LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Saturday, October 17, 2009

OH.....KULAT

Secara amnya kulat atau cendawan dan nama saintitifiknya Ganoderma sp adalah sejenis hidupan parasit.  Hampir keseluruhan penyakit pokok adalah kesan daripada serangannya.  Penyakit reput pangkal bagi pokok kelapa sawit disebabkan serangan kulat bernama Ganoderama boninense atau orang Melayu memanggilnya ‘Kulat Telinga Gajah’.  Penyakit reput pangkal dan akar bagi pokok limau, berpunca daripada serangan kulat Phytophthora nicotianea var parasitica dan penyakit berkeruping daun bagi keledek pula disebabkan kulat Elsinoe batatas ( Sphaceloma batatas).

Dari segi sejarah, kulat telah digunakan untuk tujuan yang merbahaya sejak zaman Claudius II,  Pope Clement VII dan zaman Buddha kerana kebanyakan spesies kulat adalah beracun.  Malah terdapat rekod arkologi seawal tahun 5000 sebelum mesihi mengenainya oleh puak Tassili.  Lukisan primitif di dinding sebuah gua itu menggambarkan kulat mempunyai kuasa aura tertentu   dan dilukis  disekelilingi badan seorang pahlawan yang lengkap bersenjata.   Begitu juga dengan kegunaan kulat  masa kini seperti  sebagai bahan makanan, bahan perubatan dan dalam upacara keagamaan.  Malah kajian-kajian lanjut untuk mencari potensi lain khususnya bagi kulat-kulat liar masih kurang dilakukan

            Namun begitu, terdapat juga kulat yang berguna kepada manusia umpamanya sebagai bahan untuk menyediakan makanan seperti roti dan tapai yang dikenali sebagai ragi (yis)  atau kulat itu sendiri boleh dimakan seperti kulat tahun (cendawan busut), kulat sisir, ablone, kulat butang dan dan sebagainya.  Cendawan shitake (Lentinus edodes) pula merupakan makanan istimewa golongan diraja Jepun zaman dahulu dan sangat kaya dengan nilai pemakananTerdapat juga yang dicampur dalam bahan minuman kesihatan seperti  Ganoderama Lusinia yang lebih dikenali sebagai  Kopi Gano. 

Dari segi perubatan, fungsi kulat juga tidak kurang pentingnya.  Banyak spesies kulat dijadikan bahan asas bagi menghasilkan dan  ramuan sama ada  dalam perubatan moden atau tradisional.  Justeru itu, bagi menampung keperluan kulat sama ada sebagai sumber makanan atau bahan perubatan,  industri menternak kulat telah menjadi suatu industri baru yang berdaya maju. Di negara kita, industri menternak kulat telah berkembang dengan pesatnya sejak awal tahun 80’an.  Walaupun lewat berbanding negara-negara lain, namun perkembangannya kini amat membanggakan dan setanding dengan negara-negawa lain

              Dari sudut lain, kulat merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik.  Pelbagai spesies dan setiap spesies mempunyai bentuk, saiz, corak dan warna yang berbeza.  Hampir setiap jenis kulat tumbuh di batang kayu berlainan.  Pepatah orang tua-tua ada menyatakan ‘ haiwan mati menjadi ulat, tumbuhan mati menjadi kulat ’.
Kulat, jika ditenung dan dihayati  ianya sangat mengasyikkan.  Keunikkannya menimbulkan rasa kagum.  Betapa indah dan berseninya ciptaan Tuhan yang satu ini (kulat).  Kalau di laut kita terpesona dengan keindahan batu karang dan hidupan akuatiknya, di sungai dengan bebatu yang berbagai bentuk dan di langit pula gumpalan awan yang sentiasa berubah wajah tetapi di rimba, kulat adalah antara yang menakjubkan.

           Ringkasnya, kulat walaupun sejenis tumbuhan parasit dan sering menimbulkan masalah khususnya kepada para petani, namun kulat juga merupakan hidupan yang berguna kepada manusia berdasarkan spesiesnya.    Namun usaha-usaha untuk menilai potensi berbagai spesies  kulat dari aspek kegunaan lain khususnya hiasan dan gubahan setakat ini masih belum dilakukan.           Sumber semulajadi yang sangat unik ini masih terbiar kecuali sesekali penduduk desa mengutip kulat sisir atau kulat tahun untuk dijadikan santapan harian.  Kulat-kulat dari  spesies lain terus terbiar dan membiak dengan banyak.  Lantas, para petani terus tertekan dengan serangan penyakit terhadap tanamannya.

            Menyedari hakikat itu, sekumpulan pelajar dari Persatuan Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang, Batu Kurau, Perak telah menjalankan kajian potensi terhadap pelbagai jenis kulat liar yang tumbuh dengan subur dan banyaknya di negara kita. 

Kajian di bawah Projek Eko-Kreatif yang bertemakan ‘Menjejak Mutiara Di Rimba’ itu telah berjaya  mengenalpasti kegunaan lain yang sangat berpotensi bagi kulat jika diusahakan secara komersial.   

Spesies tertentu kulat liar yang telah diawet dan dikeraskan didapati sangat sesuai  dijadikan barangan kraf  untuk cenderamata, hiasan atau untuk kegunaan harian.   Beberapa jenis produk kraf telah dihasilkan seperti arca kulat, kulat berbingkai, pemegang kunci, dan ‘arkarium’ kulat.  Malah produk ‘seni kraf kulat’ boleh dijadikan cabang baru dalam industri kraf negara.   Hasil kraf ini sangat sesuai dijadikan bahan hiasan alternatif di rumah, pejabat-pejabat, ruang legar hotel atau di dalam kereta kerana keadaannya yang unik, antik dan kelihatan ekslusif. 

Produk terkini dan masih dalam kajian peringkat akhir  ialah  ‘akuarium kulat’.    untuk memeliahara fauna hutan masih dalam kajian dari segi kesesuaian, bahan dan pemakanannya. 

Dalam satu kajian untuk memasarkan produk  ini (kraf kulat) di sekitar Taman Tasik, Taiping dan dalam beberapa pameran yang disertainya, hampir keseluruhan sampel khususnya pelancong kagum dengan keunikkan produk dan berminat untuk memilikinya sama ada sebagai hiasan, barang koleksi atau untuk dijadikan cenderamata.

Sesuatu yang istimewa tentang produk kraf kulat ini  setiap satunya  adalah tersendiri dari segi  bentuk, saiz dan teksktur coraknya.   Keunikkann serta bentuknya yang antik dan eksklusif pula sesuai untuk koleksi  para peminat dan pengumpul di samping artifak hiasan bagi ruang legar di hotel atau pejabat-pejabat korporat.

Zainal bin Abd. Rahim
SMK Redang Panjang, Ijok,
34510 Batu Kurau, Perak.

No comments:

Post a Comment