LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Friday, May 20, 2011

Perasmian MSSM-Stadium Perak, Ipoh.








Reka bentuk tanglung 1 Malaysia ciptaan kami untuk upacara perasmian
sukan sekolah-sekolah Malaysia di Stadium Perak pada 20 Mei 2011.
Moga hasrat Dato' Pengarah Pelajaran Perak (Dato' Rauhi bin Md. Isa)
untuk mencipta rekod Malaysia - Nyalaan Tanglung 1 Malaysia terbanyak iaitu 
lebih 10,000 sempena majlis perasmian sukan sekolah-sekolah Malaysia 2011 akan tercapai.
Tahniah Dato'!

Sunday, May 15, 2011

Detik-detik Terakhir


Baru terjumpa semula foto kenangan ini.

Inilah detik-detik terakhir admin bersama 'raja kulat'
sebelum dimasukkan ke dalam kotak kaca
untuk dipersembahkan kepada
Ke bawah DYMM Tuanku Sultan Perak.

Walaupun beratnya mencecah 50 kilogram,
namun, masih mampu senyum lagi.
(Inilah satu-satunya gambar admin bersama "raja kulat" - 15 Jun 2005)

"Raja Kulat" di dalam kotak kaca, 
Sedia untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk ditempatkan
di Galeri Sultan Azlan Shah.

Ucapan oleh Engku Datuk- Beliau menceritakan bagaimana Tuanku teringat semula
ketika baginda mencemar duli melawat pameran yang admin adakan semasa perasmian SMK Klian Pauh.
Ketika itu baginda dan Engku Datuk sedang meninjau bahan pameran di GSAS.


Dari kiri - Wakil PPD LMS, Yang Mulia Engku Datuk, Tuan Pengetua SMKRP En. Shukri bin Mokhri dan Yang Berbahagia Toh Pendewa Sakti Tuan Haji Abd. Manan.

Monday, May 2, 2011

Pelajar UKM Cipta Kejayaan Di Taiwan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pelajar UKM Cipta Kejayaan Di Taiwan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
alt

Dua pelajar Program Pendidikan PERMATAPintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa pada Persidangan Saintis Masa Depan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ketiga, yang diadakan di Taiwan baru-baru ini.

Amy Ng May Kay menggondol pingat emas dan Nurul Amalina Ramli meraih gangsa dalam projek bertemakan 'Rumah Eko Sifar Karbon' yang diadakan sempena persidangan lima hari yang bermula 11 April lepas, menurut kenyataan media PERMATAPintar Negara di sini hari ini.

Kedua-dua mereka yang mewakili PERMATAPintar UKM pada persidangan antarabangsa yang diadakan di Universiti Kebangsaan Taiwan, Taipei, telah diberi tanggungjawab mengaplikasi kebolehan intelektual sains mereka dalam projek membina 'Rumah Eko Sifar Karbon'.

Setiap kumpulan harus membina dan menyiapkan model miniatur rumah tersebut dengan hanya menggunakan bahan di kedai kem.

"Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan kriteria, kreativiti, kepraktisan, kecekapan ekonomi dan kemahiran membuat persembahan terhadap hasil
projek," menurut kenyataan itu lagi.

Malaysia dilaporkan akan menjadi tuan rumah persidangan tersebut tahun depan, yang merupakan program di bawah Pusat Pementoran Apec bagi Kalangan Berbakat Dalam Bidang Sains.

- Kuala Lumpur, 2 Mei 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama