LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Monday, May 12, 2014

Lestari Kreatif 14 - Jam Taman



Dihasilkan dari bahan terpakai.
Sesuai ditempatkan di taman terbuka atau taman dalam kawasan berbumbung.
Juga hiasan di dalam atau luar rumah.

Lestari Kreatif - 13 - Dangau



 Dangau di KKCM - kerangka kayu, berdinding pemidang bertam
dan beratap rumbia.


Replika dangau yang akan dibina di kebunku Banggol Mas.
Mungkin akan menjadi istanaku apabila bersara kelak.
Cukuplah seadanya.

Lestari Kreatif 12 - Lampu Tidur







Lestari kreatif seterusnya  -Lampu tidur daripada penutup botol.

Thursday, April 10, 2014

Lestari Kreatif 11 - Alat tradisional - Lesung






Replika lesung tangan dan lesung kaki mini.
Kemasan kayu stang.
Masih dalam proses pembikinan.
Sangat sesuai sebagai cenderamata.

Merupakan alat tradisional dan digunakan untuk menumbuk bagi
meleraikan  kulit padi.  Juga digunakan untuk
menghasilkan  tepung (beras, pulut dll) 


Thursday, April 3, 2014

Lestari Kreatif 10 - Projek Jalur Gemilang Merdeka ke 57, 2014.










Seluruh warga SMKRP sedang giat berusaha untuk membina sebuah replika Jalur Gemilang
daripada botol air minuman / air mineral 500ML terpakai sempena sambutan 
hari kemerdekaan ke 57, 2014.
Sebanyak 20,805 biji botol akan digunakan.
20,805 dipilih kerana jumlah itu menunjukkan bilangan hari negara telah mencapai
kemerdekaan  menjelang 31 Ogos 2014 ( 57 tahun x 365 hari setahun).
Dengan jumlah itu juga, dijangka sebuah replika Jalur Gemilang
bersaiz 4 meter tinggi dan panjang 120 meter akan dapat dihasilkan.
InsyaAllah.

Setakat ini, lebih kurang sepanjang 40 meter telah berjaya disiapkan.

Thursday, March 27, 2014

Kembalikan semangat kitar semula - Rencana - Sinar Harian

Kembalikan semangat kitar semula - Rencana - Sinar Harian



............"Ada yang tahu dan sedar, akan meneruskan amalan kitar semula. Tetapi ada juga yang tahu dan sedar tetapi tidak diamalkan", katanya............