LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, August 9, 2009

Wajah Baru Galeri

Sempena Bulan Sains dan Teknologi SMKRP (Julai 2009), susun atur bahan pameran telah diubah suai. Pameran teknologi mengawet bahan utama pameran (kulat) dan bunga-bunga segar telah diadakan. Bunga-bunga segar yang telah diawet dan diwarnakan, ditekap dan digubah menjadi hasil kraf yang sangat menarik. Kraf bunga tekap (Pressed fresh flowers craft). Terima kasih kepada Laman Kraf Tani Enterprise Cawangan Perak yang telah memberikan kerjasama dalam pameran teknologi bunga tekap



Inilah hasil-hasilnya - cantik dan menarik

Selain itu, galeri juga telah menganjurkan projek mengumpul dana dengan menjual kraf bunga tekap bagi mengindahkan landskap sekolah. Projek yang akan dibina adalah sebuah dataran serba guna untuk kegunaan semua warga sekolah. Dianggarkan kos projek sebanyak RM3000.00 bagi fasa pertama ( 2009) dan fasa kedua (2010) juga dianggarkan RM 3000. Setakat ini, projek fasa pertama telah bermula - merata dan memadatkan tapak sebelum diletakkan batu susun. Terima kasih kepada semua warga sekolah, (pelajar, pekerja swasta, staf sokongan, guru) yang telah memberikan kerjasama yang cukup membanggakan terutama kepada Tuan pengetua yang begitu berdedikasi, Puan Hasmah bt Mohd. Yusoff. Insya'Allah projek fasa pertama akan dapat disiapkan mengikut jadual sebelum menjelangnya fajar 2010.

No comments:

Post a Comment