebankan terutama bagi pekebun kecil.
ii) Terdapat
banyak sumber alam semulajadi tempatan khususnya di kawasan luar bandar atau di
hutan masih belum diteroka dan dimanafaatkan sepenuhnya secara kreatif dan meluas.
Tercetusnya
idea untuk menghasilkan Krim merawat kudis dan gatal ini adalah hasil
pemerhatian terhadap ujikaji untuk memeliahara fauna hutan di dalam ‘akuarium’ kulat. Dalam ujikaji tersebut, beberapa spesies
kulat telah digubah di dalam sebuah akuarium bersama beberapa ekor ulat gonggok
bersaiz besar. Selang sehari, didapati
pergerakan ulat gonggok semakin lemah dan mati pada hari kedua. Seterusnya beberapa ujikaji lagi telah
dijalankan dengan menukarkan kulat-kulat di dalam akuarium secara berselang
seli. Akhirnya kulat spesies polipor polystictus dari kumpulan cendawan payung tetupai (polipor) telah
dikenalpasti sebagai “kemungkinan” beracun dan menjadi penyebab kematian
ulat gonggok. ( Dalam kertas kerja ini
kami hanya akan gunakan istilah
‘Kulat spesies A’ sebagai merujuk kepada kulat spesies polipor polystictus.
Bagi mempastikan kesahihan penemuan awal, pemerhatian di kawasan habitat sebenar “Kulat Spesies A” dan temubual dengan orang-orang tua (yang dikenalpasti) telah dilakukan.
Hasil pemerhatian di habitat sebenar ‘kulat spesies A’ didapati tiada serangga hutan mendekati spesies kulat tersebut. Hasil temubual juga telah mengukuhkan lagi penemuan awal disamping maklumat lain iaitu tentang penggunaan spesies kulat tersebut secara tradisional untuk merawat gatal-gatal oleh orang-orang dahulu.
Krim merawat kudis dan gatal ini dihasilkan daripada ‘kulat spesies A’ sebagai bahan aktif utama. Selain berasaskan senario di atas, ciptaan ini juga merupakan inovasi penggunaan ‘kulat spesies A’ secara tradisional oleh orang-orang dahulu.
INOVASI YANG DILAKUKAN
Inovasi yang dilakukan untuk menghasilkan krim merawat kudis dan gatal ini adalah melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat awal (kajian), peringkat penyediaan dan peringkat penghasilan produk akhir.
i.
Melakukan kajian awal
terhadap bahan secara saintifik.
ii.
Kerja-kerja penyediaan bahan,
dimana ianya dilakukan dengan menggunakan peralatan moden dan terjamin
kebersihannya.
iii.
Sukatan dan campuran bahan yang dilakukan dengan lebih
tepat bagi menghasilkan produk yang mempunyai kandungan bahan yang sama dan
seimbang.
iv.
Mengubah bentuk akhir produk menjadi lebih berbentuk
moden.
v.
Bentuk moden yang dihasilkan membuatkan produk yang
dihasilkan mudah digunakan dan simpan.
vi.
Produk yang dihasilkan mudah disimpan.
vii.
Kebersihan dan
ketahanan produk jika disimpan lama.
viii.
Bekas pembungkusan yang lebih kemas dan selamat.
OBJEKTIF PROJEK
1.
Mencipta
kaedah untuk menghasilkan sejenis krim untuk merawat kudis dan gatal-gatal
dimana sejenis spesies kulat dijadikan sebagai bahan aktif utama.
2.
Mencipta sejenis ubat merawat kudis dan gatal-gatal
sebagai alternatif kepada ubat-ubat yang
sedia dicipta dan dijual dipasaran masakini.
3.
Memanafaatkan secara saintifik dan kreatif kekayaan
sumber alam semulajadi yang selama ini terbiar.
4.
Menimbulkan kesedaran kendiri bahawa setiap
kejadian Tuhan pasti mempunyai manafaat
lain kepada hambaNya jika dikaji dan dihalusi dengan teliti.
KAJIAN LATAR
KULAT SPESIES A
(KULAT MERAH)
1. HABITAT
Kulat
spesies A didapati tumbuh dengan banyak khususnya di batang-batang kayu pokok
getah (Heave Brasialiasies s.p) dan
juga batang kayu pokok rambutan yang telah mati. Kulat spesies A merupakan spesies kulat kedua yang tumbuh
pada batang kayu mati selepas kulat sisir.
Selepas kulat sisir dan kulat spesies A, beberapa spesies lain juga
tumbuh mengikut urutan sehingga kayu reput.
URUTAN SPESIES KULAT YANG TUMBUH
PADA BATANG KAYU POKOK GETAH MATI
KULAT SISIR
KULAT SPESIES A (KULAT MERAH)
KULAT PUTIH
KULAT MATA KERBAU
(Bulat seperti agar-agar)
KULAT TELINGA KERA
**Hasil temubual dengan
orang-orang tua, semua kulat yang tumbuh pada batang pokok getah mati
boleh dimakan kecuali kulat merah Spesies (A)
boleh dimakan kecuali kulat merah Spesies (A)
2. PEMANGSA
Hasil
pemerhatian didapati, kulat spesies A tidak didekati oleh serangga-serangga
hutan. Ujian meletakkan serangga (semut)
pada kulat spesies A di habitat sebenar, didapati serangga dengan segera
mejauhinya.
Didapati juga, kulat spesies A
kering dan reput di akhir hayatnya di habitat sebenar. Dapatan
ini mengukuhkan lagi hepotesis bahawa kulat spesies A (kulat merah) adalah
sejenis kulat yang beracun.
Pemerhatian
juga dilakukan terhadap beberapa sampel / spesies kulat termasuk yang tumbuh di
batang pokok kayu mati berlainan untuk dibuat perbandingan.
Cara
kajian - Meletakkan sampel kulat yang telah
dikeringkan tanpa
diawet
di dalam bekas terbuka.
di dalam bekas terbuka.
Jangkamasa - Ogos
2001 hingga Mac 2002.
Dapatan i - Selepas 2 bulan didapati 3 sampel termasuk
sampel
kulat spesies A (kulat merah) masih dalam keadaan baik. Kulat spesies lain telah mengeluarkan debu
kerana diserang serangga.
ii. - Selepas 4 bulan didapati 3 sampel spesies
kulat seperti ( i ) masih baik dan keadaannya seperti asal. Kerosakan sampel-sampel lain makin bertambah
buruk dan mengeluarkan rerambut halus.
iii.
Selepas 6 bulan (Jan 2002), dapatan sama seperti dalam
(i) dan (ii). Sampel lain reput, hancur
dan meninggalkan rerambut. (Sampel
seperti ditunjukkan)
Kesimpulan
kajian, menunjukkan dapatan-dapatan tersebut hampir mengesahkan hepotesis awal
bahawa kulat spesies A (Kulat Merah) adalah beracun. Penggunaan kulat spesies tersebut oleh
orang-orang dahulu juga mempunyai potensi diketengahkan dan diinovasi untuk
dimodenkan sama ada dalam kaedah penyediaan/pemerosesan maupun produk akhir.
KAJIAN MAKMAL
KULAT MERAH
(SPESIES A)
Memandangkan
ketiadaan peralatan, kajian yang dapat dijalankan hanyalah untuk mengesan
kandungan kanji, glukosa dan kandungan protein dalam kulat merah. Hasil ujikaji menunjukkan kulat merah
mempunyai kandungan protein yang tinggi, tiada mengandungi kanji dan hanya
terdapat sedikit kandungan glukosa.
Ujian untuk
menganalisis dan mengenalpasti kandungan lain khususnya racun yang terdapat di dalamnya tidak
dapat jalankan kerana kekurangan bahan
dan alat.
Walau
bagaimanapun, sampel kulat spesies A telah dihantar ke USAINS HOLDING
SENDIRIAN BERHAD, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
PULAU PINANG untuk tujuan analisis pada
14 Mei 2002 iaitu selepas menerima surat menyatakan projek kami berjaya
terpilih ke peringkat akhir. Namun
begitu, sehingga laporan ini ditulis, kami masih tidak mendapat jawapan dan
maklumat hasil kajian makmal seperti yang dikehendaki.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN MENGHASILKAN
KRIM MUTIARA RIMBA
1.
Kulat Merah - “
Kulat Spesies A ”
2.
Kulit pokok gongang.
3.
Rempah ratus (herba)
4.
Minyak masak.
5.
Krim tanpa bahan aktif
(Beli dari farmasi)
FUNGSI BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN KRIM
MUTIARA RIMBA
1. Kulat Merah (Kulat Spesies A)
Sebagai bahan aktif utama
untuk proses merawat dan menyembuhkan kudis dan gatal-gatal.
2. Kulit Kayu Gongang dan
rempah ratus.
Sebagai bahan untuk
menghasilkan bau harum dan warna kekuningan secara semulajadi. Bauan ini juga untuk mengekalkan unsur
tradisional dalam krim yang akan terhasil.
3. Minyak masak.
Berfungsi sebagai bahan
untuk menghasilkan ekstrak kulit kayu gongang dan rempah ratus (herba). Mengekalkan penyediaan ekstrak secara
tradisional.
4. Bes krim
Menjadikan ubat / produk
berbentuk krim agar mudah digunakan dan mudah disimpan dan tahan lama.
CARTA ALIRAN
PROSES INOVASI MENGHASILKAN KRIM MUTIARA RIMBA
UJIAN KEBERKESANAN
UJIAN 1 -- MERAWAT KUDIS
1. Sampel Kajian - Kucing
2. Keadaan
Sampel - Kudis pada bahagian badan yang berkurap disebabkan luka.
3. Langkah
rawatan -
i)
Cuci keseluruhan badan sampel dan lap hingga kering.
ii)
Sapu krim ( bahan 3 ) pada kudis dan keseluruhan
kawasan badan.
iii)
Letakkan
sampel dalam sangkar yang bersih.
iv)
Langkah
ii diulang setiap hari selama
lima hari berturut-turut.
v)
Sampel diberi makan freskis.
4. Kesan
rawatan (Pemerhatian) -
i) Hari kedua Keadaan
kudis masih seperti asal tetapi ada tanda kering
(sedikit).
ii) Hari ketiga Kesan
kering pada kudis makin jelas kelihatan.
Keliling kudis
menunjukkan kesan pembentukan keruping.Sampel kelihatan lebih aktif dan selera
makannya kelihatan bertambah.
iii) Hari keempat- Di sekeliling kudis telah kering dan keruping lebih
jelas
kelihatan. Ini menunjukkan sel-sel kulit
baru
telah
terbentuk dibahagian bawah keruping.
Sampel
kelihatan lebih aktif.
iv) Hari kelima - Keseluruhan kudis telah kering
dan membentuk keruping.
v) Hari keenam- Keadaan
kudis sampel bertambah positif.
5. Selepas dua minggu, didapati keseluruhan sel-sel kulit baru pada kesan
kudis telah terbentuk dengan sempurna.
UJIAN 2 - MERAWAT GATAL-GATAL
1. Sampel - Manusia.
2. Keadaan
sampel - Gatal-gatal akibat gigitan serangga dan miang tumbuh-tumbuhan.
3. Langkah
merawat - Terus sapu pada bahagian
yang gatal.
4. Kesan
rawatan - Rasa gatal hilang selepas beberapa
minit sapuan dilakukan.
** Ujian
ini paling kerap dilakukan pada sampel-sampel yang berlainan di kalangan
pelajar dan guru dan menunjukkan kesan yang positif.
PENUTUP
Sebagai penutup, kami dengan rasa
rendah diri ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin
dan semangat yang dianugerahkan olehNya dapat kami menghasilkan sesuatu
walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan menimbulkan kehairanan pada longgokan pelbagai spesies kulat yang kami
kumpul di stor Bengkel Kemahiran Hidup.
Terima kasih, khususnya kepada Pengetua dan pihak pentadbir, guru-guru,
ibu bapa dan rakan-rakan serta seluruh
masyarakat sekitar yang turut menyumbang idea dan tenaga sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Sesungguh
kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
No comments:
Post a Comment