LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, February 23, 2012

Program Persatuan 2012



Sekolah Lestari 1







Berusaha dengan penuh dedikasi untuk merealisasikan hasrat
Sekolah Lestari menjelang 2013.

Pelajar bergotong royong dalam amali landskap.
Mengubah suai kolam ikan hiasan.
Fasa pertama projek ini dilaksanakan sehingga April 2012, melibatkan semua warga sekolah sama ada
secara langsung atau tidak langsung melalui disiplin 3K, Kurikulum dan Ko-Kurikulum.
Beberapa projek dilaksana serentak.
Antaranya membinaTaman Bonsai, menaik taraf landskap di sekitar pondok bacaan, 
mendaftar dan melabel pokok-pokok di sekitar sekolah, haiwan kesayangan (burung dan arnab),
menara jam, taman herba serta 'edible garden'.

Dapatan daripada pemerhatian sejak berkhidmat di sekolah ini (1994), kometmen pelajar
amat mengkagumkan terutama dalam aktiviti yang selaras dengan corak kehidupan seharian mereka.
Dengan bimbingan sewajarnya, walaupun aktiviti itu lebih berorentasikan fizikal yang berpadanan,
mereka sanggup melakukan.
Mereka mempunyai kemahuan dan kreativiti tersendiri.  Mereka sentiasa bersedia untuk
menyumbangkan 'sesuatu' untuk semua.   Mereka sentiasa ingin untuk menyumbang.
Cuma mereka tak tahu...............apa............yang boleh mereka sumbangkan.............

Untuk Warga SMKRP

jom ....... sama-sama kita lestarikan sekolah kita.

Monday, February 13, 2012

Misteri Maliau Basin | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Misteri Maliau Basin | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan:

IA pernah digelar The Lost World. Semuanya disebabkan misteri alam semula jadi yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang masih belum terungkai sehingga kini. ................

'via Blog this'

Saturday, February 4, 2012

Aktiviti Pertama 2012








Perjumpaan pertama persatuan.  Hari ini 04 Feb 2012.  Tak ramai yang hadir.  Enam orang sahaja.
Selepas aktiviti menyenggara taman burung, arnab dan tanaman hiasan, kami buat aktiviti memanah.
Pengenalan je.  Sentuh-sentuh dan cuba-cuba tarik.  Eksyen je........ "Nampak senang 
tapi bukan mudah rupanya............."
Itulah komen mereka.  Maklumlah......first time sentuh benda tu.
Tapi......nampak ada juga yang berbakat.  Nampaklah skillnya.  Ahli tingkatan satu tu.
Harap-harap pihak sekolah ambillah bahagian dalam sukan memanah ni.  Hantar peserta
dalam pertandingan peringkat sekolah. 

Lion Head I





Tiga ekor, arnab pertama peliaharaan kami.  Spesies lion head.  Berbulu tebal dan gebu.  Arnab ini
merupakan sumbangan seorang rakan guru kepada kami.  Dua ekor jantan dan seekor betina.
Yang ditepi dinding bertelinga hitam itulah yang betina.  Dahpun beranak minggu lepas.  Dua ekor.
Kami merancang untuk memperbanyakkannya.

Taman Burung II

Cantik, comil dan kecil saja burung ni.  Orang-orang kampung kata, burung api-api namanya.  
Jenis pemakan madu atau manisan.



Punai Daun
Kelihatan sungguh manja.  Lirik matanya pula begitu menggoda.
Itulah punai daun.  Berwarna hijau muda dan sedikit putih dan hitam
dihujung sayapnya.   Makanan utamanya adalah bijirin dan buah-buahan.

Ini pula burung Kelicap.  Berparuh panjang dan tirus.  Ini menunjukkan burung ini
merupakan jenis pemakan madu atau manisan.