LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, October 30, 2009

PANORAMA


   
Koleksi kraf kulat - "Terbang Helang"


                                                                      
Pandangan Blok Pentadbiran SMKRP dari pintu utama galeri




Panorama dari halaman galeri

Saturday, October 17, 2009

MEMPELBAGAI POTENSI KULAT LIAR

POTENSI  PELBAGAI  SPESIES KULAT  LIAR  DI MALAYSIA  SEBAGAI BAHAN KRAF


1.  PENGENALAN
Secara amnya masyarakat Malaysia mengenali kulat dan cendawan dengan maksud yang sama.  Hakikat itu memang benar.  Menurut Kamus Dewan, cendawan adalah tumbuhan yang tidak berwarna hijau, sejenis kulat, jamur seperti cendawan batang, cendawan bola, kulat busut dan kulat racun.  Kulat pula adalah sejenis cendawan seperti kulat kayu, kulat padang, kulat sisir dll.  Terdapat juga buku yang menyatakan cendawan tergolong dalam kumpulan yang dinamakan kulat.  Begitu juga dengan ragi, yis dan kulapuk.  Anggapan umum khususnya terhadap kulat-kulat liar adalah satu organisma yang tidak berfaedah dan boleh  mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan.


Kebanyakan kulat terdiri daripada bebenang hifa yang membentuk miselium dan sukar dilihat kerana  berada di dalam habititnya.  Kulat yang sering kita lihat tumbuh sama ada di atas tanah atau batang-batang kayu mati adalah kandul spora atau cendawan. (mungkin itulah yang dimaksudkan dengan cendawan iaitu kulat adalah sejenis organisma dan kandul spora dipanggil cendawan) Spora akan terhasil daripada bahagian bawah atau belakang kandul spora bagi tujuan pembiakan.  Bagi sesetengah kulat seperti yis, ia merupakan organisma unisel.
             
‘I believe the mycelium is Earth’s natural internet, a nuteral networking or communicating cells.  All land-masses are criss-crossed with interspersing mosaics of mycelial colonies.  With more than a mile of cells in a cubic inch of soil, the fungi are moving steadily, although silently all around us’
                                                                        Paul Stamets
Habitat kulat terdiri daripada beberapa kumpulan, Basidiomest (cendawan-dan merupakan kumpulan kulat yang bersaiz besar), Askomiser (mikrokulat), Deutromist (kulat imperfekri, mikrokulat), Zigimoest dan Citridiomist.  Kulat mudah membiak dan membentuk di dalam hutan yang lembab dan agak panas seperti hutan hujan di Malaysia.


2.  KULAT DARI SUDUT SEJARAH
Manusia telah mula menggunakan kulat untuk tujuan tertentu sejak ribuan tahun dahulu.   Di zaman Claudius II,  Pope Clement VII dan Buddha,  kulat  digunakan untuk tujuan yang merbahaya seperti membunuh kerana kebanyakan spesies kulat adalah beracun.  Malah, mengikut lagenda, Buddha mati setelah memakan hidangan daripada kulat yang tumbuh di atas tanah.  Selain itu, kulat juga mempunyai kaitan penting dengan kehidupan dan kebudayaan kaum-kaum tertentu di dunia seperti Eurasia / Siberia, Mesoamerica, Russian, English dan kaum India.


Terdapat rekod arkologi seawal tahun 5000 sebelum masihi di mana kaum Tassali telah melakar imej kulat di dinding gua.  Lakaran imej tersebut menggambarkan  kulat mempunyai limpahan kuasa (aura) tersendiri dan digambarkan tumbuh di badan pahlawan yang  sedang menari.  Paul Stamets menyatakan,  spiritual interpetasi ini dianggap mempunyai kebenarannya.


3.  KULAT DAN ALAM SEKITAR
Kulat  merupakan sekumpulan organisma yang  dianggap terpisah daripada alam haiwan dan 
alam tumbuhan.  Ia tidak dianggap sebagai tumbuhan kerana sifatnya yang heterotrof, tidak 
berklorofil.  dan mempunyai kitin / lilin pada dinding / batang selnya.  Sementara itu, kulat 
berbeza daripada haiwan  kerana kulat tidak dapat menghadamkan makanan pejal dan 
terpaksa menyerap bahan organik  setelah menghuraikan  bahan tumbuhan atau haiwan yang 
tidak larut.  Sifat-sifat itu menjadikan kulat sebagai agen semula jadi dan paling berkesan 
dalam proses kitar semula secara biologi untuk mengembalikan nutrien ke ekosistem. 


4.  KULAT SEBAGAI PARASIT.
Kulat juga boleh dikelaskan sebagai hidupan parasit.  Selain daripada banyak membiak di dahan-dahan mati dan reput, kulat juga boleh membiak pada benda hidup khususnya tumbuh-tumbuhan dan menyerap sumber makanan daripadanya.  Hampir keseluruhan penyakit pokok adalah kesan daripada serangannya.


Amat sukar untuk mengesan tumbuhan yang diserang kulat diperingkat awal kerana ia menyerang dari dalam tanah. Apabila kandul atau buah kulat mula tumbuh, bermakna serangannya telah parah.  Penyakit reput pangkal bagi pokok kelapa sawit disebabkan serangan kulat bernama Ganoderama boninense atau orang Melayu memanggilnya 'Kulat Telinga Gajah'.  Penyakit reput pangkal dan akar bagi pokok limau, berpunca daripada serangan kulat Phytophtrora  nicotianea var parasitica dan penyakit berkeruping daun bagi keledek pula disebabkan kulat Elsinoe batatas (Sphaceloma batatas)


Kulat juga boleh hidup dan membiak di dalam benda hidup seperti haiwan dan manusia.  Impaknya pelbagai penyakit kulit seperti kurap, panau dan kelumumur.  Sukar untuk diubati jika dijangkiti jenis penyakit disebabkan kulat.


5.   KEGUNAAN  KULAT
5.1 KULAT SEBAGAI BAHAN MAKANAN
Banyak spesies kulat didapati berkhasiat dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi.  Kulat juga mengandungi garam galian seperti zat besi, kuprum, kalium dan kalsium.  Terdapat juga kulat yang kaya dengan vitamin B dan vitamin D.  Enzim tripsin yang bertindak menghadham makanan dalam perut juga terdapat dalam kulat.  Antara spesies kulat yang sangat popular sebagai bahan makanan; kulat tahun (cendawan busut), kulat sisir, kulat tiram (pleurotus florida), kulat ablone (pleurotus cystidiousus), kulat butang (agrius bisporus) dan sebagainya.


Kulat atau cendawan shiitake (lentinus edodes) pula merupakan makanan istimewa golongan Diraja Jepun pada zaman dahulu.  Sangat kaya dengan nilai pemakanan.  menurut kajian, kulat shiitake dan kulat jerami padi boleh mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah, dapat menurunkan tekanan darah serta boleh bertindak sebagai agen antionkogenik yang boleh menjadi barah.  Terdapat juga kulat yang dicampur dalam bahan minuman perangsang seperti Ganoderama Lusinia (Kopi Gano)


Keistemewaan kulat sebagai sumber makanan kerana kesemua bahagian boleh dimakan dan ini tidak membazir.  Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana kulat  tidak mengandungi kanji. Namun begitu, daripada ribuan spesies kulat yang terdapat di dunia ini, kebanyakkannya adalah dari jenis beracun.  Bagi kulat liar, walaupun rupa bentuknya  hampir serupa tetapi untuk dimakan, kita perlu berhati-hati.


5.2  KULAT SEBAGAI BAHAN PERUBATAN
Dari segi perubatan, kulat juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat spesies kulat yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.  Penggunaannya tidak terbatas sebagai ramuan dalam perubatan tradisional malah juga dalam perubaan moden.  Justeru itu, bagi menampung keperluan untuk berbagai tujuan, ternakan kulat telah menjadi satu industri yang sangat berdaya maju.


Bagi spesies kulat yang beracun, ianya boleh mengakibatkan kematian jika dimakan.  Namun begitu, kulat-kulat itu tetap masih berguna.  Contohnya, kulat merah (polipor polystictus).  Kulat ini sering digunakan oleh orang-orang dulu sebagai ubat kudis dan gatal secara tradisional.


5.3  KULAT SEBAGAI BAHAN HIASAN (KRAF)
Hasil pemerhatian yang dilakukan dilokasi-lokasi pelancongan seperti Langkawi, Pulau Pinang, Kota Baharu, Kuala Lumpur, KLIA, Melaka, Johor Baharu, Kuching dan Kota Kinabalu khususnya di kedai-kedai dan pusat-pusat kraftangan, didapati tiada produk yang dihasilkan daripada kulat sebagai bahan utamanya.  Namun begitu, didapati terdapat sejenis spesies kulat digunakan sebagai bahan hiasan sampingan pada hasil kraf daripada rama-rama.  Terdapat juga kulat spesies ganoderma lusinia digubah menjadi pokok dan dijadikan cenderamata.  Gubahan tersebut dipamerkan di Muzium DiRaja Kelantan.


6.  POTENSI KOMERSIL KULAT LIAR
Dari sudut lain, kulat merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik.  pelbagai spesies dan setiap spesies mempunyai bentuk, saiz, corak dan warna yang berbeza.  Hampir setiap jenis kulat tumbuh di batang kayu berlainan.  Pepatah orang tua-tua ada menyatakan 'haiwan mati menjadi ulat, tumbuhan mati menjadi kulat'


Kulat, jika ditenung dan dihayati..... ianya sungguh mengasyikkan.  Keunikkannya menimbulkan rasa kagum.  Betapa indah dan berseninya ciptaan Tuhan yang masih terbiar ini.  Kalau di laut kita terpesona dengan keindahan hidupan akuatik dan batu karang. Di sungai dengan batu yang berbagai bentuk, di perut bumi terdapat pula berbagai logam dan permata berharga.  Di langit pula terdapat gumpalan awan yang sering berubah wajah dan warna.  Namun di hutan belantara, satu daripada yang menakjubkan adalah kulat. 


Ringkasnya, kulat walaupun sejenis tumbuhan parasit dan sering menimbulkan masalah khususnya kepada para petani, namun kulat juga merupakan hidupan yang berguna.  Namun usaha-usaha untuk menilai potensi komersil khususnya kulat-kulat liar dari sudut selain daripada sumber makana dan perubatan setakat ini masih belum banyak dilakukan.


Sumber semulajadi yang sangat unik ini masih terbiat kecuali sesekali penduduk desa mengutip kulat sisir atau kulat tahun untuk dijadikan hidangan harian.  Kulat-kulat spesies lain terus terbiat dan membiak dengan banyak. 


Menyedari hakikat itu, kajian untuk mengenalpasti potensi kulat khususnya kulat-kulat liar telah dijalankan mulai 14 April 2001 bersama sekumpulan pelajar dari Persatuan Kemahiran Hidup SMK Redang Panjang (Model Khas), Ijok, Batu Kurau, Perak.


Kajian dibawah Projek Eko-Kreatif dengan tema "Menjejak Mutiara Di Rimba" itu telah menjadikan kulat-kulat liar sebagai bahan utama kajian di samping bahan-bahan hasil rimba yang lain.  Hasilnya, beberapa kegunaan baru kulat-kulat liat telah dapat dikenalpasti.  Selain itu, kajian ini juga telah menemukan satu spesies kulat yang sangat istimewa.  Saiz, berat, bentuk dan tekstur permukaannya amat luar biasa.  Namun sehingga kini nama dan spesiesnya masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat. 

5.         SKOP   DAN  PROSES  KAJIAN

Skop dan  kajian yang dijalankan;


5.1        Mengenalpasti  spesies-spesies kulat yang difikirkan sesuai dijadikan sampel kajian
            tanpa menghiraukan nama spesies kulat tersebut.
Dalam peringkat ini, sebanyak enam eksipidisi Eko-Kreatif telah diadakan mulai 16 April  hingga Oktober 2001 di hutan-hutan sekitar Redang Panjang (Hutan Simpan Pondok Tanjung), Ijok dan Bukit Larut.   Kulat-kulat yang difikirkan berpotensi dijadikan sampel kajian, terdiri dari jenis ‘kulat breket’,  ‘kulat kipas’ dan  ‘kulat payung’ dikumpul secara rambang, dibersih dan dikeringkan untuk proses mematikannya.  Penilaian awal dilakukan melalui pemerhatian dari segi keadaan fizikal dan ketahanan sampel yang telah kering.


5.2       Mengawet sampel
            Sampel yang telah melalui penilaian awal kemudian diawet menggunakan bahan kimia tertentu yang       
             mudah didapati seperti thinner, turpentine, spirit, lekar dan syelek cair.  Awetan perlu dilakukan bagi  
            mengelakkan sampel diserang serangga-serangga perosak.  Penilaian dari segi kesesuaian bahan awetan  dengan jenis sampel  dilakukan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
5.3       Menilai potensi sampel dalam penghasilan sesuatu produk mengikut kesesuaian.  
            Sampel yang telah siap diawet dinilai pula dari aspek potensi untuk menghasilkan sesuatu produk.  
            Dalam proses ini perbincangan untuk melahirkan kreativiti memainkan peranan penting disamping 
            pelaksanaan secara kaedah cuba jaya.  Berbagai percubaan  secara bebas telah dilakukan untuk 
            mendapatkan hasil  dan rekabentuk yang terbaik.
5.4              Penghasilan produk sampel
            Setelah jenis dan rekabentuk produk dikenalpasti, peringkat seterusnya menjadi lebih mudah, iaitu proses menghasilkan produk sampel. 
5.5              Menguji ketahanan produk sampel
            Ketahanan  sampel diuji melalui pemerhatian dalam situasi biasa selama setahun  sama ada dalam keadaan terdedah atau tertutup dalam bekas kaca  atau  berbingkai
5.6              Peningkatan Kualiti dan rekabentuk produk.
Dari semasa ke semasa, pengubahsuaian terhadap rekabentuk produk dilakukan bagi mendapatkan rekabentuk dan jenis produk yang terbaik.  Dalam proses ini, kreativiti dan kajian rekabentuk memainkan peranan yang amat penting.  Lawatan  demi lawatan secara tidak formal sering dilakukan ke kedai-kedai dan pusat-pusat kraftangan seperti Langkawi, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak.

 

 

6.         DAPATAN  KAJIAN

 

Beberapa spesies kulat liar  yang telah diawet dan dikeraskan dikenalpasti sesuai  dijadikan barangan kraf untuk  cenderamata dan hiasan.  Beberapa jenis produk kraf terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz telah berjaya dihasilkan seperti arca termasuk arca kulat gergasi, gubahan kulat berbingkai,, pemegang kunci, dan ‘akuarium’ kulat.  Selain itu, serat-serat kulat yang telah reput juga didapati  sesuai dijadikan media  dalam penghasilan seni tampak.



Sementara itu, ‘akuarium’ kulat untuk memeliahara fauna hutan masih dalam kajian khususnya dari segi pemakanannya.


Selain daripada arca dan barangan kraf tangan, kajian ini juga telah berjaya menghasilkan ‘Krim Mutiara Rimba’  dan  ‘Gel KulVera’ daripada bahan asas sejenis spesies kulat.  Krim dan gel tersebut didapati amat berkesan  untuk merawat kudis dan gatal-gatal khususnya kesan gigitan serangga, kudis buta dan luka-luka kecil.




7.         KEGUNAAN   DAN   KEISTIMEWAAN  PRODUK


Hasil kraf ini juga sangat sesuai dijadikan bahan hiasan alternatif di rumah, pejabat-pejabat, ruang legar hotel  serta  sebagai hadiah dan cenderamata untuk rakan  atau majlis-majlis rasmi tertentu.   Bentuk semula jadinya yang unik, menarik, tersendiri dan  antik  menjadikannya mudah disesuaikan dan ditempatkan di mana-mana ruang mengikut kreativiti.


Sesuatu yang istimewa tentang kraf  ini, ianya sangat sesuai dijadikan sebagai barangan koleksi kerana setiap satunya mempunyai keunikkannya yang tersendiri khususnya dari segi bentuk, saiz,  tekstur permukaan serta bentuk gubahannya.  


8.         KETAHANAN  PRODUK  KRAF   KULAT
Sehingga  kertas kerja ini dihasilkan iaitu pada September 2003, ( edit 1 – Oktober 2004  -  Edit 2 – Oktober 2005 –  Edit 3 – Januari 2007 )  didapati sampel produk pertama dikutip dan  dihasilkan sejak  ( 14 April 2001)  masih dalam keadaan baik.  Namun begitu, bagi sampel yang terdedah perlu dirawat  dengan ‘spray clear’  bagi  menyerlahkan keterampilannya dan sentiasa  berkilat.


9.                  KOS  KAJIAN


Tidak dapat dipastikan dengan tepat  kerana tiada rekod.  Namun kos projek ini sehingga ( Oktober 2006) dianggarkan  melebihi  RM 20,000.00.  Anggaran ini merangkumi  berbagai perbelanjaan seperti kos pengangkutan, kos makan, kos upah (saguhati), kos bahan, kos menyediakan bilik pameran (Galeri), kos menyertai beberapa pertandingan dan pameran , kos promosi (cenderamata rasmi sekolah) serta kos-kos pelbagai kerana kekerapan ( lebih 30 kali) ekspidisi mencari kulat  di hutan.


Pecahan anggaran kos (14 April 2001 sehingga Oktober 2004)
1.         Kos pengangkutan                                                        RM  1,500.00 *
2.         Kos makan/minum                                                        RM  1,500.00 *
3.         Kos upah (saguhati ahli) – RM 50 X 30                        RM  1,500.00 *
4.         Kos bahan menghasilkan produk siap               
(Bingkai, Mounting board, bahan awet, 
bahan kemasan, cassing cermin, bintumin)         RM  3,500.00 *
5.         Kos galeri         (galeri lama)                                          RM  2,500.00 ***
6.         Kos pertandingan & pameran                          
i.                     Pameran Hari Ko-kurikulum LMS 2001
ii.                   Pert. Inovasi Sains 2002
iii.                  Pert. Inovasi Sains 2003
iv.                 Pameran Karnival S&T (Ipoh) 2003                 RM  3,500.00 ***
v.                   Pameran Hari Peladang 2004                            RM 500.00 *
vi.                 Pameran Pesta Konvo UPSI 2004                    RM 1 000.00*
7.         Kos pelbagai                                                   
i.                     Beli kulat
ii.                   Filem dan print gambar/video
iii.                  Laminate gambar                                 
iv.                 Persediaan dan Jamuan Majalah 3                     RM  2,000.00 *


8.                  Kos Pelbagai November 2004 – Oktober 2005
i.          Pameran Hari Ko-Kurukulum LMS 2005         RM 500.00
ii.          Pameran Perasmian SMK Klian Pauh             RM 2000.00 *
iii.         Bahan Persiapan untuk penyerahan raja kulat
kepada Tuanku Sultan Perak
(Bingkai, kotak dan kemasan)                           RM 550.00 *
                        iv.         Aktiviti kajian dan bahan penyenggaraan           RM 500.00 *


9.                  Kos Pelbagai November 2005 – Oktober 2006
i.                     Ubahsuai rumah guru lama– galeri
(bahan , saguhati dan makan)                            RM 2,000.00 *
ii.          Persiapan pameran Hari Ko-Ko sekolah           RM    250.00 *
ii.          Mengecat Jalur gemilang di galeri                      RM    650.00       
        Pembiayaan sekolah
*      Pembiayaan sendiri.
**    anggaran  70% kos ditanggung sekolah dan selebihnya pembiayaan senidiri
***  anggaran 50% kos ditanggung sekolah dan selebihnya pembiayaan sendiri


10.              PENCAPAIAN  DAN  PROMOSI


Setakat ini beberapa usaha telah dilakukan untuk mempromosi produk sama ada untuk tujuan komersial, pertandingan  atau pameran.  Antaranya;


i.                     Menyertai pameran sempena Karnival Ko-Kurikulum Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama anjuran PPD LMS  pada 26 Jun 2001 bertempat di Dewan Perbandaran Taiping.
ii.                   Mengadakan pameran dan jualan secara terbuka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Taman Tasik Taiping pada 31 Ogos 2001
iii.                  Menyertai Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Negari Perak sempena Karnival Akademik Negeri Perak anjuran JPN Perak pada 25 – 27 Mei 2002 bertempat di SERATAS Taiping.  Projek Inovasi ‘Krim Mutiara Rimba’ telah memenangi hadiah saguhati. (Ke 4)
iv.                 Pelancaran Produk Inovasi  ( K Kraf, Krim Mutiara Rimba) sempena Hari Keusahawanan SMK Redang Panjang pada 27 Julai 2002.  Pelancaran dilakukan oleh  Encik Azrie bin Ismail, Penolong  PPD (Ko-Kurikulum) Larut, Matang dan Selama bertempat di  SMK Redang Panjang.
v.                   Mengadakan pameran sempena Kem Kesihatan dan Kebajikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter Larut dan Matang pada 21 September 2002 bertempat di SMK Redang Panjang.  Perasmian dilaksanakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak.
vi.                 Menyertai Pertandingan Inovasi Sains 2003 Peringkat daerah LMS.  Projek ‘Gel  KulVera’ pada Mei 2003 di SMK Hua Lian Taiping.
vii.                Dijemput menyertai pameran Sains dan Teknologi sempena Karnival Sains dan Teknologi peringkat Negari Perak anjuran JPN Perak pada 25 – 28 Jun 2003 bertempat di SM Anderson, Ipoh.
viii.              Hasil Kajian dipilih sebagai produk utama projek  3SK sekolah dan pelancarannya dilakukan oleh YB Datuk Ali bin Mat Isa ADUN Selama dan YB Tuan Haji Jeffery bin Mohd. Yunus ADUN Batu Kurau di  Galeri 3SK  SMKRP pada 27 Julai 2003.
ix.                 September 2003, Pameran sempena Kem Kesihatan dan Kebajikan PBSMM Larut Matang dan Selama di SK Simpang, Taiping.  Perasmian oleh Datuk Ho Exco Sains Teknologi dan Alam Sekitar Perak.
x.                   Februari 2004, raja kulat diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai kulat terbesar di Malaysia.
Tarikh surat 16 Februari 2004 dan  Ruj:FGS/AR/0059/04
xi.                 April 2004 Pameran sempena Hari Ko-Ko SMKRP
xii.                24 - 28 Ogos 2004  pameran sempena Pesta Konvo UPSI
xiii.              29 Ogos 2004 liputan oleh  krew Majalah 3 bertempat di Galeri 3SK dan tersiar pada 11 September 2004.
xiv.              11 -  14  September 2004  pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Perak di Pusat Infoternak, Sungai Siput.
xv.               11 September 2004, Hasil kraf kulat disiarkan dalam rancangan Majalah 3.
xvi.              Ulang siaran Majalah 3 pada 10 Disember 2004.
xvii.            10 Januari 2005, Lawatan Tuan PPD LMS En. Jamaluddin bin Mat ke Galeri dan cadangkan bentuk AJK Projek Kulat Sekolah.
xviii.           18 Januari 2005, Cadangkan Pembentukan AJK Projek Kulat semasa mesyuarat Ko-Kurikulum pertama 2005.


Sila lihat kronologi projek


11.              CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA


            Memandangkan produk-produk yang berjaya dihasilkan melalui kajian ini sangat berpotensi  dan 
             mempunyai nilai komersial yang tinggi,  usaha dan kajian selanjutnya perlu dilakukan dan 
            dicadangkan;
i.                     Kajian lanjut potensi kulat liar yang terdapat di Malaysia bagi mempelbagaikan rekabentuk dan jenis produk.
ii.                   Kajian pembiakan kulat liar spesies tertentu  untuk ditanam secara komersial bagi menampung keperluan untuk menghasilkan produk dengan berterusan.
iii.                  Kajian bagi menambah nilai dan info pendidikan pada produk. -  nama dan maklumat jenis kulat yang digunakan pada produk
12.       PENUTUP


Diharap hasil kajian ini dapat  menyumbang dalam mempelbagaikan hasil ciptaan baru khususnya dibidang  seni dan kraf.     Seterusnya dapat memberi manafaat kepada sesiapa sahaja yang berminat sama ada pengkaji,  pencinta hasil seni dan kraf  atau para pengusaha dan peniaga.  Insya’allah ilmu dan manafaat yang sedikit yang diperolehi daripada kajian ini adalah untuk kita kongsi bersama.


Zainal  bin  Abd.  Rahim
SMK  Redang Panjang, Ijok,
34510  Batu Kurau,
Perak Darul Ridzuan.                


RUJUKAN;


Giovanni Pacioni,”The Macdonald encyclopedia of Mushrooms and Toadstools”, Macdonald & Co (Publishers) Ltd. London & Sydney, 1985
Paul Stamets, “Growing Gourmet and Medicinal Mushroom-Third Edition” Ten Speed Press, Toronto. 2000
Thomas Laessoe, “Mushrooms” Dorling Kindersley Books,  London.  2000
Rencana Akhbar Utusan Malaysia oleh Laupa Junus  Mempelbagaikan Fungsi Kulat”.  Laporan hasil kajian oleh Prof. Madya Dr. Siti  Asiah Alias, Institut Sains Biologi, Universiti Malaya