Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian
tentang lautan telah menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua
yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu
tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung
uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung
sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam
hati, "Hmm. Hari nak hujan."
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi
No comments:
Post a Comment