Hari ini, DSG ingin mengupas sedikit tentang "POTONG". Apakah term bagi potong? Aku rasa ramai orang tahu. Potong adalah satu perbuatan iaitu perkara yang dilakukan oleh satu pihak (yang membuat) kepada satu pihak lain (yang kena buat.) Tujuan untuk memisahkannya bagi menjadikannya lebih daripada satu dalam saiz yang lebih kecil atau seperti dikehendaki.
i) Memutuskan atau kerat sesuatu menggunakan alat pemotong. - potong kain menggunakan gunting. potong kayu menggunakan gergaji, potong sayur menggunakan pisau, potong pokok menggunakan chain saw, potong rumput menggunakan mesin pemotong rumput.
ii) Melangkau pihak di hadapan (simpulan bahasa) - potong baris, potong trip, memotong - Ah Lek memandu keretanya dengan laju dan memotong beberapa kereta di hadapannya sebelum keretanya HILANG KAWALAN lalu terjunam ke gaung.
iii) Bersumpah (simpulan bahasa) - potong jari.
iv) Mengambil untung berlebihan (simpulan bahasa) - potong leher, potong kepala.
v) Potong juga sinonim dengan berkhatan.
Mengupas ringkas perkataan potong ni, teringat aku akan beberapa peristiwa pembunuhan - xyzzzz telah dibunuh dan mayatnya dipotong 17.
TAPI............ APA BEZA POTONG DENGAN CANTAS. ya....... cantas juga sinonim potong tapi kaedahnya lebih GANAS DAN ZALIM.
No comments:
Post a Comment