LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Sunday, April 17, 2011

Eko-rintis 3


Antara flora yang terdapat di Kebunku Cempaka Mas.  Membuatkan admin terasa rindu
pada aktiviti eko-kreatif.




Terjumpa kucing hutan semasa dalam perjalanan menuju sebuah ulu sungai.  
Tapi sayang telah mati.  Rasanya baru mati dalam beberapa jam yang lalu.
  

kelihatan saluran paip poli bagi menyalurkan air ke kolam ternakan udang dan ikan air tawar.



Lata dan air terjun kecil di Ulu Sungai Sejuk Pagi.  Sungai ini adalah satu
daripada cabang Sungai Kurau.  
Terletak  di Kampung Sempeneh Cempaka. Batu Kurau.
Sejuk, segar, bersih dan belum tercemar.  
Digunakan oleh beberapa orang penduduk kampung sebagai punca air
untuk menternak udang dan ikan air tawar.




Melancarkan layang-layang - 1.


Gambar menunjukkan aktiviti menggapai angkasa yang dijalankan pada 13 April 2011.
 (Tarikh pada gambar tersilap set - 12 April 2011). 
Walaupun hanya beberapa buah layang-layang sahaja dilancarkan, 
rasanya memadailah sebagai permulaan.  Sesuailah dengan bilangan ahli
seramai 10 orang dan kesemuanya merupakan pelajar tingkatan 1.
Mungkin suatu hari nanti ada diantara mereka yang akan menjadi seorang angkasawan atau pilot
atau jurutera aircraff atau apa-apa yang berkaitan dengan angkasa.  
Insya'Allah.








Wednesday, April 6, 2011

Porcelain 1

Bagi menambah seri galeri, bermula April 2011 kami akan menambah kepelbagaian bahan pameran.  Antara bahan itu adalah bahan porcelain lama seperti pinggan mangkuk, teko dan lain-lain peralatan menghidang serta peralatan memasak yang pernah digunakan oleh orang-orang dulu.  Di samping itu kami juga sedang merancang untuk menghasilkan produk yang selama ini menjadi trade mark kami iaitu porcelain kulat.




Thursday, March 31, 2011

Kursus Seramik

Sebenarnya ketika ini admin baru balik daripada menghadiri kursus seramik di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, Enggor Kuala Kangsar anjuran bersama Kraf Malaysia serta PPD dan Panitia PSV LMS.  Baru sahaja sampai rumah lebih kurang sejam yang lalu.  Terima kasih yang tidak terhingga kerana peluang yang diberikan itu.  Insya'Allah, ilmu yang diperolehi akan saya gunakan untuk kebaikkan bersama terutama untuk mengembangkan produk berkaitan projek eko-kreatif.  Kraf kulat daripada seramik/porcelain.













Sunday, March 20, 2011

Pesta Belon Udara Panas


PELBAGAI bentuk belon udara panas kelihatan di Putrajaya ketika pertunjukan Pesta Belon Udara Panas Ketiga 2011, semalam
(Berita Harian Online)