LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
COOL
Disebalik de aRPi Eco Gallery
Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.
Tuesday, May 26, 2015
Tuesday, May 19, 2015
Angan-angan dan fantasi
Memang agak sukar dan memakan masa yang panjang untuk menghasilkan sesuatu yang unik.
Itulah hakikat dan risiko yang perlu dihadapi.
Harap-harap warga SMKRP dapat bersabar untuk melihat projek kami siap dan boleh digunakan.
Pondok berbentuk kulat (cendawan) dibuat daripada simen.
Kemasan bahagian atas nya dihasilkan daripada penutup botol pelbagai warna
yang disusun rapi dan kemas. Bahagian atas meja, kami juga merancang
untuk menggunakan bahan yang sama. Memerlukan jumlah penutup botol yang agak banyak.
Perlu disusun dengan lebih kemas dan rapi bagi menghasilkan permukaan yang rata
dan tahan lasak.
Dijangka lebih lima ribu penutup botol akan digunakan.
Dalam usaha mengumpul lagi penutup botol, teringat cerita tentang pari-pari............
Indah dan bertambah unik kalau kawasan ini dijadikan taman yang bertemakan alam fantasi
berkaitan cerita-cerita dongeng dan pari-pari.
Ada pelbagai flora dan binaan mini dan tradisional.
Pokok-pokok kekacang menjalar merentasi antara bangunan.
dan macam-macam lagi lah.............................
Thursday, May 14, 2015
Wednesday, March 11, 2015
P d P - Amali dan PBS Landskap.
Amali dan PBS tahun ini, kami bina elemen landskap. Meja, kerusi dan teduhan berbentuk kulat daripada simen ferro. Agak besar dan berat projek ini. 10 buah kerusi, sebuah meja 6 kaki (diameter) dan teduhan berbentuk kulat dengan diameter 8 kaki dan tinggi 7 kaki.
Memang dah lama berhajat untuk buat projek serupa tu. Sejak 12 tahun yang lalu tapi
tahun ini baru terlaksana. Lagi pun, kulat memang "trade mark" kami.
Kelihatan para pelajar sedang memasang simen pada rangka BRC. Dalam BRC tu kami penuhkan dengan botol-botol mineral kosong.
Ha ha......semua berpakaian uniform sekolah lengkap. Masing-masing terkhilaf kerana mula pertukaran jadual baru pada hari tu.
Saturday, February 7, 2015
Pembiakan Aseks Pokok Hiasan
Amali pembiakan aseks pokok hiasan. Aktiviti amali Kemahiran Hidup yang
lazimnya kami lakukan diawal sesi persekolahan.
Kali ini kami memperbanyakkan pokok tanduk rusa dan pokok bunga siantan (ixora). Pokok tanduk rusa dibiakkan melalui kaedah belahan rumpun dan pokok ixora kaedah keratan batang.
Pelajar-pelajar kelas 1 A 2 sedang melakukan aktiviti amali pembiakan.
Seronok sungguh mereka.
Sebagai pengkayaan, amali pembiakan seks pokok hiasan juga akan dilakukan
pada minggu seterusnya dan pokok bunga matahari menjadi pilihan kami.
Insha'Allah selepas dua bulan kami akan paparkan hasilnya nanti.
Insha'Allah selepas dua bulan kami akan paparkan hasilnya nanti.
Sunday, November 30, 2014
Thursday, September 18, 2014
Rafflesia Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau, Perak.
Bukan mudah dan tidak ramai orang berpeluang melihat
bunga hebat ini. Spesies ini merupakan bunga terbesar di dunia.
Baru-baru ini heboh tentang penemuan bunga rafflesia
di Desa Lestari Sempeneh Batu Kurau.
Ramai orang datang merebut peluang melihatnya.
to be cont...
Subscribe to:
Posts (Atom)




%2B-%2BCopy.jpg)



