LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Showing posts with label Laman DIY. Show all posts
Showing posts with label Laman DIY. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Memproses kulat

Memproses kulat

1.   Pastikan kulat yang dikutip kulat yang sesuai dijadikan bahan kraf.  Keras atau liat.
2.   Cuci kulat dengan air yang dicampur sedikit 'dettol' atau cuci menggunakan air sabun.
3.   Keringkan dengan mendedahkannya dalam suhu bilik sehingga kering (3 hingga 4 hari), jika perlu
      biarkan hingga seminggu agar benar-benar kering dan mati.
4.   Awet dengan merendamkannya lebih kurang 20 hingga 30 minit kedalam larutan syelek.  Syelek
     digunakan kerana boleh menyerap ke bahagian dalam kulat.  Lekar juga boleh digunakan tetapi
     hasilnya kurang memuaskan, tidak tahan lama dan tidak menyerap.
5.   Biarkan kering dalam suhu bilik.
6.   Setelah kering, kulat-kulat itu telah sedia digunakan.



Kulat-kulat yang telah siap diawet dibiarkan kering dalam suhu bilik.



Wednesday, June 2, 2010

Memproses dan Mengawet kulat

Setelah kenalpasti jenis-jenis kulat yang sesuai dijadikan bahan kraf, langkah seterusnya ............

coming soon

Monday, May 31, 2010

Jenis Kulat 2



Kulat jenis ini nipis, liat, tahan dan tidak beracun.
Coraknya juga sangat menarik.  Cara mengawet kulat jenis ini juga mudah.


Kulat payung hitam.  Terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk yang berbeza.  Tekstur bahagian atas kulat ini sangat menarik disamping batangnya yang berbagai bentuk.  Unik dan menarik.  Cara mengawet kulat ini juga mudah.  Keras bila kering tapi akan patah jika diurus secara kasar.


Sunday, March 21, 2010

Jenis Kulat




Gambar menunjukkan antara jenis kulat yang sangat sesuai dijadikan bahan kraf.  
Kulat ini berwarna hitam, bentuk seperti payung dan tumbuh di atas tanah.  
Lazimnya kulat ini tumbuh di sekitar tunggul kayu mati dan juga di tepi-tepi sungai.  
Selain berwarna hitam, terdapat juga spesies yang hampir sama tetapi berwarna 'dark brown'.
Kulat spesies itu juga sesuai sebagai bahan kraf.
Kulat-kulat tersebut terdapat dalam berbagai saiz.  Lebih kecil daripada wang syiling lima sen dan saiz terbesar pernah kami perolehi berdiameter 0.7 meter. (seperti gambar berikut).


Berikut adalah contoh-contoh kraf yang dihasilkan menggunakan spesies kulat tersebut; 
jenis berbingkai dan dalam kotak kaca.



Jenis berbingkai



Jenis Kotak Kaca




Thursday, February 4, 2010

Kraf Kulat

Jenis kraf yang boleh dihasilkan berasaskan kulat
1. Kraf kulat berbingkai
2. Kraf arca kulat
3. Key-chain

Panduan memilih kulat yang sesuai sebagai bahan kraf;

1.  Pilih jenis kulat yang keras atau liat.
2.  Pastikan kulat yang dipilih tidak berbau / kurang berbau.
3.  Pastikan jenis kulat yang tidak beracun
4.  Bentuk dan tekstur kulat  menarik dan unik
(Kulat-kulat kering untuk makanan yang dijual dipasaran juga sesuai dan selamat digunakan)

Bahan-bahan keperluan
1.  Tunggul atau kayu lama - saiz kecil
2.  Sabun
3.  Syelek cair
4.  Spray clear
5.  Glu stik
6.  Mounting Board

Alat-
1.  Bekas plastik
2.  Berus lukisan atau berus cat kecil
3.  Berus dawai
4.  Sander / kertas pasir
5.  Glu gun
6.  Sketuar
7.  NT cutter

Monday, February 1, 2010

Laman D.I.Y

Post akan datang 1 - Laman DIY - kraf kulat. ( pertama seumpamanya di Malaysia)
Post akan datang 2 - Laman DIY - Pressed Fresh Flowers Craft
dan semuanya percuma.