Terkedu sebentar aku........ rasa seronok, bangga dan bimbang bercampur baur. Maklumlah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri akan bertandang. Namun sepantas itu juga aku menyatakan akan membuat persiapan sewajarnya. Mungkin malam tu juga atau awal pagi esoknya. Yang pastinya, sebelum jam 9.00 pagi esok semuanya mesti siap. Lebih-lebih lagi aktiviti eko-kreatif yang telah sekian lama aku laksanakan telah dipilih lagi sebagai satu daripada 'imej sekolah'.
Bila harus aku mulakan tugas itu? Mulalah aku merangka tindakan sambil merangka persiapan untuk P&P hari esok. Kaedaan galeri rasanya ok setelah ku buat pengubahsuaian sebelum cuti akhir tahun lepas. Cuma perlu sedikit make-up. Mungkin ada sesawang sarang lelabah atau habuk dan kotoran lain. Maklumlah telah terbiar kerana cuti akhir tahun. .............. aku perlu ambil rehat dulu, tidur dan akan ke sekolah seawal mungkin esoknya......... Sebelum masuk tidur aku set alarm pukul 4.00 pagi. 4.30 aku akan bertolak dan akan sampai lebih kurang pukul 5.10 pagi. Aku pasti semuanya akan selesai dan siap.
Pengarah Pelajaran Perak Encik Rauhi bin Mohd. Isa dan Pengetua SMKRP, Puan Rosiah bt Rasalan
Dari kiri, Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, LMS, Pengetua SMKRP Puan Rosiah bt Rasalan, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani, PK Pentadbiran SMKRP,
Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Mohd. Isa
dan Timbalan PPD LMS.
Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, Puan Omi PPD LMS dan Timbalan PPD LMS
No comments:
Post a Comment