LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Showing posts with label Dari Sudut Galeri. Show all posts
Showing posts with label Dari Sudut Galeri. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

DSG 13









Inilah antara (sekadar beberapa sahaja yang mampu di UL) papan impian (dream board) pelajar sekolah kami.  Kepada mereka semua, berusahalah agar semua impian itu akan tercapai.  Namun begitu, apa yang admin musykil adalah impian pelajar-pelajar lelaki.  Tiada satupun dream board siap dengan sempurna.  Nak kata tak tau buat atau tak ada impian adalah mustahil.  Tapi itulah hakikatnya.  Dalam usia remaja ni kebanyakkan mereka tiada fokus.  Minda mereka terawang-awang.  Tanpa tujuan yang pasti. Samar dan hampir kosong. Untuk menyatakan impian/cita-cita mereka pun, mereka kurang pasti dan kurang yakin.  

Selain daripada itu, kebanyakkan daripada mereka terlalu terpesona kepada sesuatu yang berkait dengan media sosial.  Gedget-gedget, i-pad, i-pod yang canggih merupakan impian utama mereka.
Admin yakin, jika diadakan pertandingan dan benda-benda tu lah hadiahnya, pasti mereka berebut menyertainya.

Sebenarnya ada lagi beberapa dapatan hasil daripada aktiviti membuat dream board ni.  Semuanya amat berbeza dengan impian/keperluan ketika zaman admin seperti mereka dulu.  Wang adalah satu daripadanya. Admin berani menyatakan bahawa keperluan wang kebanyakkan daripada mereka dalam sebulan sama banyak atau lebih berbanding dengan gaji bulanan yang admin terima ketika mula bekerja sebagai guru pertengahan 80an dulu.  Itu anak remaja.  Fikirkanlah.  Kerana wang, macam-macam perkara boleh berlaku.

Saturday, May 5, 2012

DSG 13 - Poket Aladdin




Alhamdulilah dan syukur.
Dengan azam, kesabaran dan kudhrat yang dilimpahkan olehaNya, hari ini dapat juga admin siapkan kerja seperti gambar tertera.
Ratakan tapak, bancuh tiga beg simen, skoop ke w'berro dan tolak ke tapak (30), kemudian bagi rata.
Mula 9.30 dan siap 1.00 th.  Pergh....... bukan calang-calang, kerja buruh binaan tuuuuuu.  Letih dan penat tak terkira (memanglah benda tu tak boleh nak kira.....).  Jadi tak perlu kiralah.  Lepas pekena  teh tarik
kat warong Pak Long Wahab kat simpang tiga kuburan tu dan rehat kejap....... nanti pulihlah.  
Dan belah petangnya, KKCM pulak menuntut keazaman dan kudhrat yang sama.
Minggu depan, Insya'Allah blah kolam plak.  Bersihkan dasar, cat tembok, pasang air terjun
 dan letak kerusi dan meja taman.
Taman burung yang dicadang ditepi dinding tu akan dipertimbangkan semula dengan wajar dan rasional kerana burung sedia ada semuanya dah hilang dengan sangkar-sangkarnya sekali.  Tak tau angkara siapa.  Yang penting siapkan lokasi ni dulu.
Harap ada support daripada pihak-pihak tertentu kerana projek ni terpaksa dipanjangkan talian hayatnya.  Jadi terpaksalah pejam-pejamkan mata tepuk poket aladin.  Moga-moga disebalik debu muncullah sesuatu.

Sunday, March 25, 2012

DSG 12


Papan Impian Saya (My Dream Board)

Tahun ini mula perkenalkan dream board pada pelajar melalui mp sivik (tetiba je thn ni kena ajar sivik) khususnya tk 3A..., 3A... dan 3A....  Apa yang aku dapat...... rupanya kebanyakkan daripada mereka memang tak pernah kenal apa itu dream board (papan impian).  Mereka hanya tahu azam.  Azam pada setiap awal tahun.  Itupun ramai yang tak buat langsung.  Mereka ada impian tapi tak tau apa impian mereka.  

Maka...... bagilah tugasan.  Buat dream board.........   Belilah strawboard dan kertas lukisan bagi pada mereka.  Minta mereka buat.  Paparkan impian mereka  melalui gambar serta tulisan dalam sekeping kertas.  Mulanya.....terangkan je bagaimana nak buat.  Apa perlu ada dlm dream board mereka.  Bagaimana reka bentuknya.  Dengan contoh yang dilakarkan di white board.  Nak tengok apa hasilnya.

Setiap minggu......ulang itu je.  satu.......dua.....tiga......

Tayangkan pula contoh yang aku ambil daripada internet.  Juga paparkan contoh dream board sendiri di atas tu.  he he he.  Itulah antara impian ku..........  Tidaklah terlalu tinggi.  Bagi impian tertentu (spt; healthy planet, healthy living)......cukuplah sekadar dapat memberi sumbangan. Wau, burung dan ikan.....apa yang ingin ku buat untuk healthy school.  Meluaskan tanaman tebu untuk sekali ganda lagi daripada keluasan sedia ada.  Pencapaian pelajar-pelajar khususnya di peringkat PMR.  Dan yang lain-lain tu.......lebih kepada impian peribadi yang ingin ku capai.

Monday, March 19, 2012

DSG 11


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi

DSG 10



Coming together is a beginning
Keeping together is progress
Working together is success

-henry ford

Tuesday, March 13, 2012

DSG 9

Berbagai isu keluar.  Isu positif.  Tujuannya untuk kemajuan.  Untuk  meningkatkan pencapaian.  Menyerlahkan kebitaraan dan juga  kelestarian.

Sememangnya admin satu ketika dulu pernah mencetuskan sesuatu.  Waktu kami semua diminta  'menuliskan sesuatu' berupa idea, ulasan, pendapat atau apa sahaja.  Tujuannya agar dapat digunakan untuk memajukan atau meningkatkan pencapaian.  Maka admin pun tulislah beberapa perkara.  Catatan asal dahpun musnah bersama berakhirnya riawayat 'lap top' yang admin gunakan.  Semalaman juga berfikir dan merangka idea dan pendapat.  Masih lagi ingat beberapa perkara.  Dan  perkara yang sama juga pernah admin sembangkan dengan ......... sekarang semasa sembang santai.  Waktu itu admin terserampak dengannya ketika beliau melakukan pemantauan rutin harian.  Pada mulanya memang nak lari, tapi tak dapat.  Dah pun terserempak.....

Thursday, March 8, 2012

DSG 8

Sering memandu balik dalam keadaan terlalu letih.  Perjalanan sejauh 40 km, terasa saaangat jauh.  Terlalu lama untuk sampai ke rumah.  Beberapa kali terlelap.  Menjerit sendiri ketika memandu, untuk meredakan sikit rasa mengantuk.

Memang, sejak beberapa minggu kebelakangan ini aku diminta melaksanakan sesuatu.  Satu tugas yang menuntut sedikit kudrat.  Walaupun tugas tak rasmi itu memang sering ku lakukan dulu.  Tapi hakikat dulu dan sekarang agak berbeza.  Kudrat dan semangat kini tidak sehebat dulu.  Kekangan yang '.............' pun masih  tak dapat ku lerai.  Masih tersimpul erat, padat, kemas dan padu.  Itulah sebahagian daripada perisa kehidupan.

Ya Allah......berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini.  Peliahara dan lindungilah dengan keselamatan serta hindarkanlah segala kejadian buruk ketika  perjalanan hambaMu ini pergi dan balik.  Dan berikanlah jua kekuatan untuk aku melaksanakan tugas-tugas itu.

Hari ini tertidur di galeri sehingga 4.30 dan semalam hingga 3.45 pm.  Dan terus balik ke rumah tanpa singgah di KKCM sebagaimana biasa.

Teringat pesan seorang rakan sekuliah semasa penataran PBS KHB zon tengah di PPD Perak Tengah, Bandar Seri Iskandar.  Beliau Penolong PPD Teknik dan Vokasional PPD Kinta Selatan.  Katanya kepada semua peserta kursus........ tentang memandu.  Berhati-hatilah.  Sama-sama jaga keselamatan diri dan orang lain.  Elakkan memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.  Tak ada beza memandu dalam keadaan letih dan mengantuk dengan memandu dalam keadaan mabuk. Jadi.........................

Esok dan seterusnya bagaimanalah agaknya.

Sunday, April 17, 2011

Eko-rintis 3


Antara flora yang terdapat di Kebunku Cempaka Mas.  Membuatkan admin terasa rindu
pada aktiviti eko-kreatif.




Terjumpa kucing hutan semasa dalam perjalanan menuju sebuah ulu sungai.  
Tapi sayang telah mati.  Rasanya baru mati dalam beberapa jam yang lalu.
  

kelihatan saluran paip poli bagi menyalurkan air ke kolam ternakan udang dan ikan air tawar.



Lata dan air terjun kecil di Ulu Sungai Sejuk Pagi.  Sungai ini adalah satu
daripada cabang Sungai Kurau.  
Terletak  di Kampung Sempeneh Cempaka. Batu Kurau.
Sejuk, segar, bersih dan belum tercemar.  
Digunakan oleh beberapa orang penduduk kampung sebagai punca air
untuk menternak udang dan ikan air tawar.




Tuesday, January 4, 2011

DSG 7

Jam 6.00 petang semalam, 3 Januari 2011, aku dikejutkan bunyi semboyan daripada telefon bimbitku          (rakaman daripada filem Bukit Kepong).  Panggilan daripada PK Pentadbiran, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani.  Dia menyatakan, Tuan Pengetua, Puan Rosiah bt Rasalan ingin menyatakan sesuatu kepadaku.  Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan daripadanya.  Lembut tapi tegas nada suaranya.  Tertanya-tanya juga aku, apa yang ingin diperkatakan.  Tegurankah ...............  Maklumlah hari ini adalah hari pertama persekolahan sesi 2011.  Setelah salam berjawab dan mengesahkan bahawa yang menjawab panggilan adalah aku.............beliau pun terus ke mesej sebenar yang handak disampaikan.  Tuan Pengarah Pelajaran Perak, akan melawat sekolah pagi esok 4 Januari 2011.  Beliau akan bersama ketika perhimpunan waktu pagi dan seterusnya akan melawat kawasan sekolah.  Pastinya beliau akan diiringi oleh Tuan PPD LMS dan beberapa orang pegawai daripada JPN dan juga PPD.  Pastinya juga salah satu arah lawatan adalah galeri.

Terkedu sebentar aku........ rasa seronok, bangga dan bimbang bercampur baur.  Maklumlah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri akan bertandang.   Namun sepantas itu juga aku menyatakan akan membuat persiapan sewajarnya.  Mungkin malam tu juga atau awal pagi esoknya.  Yang pastinya, sebelum jam 9.00 pagi esok semuanya mesti siap.  Lebih-lebih lagi aktiviti eko-kreatif yang telah sekian lama aku laksanakan telah dipilih lagi sebagai satu daripada 'imej sekolah'.

Bila harus aku mulakan tugas itu?  Mulalah aku merangka tindakan sambil merangka persiapan untuk P&P hari esok.  Kaedaan galeri rasanya ok setelah ku buat pengubahsuaian sebelum cuti akhir tahun lepas.  Cuma perlu sedikit make-up.  Mungkin  ada sesawang sarang lelabah atau habuk dan kotoran lain.  Maklumlah telah terbiar kerana cuti akhir tahun.    .............. aku perlu ambil rehat dulu, tidur dan akan ke sekolah seawal mungkin esoknya......... Sebelum masuk tidur aku set alarm pukul 4.00 pagi.  4.30 aku akan bertolak dan akan sampai lebih kurang pukul 5.10 pagi. Aku pasti semuanya akan selesai dan siap.

Pengarah Pelajaran Perak Encik Rauhi bin Mohd. Isa dan Pengetua SMKRP, Puan Rosiah bt Rasalan

Dari kiri, Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, LMS, Pengetua SMKRP  Puan Rosiah bt Rasalan, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani, PK Pentadbiran SMKRP, 
Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Mohd. Isa 
dan Timbalan PPD LMS.
Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, Puan Omi PPD LMS dan Timbalan PPD LMS




Thursday, December 16, 2010

Singgah sebentar......

Tadi, ketika ke pejabat untuk mengambil surat ke tugas rasmi di Kuala Lumpur, aku singgah sebentar ke galeri.  Ingatkan nak singgah barang beberapa minit.  Sekadar jeling-jeling je apa yang ada, kata orang.  Cuti sekolah kan...... maklumlah.  Tapi akhirnya....................... tak tergamak nak jeling–jeling je rasanya.  ,,,,,,,,,,,,,,,,,, begitulah adanya.  ................bagaikan satu kawasan autonomi.


Sebelum



Selepas
( bahagian belakang galeri )

sebelum


terkini


terkini
( bahagian depan galeri )

Sunday, September 19, 2010

DSG 6

Dari Sudut Galeri kali ini, aku ingin membicarakan sesuatu.  Berkaitan dengan MENGAPA dan KENAPA. Sebenarnya telah hampir dua tahun aku mencari jawapannya, tapi masih tak jumpa.  MUNGKIN INI AKAN MENJADI SATU DISCOVERY  YANG PALING HEBAT DALAM PERJALANAN SETERUSNYA.

Mengapa atau kenapa di hide kan.  Iya.......  mungkin perkataan hide paling tepat bagi menjelaskan persoalan ini kerana ianya ADA  tapi tak diNAMPAKkan.  Namun itu TETAP ADA tapi mungkin saja tak mau dilihat atau tak mau orang lihat.

Bukan macam biskut atau  permainan ahli silap mata.  HEBATKAN......... ya..... satu permainan yang hebat. Bukan biskut dan bukan silap mata.  Ada tapi hide.


Namun masih tiada penemuan.  TIADA DISCOVERY  .......... menjadikan aku tetap hilang arah hingga kini.

Bertahun-tahun usaha telah dibangunkan.   Berkg-kg RM telah .......................

NAMUN AKU AKAN TETAP MENANTI DENGAN SABAR DAN YAKIN.  DENGAN SERIBU PERANCANGAN UNTUK BANGUN DENGAN LEBIH GAH.  INSYA'ALLAH.  SEMOGA AKU TETAP DIANUGERAHKAN OLEHNYA DENGAN KEKUATAN DAN KESABARAN.

SEOLAH TANPA ARAH, TANPA TUJUAN.............SEMUANYA KERANA ada tapi hide.

Sunday, February 14, 2010

DSG 5


KARNIVAL AKADEMIK NEGERI PERAK 2002

PERTANDINGAN KEJURUTERAAN DAN INOVASI SAINS






PROJEK  INOVASI  SAINS
“KRIM MERAWAT KUDIS DAN GATAL”
(  KRIM MUTIARA RIMBA )


NAMA PESERTA:
MUHAMMAD SHAHRULL BIN ABD. WAHAB   (860929-38-5019)
MUHAMMAD  AZLI  BIN  NORDIN   (860312-38-7401)
ZETY JUZIANY BT. ZAINUDDIN   (860908-38-5048)


GURU PEMBIMBING:

ENCIK  ZAINAL  BIN  ABD.  RAHIM

CIK HAJAR AKMA BT. AHMAD ZAMZURY

 

S. M. K.  REDANG PANJANG, IJOK,
34510 BATU KURAU
PERAK DARUL RIDZUAN

Thursday, February 11, 2010

DSG 4

Hari ini, DSG ingin mengupas sedikit tentang  "POTONG".   Apakah term bagi potong? Aku rasa ramai orang tahu. Potong adalah satu perbuatan iaitu perkara yang dilakukan oleh satu pihak (yang membuat)  kepada satu pihak lain (yang kena buat.) Tujuan untuk memisahkannya bagi menjadikannya lebih daripada satu dalam saiz yang lebih kecil atau seperti dikehendaki.
i) Memutuskan atau kerat sesuatu menggunakan alat pemotong. - potong kain menggunakan gunting.  potong kayu menggunakan gergaji, potong sayur menggunakan pisau, potong pokok menggunakan chain saw, potong rumput menggunakan mesin pemotong rumput. 
ii) Melangkau pihak di hadapan (simpulan bahasa) - potong baris, potong trip, memotong  - Ah Lek memandu keretanya dengan laju dan memotong beberapa kereta di hadapannya sebelum keretanya HILANG KAWALAN  lalu terjunam ke gaung.
iii) Bersumpah (simpulan bahasa) - potong jari. 
iv) Mengambil untung berlebihan (simpulan bahasa) - potong leher, potong kepala.
v)  Potong juga sinonim dengan berkhatan.
Mengupas ringkas perkataan potong ni, teringat aku akan beberapa peristiwa pembunuhan -  xyzzzz telah dibunuh dan mayatnya dipotong 17.
TAPI............ APA BEZA POTONG DENGAN CANTAS.  ya....... cantas juga sinonim potong tapi kaedahnya lebih GANAS DAN ZALIM.

Monday, January 18, 2010

DSG 3

Tahun ini - 2010, buat tahun kedua persatuan kemahirann hidup telah ditiadakan daripada senerai kelab dan persatuan di sekolah ini.  Entahlah, aku tak faham.......... mengapa?  Kalau dikatakan tak aktif....... aku rasa sejarah sejak aku menjadi penasihat persatuan ni telah membuktikannya.  Mulai tahun 2000.

1.  2001 - Memulakan projek eko-kreatif dan sehingga 2004 lebih 30 ekxpsidisi dengan tema 'menjejak mutiara dirimba' telah dilaksanakan. Kulat liar sebagai fokus kajian utama, disamping bahan-bahan lain.
2.  2002 - Memulakan pameran hasil projek.  Sehingga 2005, dua puluh siri pameran telah diadakan termasuk pameran di ekspo sains dan teknologi JPN Perak, Pameran di UPSI serta pameran semasa perasmian smk klian pauh, taiping olah Ke Bawah duli Tuanku Sultan Perak.
3.  2002 - menemukan satu spesies kulat gergasi dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kulat terbesar di Malaysia pada tahun 2004.
4.  2002 - Menubuhkan galeri untuk mempamerkan hasil kajian/projek
5.  2004 - Aktiviti persatuan tersiar di Majalah 3
6.  2005 - Tuanku Sultan Perak berkenan untuk memiliki spesies kulat gergasi untuk ditempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
7.  2006 - Mendapat anugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak - AMP.  Pengetua sekolah ketika itu, Encik Shukri bin Mokhri juga mendapat anugerah yang sama.
8.  2006 - Memindahkan galeri ke lokasi sekarang - bekas rumah guru.
9.  2007 dan 2008 - aktiviti agak kurang kerana kekangan masa dan penglibatan guru penasihat di peringkat kebangsaan dan negeri berkaitan P&P.
10. Mulai sesi persekolahan 2009 - Persatuan Kemahiran Hidup telah tidak disenaraikan sebagai persatuan ko-kurikulum di sekolah.

DSG 2

Dah agak lama blog ini tidak di up date. Bukan tak de bahan tetapi kerana kekangan masa. Insya'Allah selepas Januari ni, saya akan luangkan masa dan jadikannya sebagai rutin mingguan.

Thursday, October 8, 2009

DSG1

Bermula dengan UPSR dan kini PMR. Peperiksaan akhir tahun bagi tk 1,2,4, SPM dan STPM akan menyusul tak berapa hari lagi. Ini bermakna sessi persekolahan 2009 kian sampai ke penghujung. PANTAS sungguh masa berlalu. Rasanya mesyuarat pertama sessi persekolahan 2009 baru je semalam dijalankan. Baru je terima tugas untuk sessi 2009. Tup-tup-tap dah nak sampai hujung tahun. Banyak lagi tugas yang tak selesai.

Bercerita tentang masa ni ................... masa dan kita. Adakah masa yang mengejar kita atau kita mengejar masa? Ada orang kata masa mencemburui kita. Tapi yang pastinya orang tak de kata kita cemburu pada masa. Begitu juga dengan kata-kata 'masa itu emas'. Emas itu kalau kita ada, ia adalah aset berharga. Harga tak akan susut, malah akan naik dan terus naik. Jadi betullah....... antara masa dan emas tu. Tak akan menyusut.

Semalam 8/10 seorang rakanku menghadapi kesedihan. Isterinya meninggal dunia. Salam Takziah untuknya. Semoga banyakkan bersabar dan bersedekah untuk roh isterinya.
Al-Fatihah.

Itupun berkait dengan masa. Dah sampai masa. Kita yang ada ni entah bila akan sampai masa. Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Jadi kita laksanakan je lah tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hambaNya dan tanggungjawab sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang tak perlu kita pertikaikan. Kematian, jodoh, tanah kubur, rezeki dan yang satu lagi ni ..........(lupalah).

Tentang masa juga. Pernahkah kita dengar ada orang BERSUMPAH dengan masa. Tetapi Allah S.W.T. sendiri melakukannya. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.........................."