Perigi Gergasi - salah satu binaan penting di Turusan Ijok. Terletak di hujung terusan dan air yang terjun deras ke dalam perigi ini disalurkan terus ke Sungai Merah melalui terowong air di bahagian bawah perigi. Diameter perigi : 12 kaki (3.5 meter) dan kedalamannya lebih 5 meter.
Kepala dan roda Keretapi Wap
Antara penemuan melalui aktiviti Eko-Kreatif pada 2002.
Keretapi ini pernah digunakan dalam kerja melombong bijih timah di kawasan Sungai Merah, Redang Panjang. Menurut sumber, lombong tersebut diusahakan sejak awal abad 20 sehinggalah pertengahan tahun70 an oleh pengusaha Inggeris.
Pengusaha-pengusaha Cina pula mengusahakannya mulai awal tahun 50an
Sehingga kini, aktiviti mendulang bijih timah masih lagi diusahakan sebagai kerja sambilan oleh beberapa orang penduduk tempatan di lokasi lain sekitar Redang Panjang.
No comments:
Post a Comment