LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, November 30, 2014

Thursday, September 18, 2014

Rafflesia Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau, Perak.










Bukan mudah dan tidak ramai orang berpeluang melihat 
bunga hebat ini.  Spesies ini merupakan bunga terbesar di dunia.
Baru-baru ini heboh tentang penemuan bunga rafflesia
di Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau.
Ramai orang datang merebut peluang melihatnya.

to be cont...

Lestari Kreatif 10 (II) - Projek Jalur Gemilang Merdeka ke 57, 2014.













Hasrat untuk membina Jalur Gemilang dengan kapasiti botol mineral 500ml berjumlah
20 805 biji sempena jumlah hari negara mencapai kemerdekaan ( 57 tahun x 365 hari ) dengan 
jangkaan bendera bersaiz 3 meter tinggi dan panjang 120 meter tidak tercapai.
Masalah kos menjadi kekangan utama.  Walaupun jumlah botol terkumpul hampir mencapai sasaran tetapi kos untuk mendirikannya agak tinggi dan diluar kemampuan lebih lebih tiada sebarang tajaan
dari mana mana pihak.

Tak mengapalah.  Reda dengan kekangan yang dihadapi namun hasrat membinanya mengikut
kemampuan tetap meluap.

Syukur Alhamdulilah akhirnya terhasil juga.  Sebuah Jalur Gemilang gergasi dengan saiz
3 meter tinggi dan panjang 33 meter.  Jumlah botol digunakan sebanyak 7000 biji.

Terima kasih yang tak terhingga
kepada
Tuan Pengetua
dan
seluruh warga
Sekolah Model Khas Redang Panjang
Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan.

MALAYSIA
DISINI
LAHIRNYA
SEBUAH
CINTA.
  

Wednesday, June 25, 2014

Malaysian Moon Moth (Actias maenas, Saturniidae)






See more info: http://insectsgalore.blogspot.com/2010/04/malaysian-moon-moth-actias-maenas.html

Wednesday, June 4, 2014

Melestarikan Kehidupan - Trip Tengas dan Pakma

 Pokok depu angkara kegiatan haram. 
 Kulat ni unik dan cantik.  Agak besar dan dianggarkan 7 - 8 kg.
In shaa' Allah akan menambahkan koleksi di galeri.
 Batu tunggal ini unik, terpacak tegak, lebih kurang 3.5 meter tinggi.
Terasing dan jauh daripada kumpulan batu-batu lain.
 Segar, nyaman dan tiada pencemaran
 Antara ranjau - rotan berselirat.
 Antara lubuk tengas.
Bermalam - Setaraf hotel  ' 3 bintang '.

Alhamdulilah.  Sebenarnya admin baru balik dari trip rintis eko-pelancongan - tengas dan pakma.
Memang seronok dan rasa puas sangat walaupun terpaksa menempuhi berbagai halangan.  Turun naik bukit, merentasi hutan dan belukar, hujan dan bermalam di dalam hutan.  Tujuannya menjejak lubuk tengas dan bunga pakma.  Walaupun tidak dijumpai, tapi lubuk tengas.......itu yang membuatkan admin sangat teruja.  Mengail dilubuk.......lihatlah antara hasilnya.

Malam Erti Budi - Jamuan Hari Guru Parlimen Larut 2014




Buat kesekian kalinya, pada 27 Mei 2014, bertempat di Hotel SSL Taiping, 
YB Dato Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Larut
telah sekali lagi menganjurkan majlis Malam Erti Budi Parlimen Larut 2014 - Terima Kasih Cikgu 
sempena sambutan Hari Guru 2014.

Di samping guru-guru, majlis turut juga dihadiri oleh YB Dato Dr Mohd Amin bin Zakaria, Exco Pendidikan dan Teknologi Hijau merangkap ADUN Batu Kurau, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Tuan PPD LMS, barisan kepimpinan UMNO Larut serta Ketua-ketua Kampung Parlimen Larut.

Selain jamuan makan malam dan cabutan nombor bertuah, majlis juga diserikan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru Parlimen Larut serta Anugerah Kecemerlangan Guru.  Seorang tokoh guru dan enam orang guru telah dipilih sebagai penerima anugerah (sekolah menengah dan sekolah rendah) bagi tiga DUN di dalam Parlimen Larut iaitu DUN Batu Kurau, DUN Kubu Gajah dan DUN Selama. 

Syukur Alhamdulilah, kalau pada tahun 2012 saya telah dipilih sebagai penerima 
Anugerah Kecemerlangan Guru (SM) DUN Kubu Gajah dan 
pada majlis tahun ini (tahun 2013 tidak diadakan kerana pilihanraya)
saya sekali lagi naik pentas sebagai pemenang utama cabutan bertuah.
Sebuah TV Samsung 43".

Terima kasih khususnya kepada YB Dato Hamzah bin Zainudin, Jawatan Kuasa Induk dan pelaksana majlis serta rakan-rakan guru yang lain.

TERIMA KASIH.

'tahun ni, seronoklah tengok bola piala dunia dengan TV beso'  he he 







Friday, May 23, 2014

Melestarikan Kehidupan - Tengas and River Excursion















Dah agak lama admin tidak berkesempatan melayan hobi sendiri.
Kesempatan pada Mei 1 sempena cuti hari perkerja terasa amat berat untuk ditolak.
Pelawaan rakan-rakan untuk membawa admin ke lokasi yang mereka sedia maklum
admin sangat berhajat untuk ke sana memang mengembirakan.
Walaupun tujuan berbeza, mereka untuk memburu tengas tetapi admin untuk melestarikan kehidupan
dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Memang indah sungai itu dan yang lain-lain, biarlah gambar-gambar yang admin sertakan
menceritakannya.
Lokasi :  Ulu Sungai Kurau, Hutan Simpan Bintang Hijau, Banjaran Hijau.
Kampung Sempeneh Batu Kurau, Perak.