LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, February 23, 2012

Sekolah Lestari 1







Berusaha dengan penuh dedikasi untuk merealisasikan hasrat
Sekolah Lestari menjelang 2013.

Pelajar bergotong royong dalam amali landskap.
Mengubah suai kolam ikan hiasan.
Fasa pertama projek ini dilaksanakan sehingga April 2012, melibatkan semua warga sekolah sama ada
secara langsung atau tidak langsung melalui disiplin 3K, Kurikulum dan Ko-Kurikulum.
Beberapa projek dilaksana serentak.
Antaranya membinaTaman Bonsai, menaik taraf landskap di sekitar pondok bacaan, 
mendaftar dan melabel pokok-pokok di sekitar sekolah, haiwan kesayangan (burung dan arnab),
menara jam, taman herba serta 'edible garden'.

Dapatan daripada pemerhatian sejak berkhidmat di sekolah ini (1994), kometmen pelajar
amat mengkagumkan terutama dalam aktiviti yang selaras dengan corak kehidupan seharian mereka.
Dengan bimbingan sewajarnya, walaupun aktiviti itu lebih berorentasikan fizikal yang berpadanan,
mereka sanggup melakukan.
Mereka mempunyai kemahuan dan kreativiti tersendiri.  Mereka sentiasa bersedia untuk
menyumbangkan 'sesuatu' untuk semua.   Mereka sentiasa ingin untuk menyumbang.
Cuma mereka tak tahu...............apa............yang boleh mereka sumbangkan.............

Untuk Warga SMKRP

jom ....... sama-sama kita lestarikan sekolah kita.

No comments:

Post a Comment