LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, March 21, 2010

Jenis Kulat




Gambar menunjukkan antara jenis kulat yang sangat sesuai dijadikan bahan kraf.  
Kulat ini berwarna hitam, bentuk seperti payung dan tumbuh di atas tanah.  
Lazimnya kulat ini tumbuh di sekitar tunggul kayu mati dan juga di tepi-tepi sungai.  
Selain berwarna hitam, terdapat juga spesies yang hampir sama tetapi berwarna 'dark brown'.
Kulat spesies itu juga sesuai sebagai bahan kraf.
Kulat-kulat tersebut terdapat dalam berbagai saiz.  Lebih kecil daripada wang syiling lima sen dan saiz terbesar pernah kami perolehi berdiameter 0.7 meter. (seperti gambar berikut).


Berikut adalah contoh-contoh kraf yang dihasilkan menggunakan spesies kulat tersebut; 
jenis berbingkai dan dalam kotak kaca.



Jenis berbingkai



Jenis Kotak Kaca




Friday, March 19, 2010

Lokasi dan artifak bersejarah


Perigi Gergasi - salah satu binaan penting di Turusan Ijok.  Terletak di hujung terusan dan air yang terjun deras ke dalam perigi ini disalurkan terus ke Sungai Merah melalui terowong air di bahagian bawah perigi.  Diameter perigi : 12 kaki (3.5 meter) dan kedalamannya  lebih 5 meter.


Kepala dan roda Keretapi Wap

Antara penemuan melalui aktiviti Eko-Kreatif pada 2002.  
Keretapi ini pernah digunakan dalam kerja melombong bijih timah di kawasan Sungai Merah, Redang Panjang.  Menurut sumber, lombong tersebut diusahakan sejak awal abad 20 sehinggalah pertengahan tahun70 an oleh pengusaha Inggeris.  
Pengusaha-pengusaha Cina pula mengusahakannya mulai awal tahun 50an
Sehingga kini, aktiviti mendulang bijih timah masih lagi diusahakan sebagai kerja sambilan oleh beberapa orang penduduk tempatan di lokasi lain sekitar Redang Panjang. 

Friday, March 12, 2010

Sampel Pertama

Sampel kulat pertama dikutip

Tarikh dikutip :  14 April 2001
Lokasi : Lata Buluh, Kampung Klian Gunung, Ijok, Batu Kurau, Perak
Bil. Ekspidisi   :   Ekspidisi 1.


Artifak sejarah Perlombongan Bijih Timah di Redang Panjang

Roda keretapi lombong bijih timah yang pernah beroperasi di Ulu Sungai Merah, Redang Panjang
semasa zaman penjajah sehinggalah awal tahun 70an.  
Sungai Merah adalah satu daripada cabang Sungai Kerian.  Memandangkan ulu (penghujung) Sungai Merah berakhir di kawasan Redang Panjang dan air amat diperlukan untuk perusahaan lombong bijih timah dan pertanian, satu terusan iaitu Turusan Ijok telah dibina oleh pemerintah Inggeris seawal tahun 1936.  Terusan itu menyambungkan Sungai Merah dengan Sungai Ijok sejauh lebih kurang 10 km.  Terdapat tiga binaan penting disepanjang terusan ini selain daripada terusan itu sendiri iaitu Pintu Air (Gate), Binaan Terusan Atas Sungai dan 'Perigi Gergasi'.   Dengan wujudnya tasik buatan, Tasik Bukit Merah kini Sungai Merah yang menerima aliran air daripada Sungai Ijok melalui Turusan Ijok mengalirkan air terus ke tasik tersebut.   

'Kepala Paip Siput"
Salah satu komponen dalam sistem perpaipan lombong dedah.  Digunakan untuk menembak air ke kawasan berbijih untuk dialirkan ke kawasan takungan dan palong sebelum kerja mengasingkan bijih dijalankan.

Artifak-artifak itu telah ditemui pada 2002 melalui satu ekspidisi 'Projek Eko-Kreatif' oleh Persatuan Kemahiran Hidup SMK Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.  Kini artifak-artifak itu digunakan sebagai binaan/elemen landskap sekolah.