LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Thursday, March 3, 2016

P & P di Eko SPA




Mempelbagaikan aktiviti dalam proses p&p semasa musim panas.  Duduk di tepi kolam 
ikan hiasan sambil merendam kaki seolah di SPA.
Seronok juga..........tidak bosan dan tidak rasa mengantuk.
Maalumlah kelas waktu tengah hari.  Jam 12.40 hingga 2.40 petang.
Panas matahari yang amat terik.




Wednesday, November 11, 2015

No Title - Cuma Terdetik Dihati.

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan terencat semangat.
Walau apa yang berlaku, teruskanlah perjuangan.

Biarkan ianya hanya terdetik dihati.
Tiada orang tak pernah merasa terguris hati.
Tiada orang tak pernah terasa kecewa.
Tiada orang tak pernah terasa putus asa.
Walaupun hanya terdetik dihati.
Jadi, biarkanlah ianya hanya terdetik dihati.
Cukup terdetik sahaja.
Jangan biarkan detik itu menjadi dentuman.

Insya'Allah ada bahagian untuk kita.
Telah diatur.
Cukup dan lengkap.
Dan.
Ada juga bahagian untuknya.
Juga telah diatur.
Juga cukup dan lengkap.

Sebenarnya, ini bukan sajak.  Juga bukan puisi.
Cuma terdetik dihati.

Bukan semua tak kena.
Tapi memang banyak telah terkena.
Cempaka Mas, Cempaka Triangle, De Banggol dan Galeri.

Baik orang wajar dipuji
Jahat orang wajar dikeji
Baik budi dan hasad dengki
Puncanya tetap dari hati. 

Ya....... cuma terdetik dihati.


Thursday, September 24, 2015






Seekor ular sawa hidup yang berjaya ditangkap telah menjadi bahan pameran terbaru
galeri sejak tiga bulan yang lalu.  Beberapa hari lagi nak raya aidil fitri 2015.
Kebetulan pula kami ada seorang pekerja penyenggaraan kawasan sekolah
yang agak mahir berkaitan ular.
Tak lah besar sangat ketika itu tapi ketika update ini, saiznya telah menyamai 
lengan orang dewasa.

Gambar menunjukkan aktiviti membersih dan memandikan ular oleh pekerja
terbabit bersama dua orang pelajar.


Friday, June 19, 2015

Galeri Terkini.






Suasana galeri terkini.  
Alhamdulilah...... 
akhirnya nampaklah semula wajah sebuah galeri 
setelah beberapa tahun agak terabai.
Diharap kali ini tidaklah tersia-sia lagi.

Rupanya untuk membangunkannya semula tidaklah semudah
ketika untuk mewujudkannya dulu.
Pelbagai faktor kecewa lama sentiasa terpapar sebagai kekangan utama.

Syukur....... sisa semangat insan lama masih tetap utuh.



Thursday, June 4, 2015

Kaligrafi Kontemporari - Khalifah Kaligrafi

Tiada kata seindah bahasa
Tiada gambar secantik lukisan
Apatah lagi didadanya tertera 
kalimah-kalimah suci memuji 
keesaan Illahi.
dan
anda akan temuinya di
KHALIFAH KALIGRAFI.


Terdapat 20 design eksklusif hasil gubahan seniman tempatan.
Catan acrylic bermutu tinggi di kanvas bersaiz 24" x 36", tetulang kayu.

Kaligrafi Kontemporari oleh KHALIFAH KALIGRAFI
Pastinya menjadikan ruang dinding anda lebih ceria dipandang.
Menikmati keindahan sambil bertasbih memuji
kebesaran Illahi.

Setiap satunya dihasilkan dengan "made with love" khusus untuk anda.
Harga........ jangan risau. 
Mungkin anda tak percaya.
Hanya RM 420.00 - RM 620.00

PM / WhatsApp / Telegram - 016 5274595