LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Saturday, October 17, 2009

OH.....KULAT

Secara amnya kulat atau cendawan dan nama saintitifiknya Ganoderma sp adalah sejenis hidupan parasit.  Hampir keseluruhan penyakit pokok adalah kesan daripada serangannya.  Penyakit reput pangkal bagi pokok kelapa sawit disebabkan serangan kulat bernama Ganoderama boninense atau orang Melayu memanggilnya ‘Kulat Telinga Gajah’.  Penyakit reput pangkal dan akar bagi pokok limau, berpunca daripada serangan kulat Phytophthora nicotianea var parasitica dan penyakit berkeruping daun bagi keledek pula disebabkan kulat Elsinoe batatas ( Sphaceloma batatas).

Dari segi sejarah, kulat telah digunakan untuk tujuan yang merbahaya sejak zaman Claudius II,  Pope Clement VII dan zaman Buddha kerana kebanyakan spesies kulat adalah beracun.  Malah terdapat rekod arkologi seawal tahun 5000 sebelum mesihi mengenainya oleh puak Tassili.  Lukisan primitif di dinding sebuah gua itu menggambarkan kulat mempunyai kuasa aura tertentu   dan dilukis  disekelilingi badan seorang pahlawan yang lengkap bersenjata.   Begitu juga dengan kegunaan kulat  masa kini seperti  sebagai bahan makanan, bahan perubatan dan dalam upacara keagamaan.  Malah kajian-kajian lanjut untuk mencari potensi lain khususnya bagi kulat-kulat liar masih kurang dilakukan

            Namun begitu, terdapat juga kulat yang berguna kepada manusia umpamanya sebagai bahan untuk menyediakan makanan seperti roti dan tapai yang dikenali sebagai ragi (yis)  atau kulat itu sendiri boleh dimakan seperti kulat tahun (cendawan busut), kulat sisir, ablone, kulat butang dan dan sebagainya.  Cendawan shitake (Lentinus edodes) pula merupakan makanan istimewa golongan diraja Jepun zaman dahulu dan sangat kaya dengan nilai pemakanan.  Terdapat juga yang dicampur dalam bahan minuman kesihatan seperti  Ganoderama Lusinia yang lebih dikenali sebagai  Kopi Gano. 

Dari segi perubatan, fungsi kulat juga tidak kurang pentingnya.  Banyak spesies kulat dijadikan bahan asas bagi menghasilkan dan  ramuan sama ada  dalam perubatan moden atau tradisional.  Justeru itu, bagi menampung keperluan kulat sama ada sebagai sumber makanan atau bahan perubatan,  industri menternak kulat telah menjadi suatu industri baru yang berdaya maju. Di negara kita, industri menternak kulat telah berkembang dengan pesatnya sejak awal tahun 80’an.  Walaupun lewat berbanding negara-negara lain, namun perkembangannya kini amat membanggakan dan setanding dengan negara-negawa lain

              Dari sudut lain, kulat merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik.  Pelbagai spesies dan setiap spesies mempunyai bentuk, saiz, corak dan warna yang berbeza.  Hampir setiap jenis kulat tumbuh di batang kayu berlainan.  Pepatah orang tua-tua ada menyatakan ‘ haiwan mati menjadi ulat, tumbuhan mati menjadi kulat ’.
Kulat, jika ditenung dan dihayati  ianya sangat mengasyikkan.  Keunikkannya menimbulkan rasa kagum.  Betapa indah dan berseninya ciptaan Tuhan yang satu ini (kulat).  Kalau di laut kita terpesona dengan keindahan batu karang dan hidupan akuatiknya, di sungai dengan bebatu yang berbagai bentuk dan di langit pula gumpalan awan yang sentiasa berubah wajah tetapi di rimba, kulat adalah antara yang menakjubkan.

           Ringkasnya, kulat walaupun sejenis tumbuhan parasit dan sering menimbulkan masalah khususnya kepada para petani, namun kulat juga merupakan hidupan yang berguna kepada manusia berdasarkan spesiesnya.    Namun usaha-usaha untuk menilai potensi berbagai spesies  kulat dari aspek kegunaan lain khususnya hiasan dan gubahan setakat ini masih belum dilakukan.           Sumber semulajadi yang sangat unik ini masih terbiar kecuali sesekali penduduk desa mengutip kulat sisir atau kulat tahun untuk dijadikan santapan harian.  Kulat-kulat dari  spesies lain terus terbiar dan membiak dengan banyak.  Lantas, para petani terus tertekan dengan serangan penyakit terhadap tanamannya.

            Menyedari hakikat itu, sekumpulan pelajar dari Persatuan Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang, Batu Kurau, Perak telah menjalankan kajian potensi terhadap pelbagai jenis kulat liar yang tumbuh dengan subur dan banyaknya di negara kita. 

Kajian di bawah Projek Eko-Kreatif yang bertemakan ‘Menjejak Mutiara Di Rimba’ itu telah berjaya  mengenalpasti kegunaan lain yang sangat berpotensi bagi kulat jika diusahakan secara komersial.   

Spesies tertentu kulat liar yang telah diawet dan dikeraskan didapati sangat sesuai  dijadikan barangan kraf  untuk cenderamata, hiasan atau untuk kegunaan harian.   Beberapa jenis produk kraf telah dihasilkan seperti arca kulat, kulat berbingkai, pemegang kunci, dan ‘arkarium’ kulat.  Malah produk ‘seni kraf kulat’ boleh dijadikan cabang baru dalam industri kraf negara.   Hasil kraf ini sangat sesuai dijadikan bahan hiasan alternatif di rumah, pejabat-pejabat, ruang legar hotel atau di dalam kereta kerana keadaannya yang unik, antik dan kelihatan ekslusif. 

Produk terkini dan masih dalam kajian peringkat akhir  ialah  ‘akuarium kulat’.    untuk memeliahara fauna hutan masih dalam kajian dari segi kesesuaian, bahan dan pemakanannya. 

Dalam satu kajian untuk memasarkan produk  ini (kraf kulat) di sekitar Taman Tasik, Taiping dan dalam beberapa pameran yang disertainya, hampir keseluruhan sampel khususnya pelancong kagum dengan keunikkan produk dan berminat untuk memilikinya sama ada sebagai hiasan, barang koleksi atau untuk dijadikan cenderamata.

Sesuatu yang istimewa tentang produk kraf kulat ini  setiap satunya  adalah tersendiri dari segi  bentuk, saiz dan teksktur coraknya.   Keunikkann serta bentuknya yang antik dan eksklusif pula sesuai untuk koleksi  para peminat dan pengumpul di samping artifak hiasan bagi ruang legar di hotel atau pejabat-pejabat korporat.

Zainal bin Abd. Rahim
SMK Redang Panjang, Ijok,
34510 Batu Kurau, Perak.

PROJEK EKO- KREATIF

Persatuan Kemahiran Hidup
S.M.K Redang Panjang,  Batu Kurau,  Perak 

NAMA  PROJEK                  :          PROJEK  JEJAK  EKO-KREATIF

            TEMA PROJEK                      :          “MENJEJAK MUTIARA DI RIMBA”
LOKASI PROJEK                  :           HUTAN DI SEKITAR  IJOK, BATU
KURAU, PERAK.
            JANGKAMASA                     :           APRIL  hingga  OKTOBER   2001

1.         PENDAHULUAN
Keindahan, keunikan dan kepelbagaian  flora dan fauna di hutan adalah sesuatu yang mengasyikkan dan memukau mata memandang.   Khazanah alam semula jadi ini  merupakan sesuatu yang sangat berharga dan setakat ini ianya masih kurang dimanafaatkan secara kreatif.  Memandangkan lokasi sekolah berhampiran dengan sumber tersebut dan kebanyakan pelajar  telah biasa dengan persekitarannya, adalah wajar pelajar-pelajar didedahkan dengan aktiviti  untuk memenafaatkan sumber-sumber semulajadi secara kreatif.

2.         OBJEKTIF
Secara amnya, objektif aktiviti ini adalah  untuk sama-sama menjejak potensi sumber alam serta lokasi setempat yang boleh dieksploitasi secara kreatif  agar menjadikannya lebih berharga dan dihargai.  Di samping itu, aktiviti ini juga  untuk membina dan menanam rasa cinta pelajar terhadap keindahan alam semula jadi.

Secara khususnya, aktiviti ini bertujuan  mencari bahan-bahan semula jadi  untuk dijadikan bahan pameran di Galeri Persatuan.
i.           Mencari dan mengambil gambar bahan flora dan fauna secara terpimpin untuk tujuan pendidikan.
ii.          Mengambil gambar lokasi-lokasi yang menarik seperti air terjun, tempat-tempat bersejarah atau lagenda dan  mendapatkan maklumat mengenainya seterusnya  menilai potensi   dan mempromosi atau mencadangkan kepada pihak-pihak tertentu agar dijadikan sebagai distinasi pelancongan domestik. 
iii.         Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimanipulasi bagi menghasilkan sesuatu produk secara kreatif.

3.                  WARGA PROJEK

PENAUNG                 :           TUAN HAJI ABD. AZIZ BIN SAMSHUDDIN   P.P.T.

PENGETUA  SMKRP

PENASIHAT               :           EN. ZAINAL BIN ABD. RAHIM

PENGERUSI               :           GANESON A/L RADHAKRISHNAN

NAIB PENGERUSI    :           PUTERA AZLAN BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA            :           NIK MOHD. SHAMSUL AZLAN

N. SETIAUSAHA       :           BUKHARI  BIN MOHAMMAD NOR

BENDAHARI              :           KALAIVANAN A/L KANDASAMY

WARGA RAKAMAN :           KHAIRUL AZIZAM BIN HASSAN

WARGA LOGISTIK  :            NAGENTHIRAN A/L ARUMUGAM

WARGA KREATIF 1 (FLORA)         :           NORAZUAN BIN RAZALI

WARGA KREATIF 2 (FAUNA)        :           FAZIL BIN ISMAIL

WARGA KREATIF 3 (LOKASI)       :           MOHD. SHAHRUL BIN ABD. WAHAB
KANAGARAJU A/L VANAGARAJU

WARGA KESELAMATAN DAN KECEMASAN  :  YUSMAN  BIN  YUSOF

 
4.                  PELAKSANAAN PROJEK
Memandangkan kawasan liputan projek agak luas, pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam hingga tujuh bulan mulai bulan April 2001.
3.1       Jejak Eko-Kreatif  1     -           Persekitaran Lata Buluh, Kg. Sungai Jernih
dan Kampung Kelian Gunung, Ijok.
3.2       Jejak Eko-Kreatif  2     -           Persekitaran Hutan jalan Ijok ke
                                                Lenggong sehingga ke air terjun Titi 2.
3.3       Jejak Eko-Kreatif  3     -           Persekitaran Hutan Simpan Pondok
Tanjung, Jalan Redang Panjang ke B. Kurau.
3.4       Jejak eko-Kreatif  4     -           Persekitaran Hutan Berhampiran R. Panjang.
3.5       Jejak Eko-Kreatif  5     -           Persekitaran Hutan di Kg.  Masjid, Ijok.







 5.        PENCAPAIAN SETAKAT JEJAK EKO-KREATIF  3

1.          Berjaya menemui spesis kulat gergasi, dengan luas permukaan melebihi
15 kaki persegi, ukur lilit lebih 14 kaki  dan berat lebih 60 kg(berat asal).
2.         Menghasilkan berbagai bentuk dan saiz produk cenderamata daripada kulat, seperti      
            key chain’ dan  gubahan kulat berbingkai. 
3.         Berjaya mengumpul koleksi berbagai  bentuk dan saiz ‘arca’ daripada kulat.
4.         Menghasilkan  akuarium kulat untuk hiasan.
5.         Dalam proses kajian memeliahara  serangga hutan yang sesuai dalam akuarium kulat.
6.         Berjaya menambah koleksi bahan pameran dalam Galeri Persatuan.
7.         Mengadakan pameran bertemakan ‘ MUTIARA DI RIMBA’  sempena Hari Ko-Kurikulum peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak pada 21 hingga 23 Jun 2001.  Kulat sebagai bahan pameran utama dan gambar-gambar flora dan fauna serta lokasi menarik di sekitar Ijok.
8.          Menghasilkan ubat krim merawat kudis dan gatal  daripada kulat.  Inovasi ini dihasilkan untuk menyertai Pertandingan Inovasi Sains anjuran JPN Perak sempena Karnival Akademik 2002 pada 24 – 26 Mei 2002 dan berjaya mendapat tempat ke empat.  

RANCANGAN SELANJUTNYA.

1.    Mengadakan beberapa siri pameran kulat, kerjasama dengan pihak-pihak yang berminat  seperti 
       muzium, Jabatan Hutan, Pelancongan.
2.    Menghasilkan dan memasarkan produk cenderamata daripada kulat secara berterusan.
3.    Mempromosi kulat sebagai sumber berpotensi, unik dan boleh dimajukan sebagai satu sumber 
       pendapatan.
4.    Membuat taman kulat dan tumbuhan parasit yang lain di kawasan sekolah.
5.    Membuat kajian dengan lebih mendalam tentang kulat termasuk potensi produk, spesis, habitat, 
       kesan sampingan serta potensi dari segi nilai perubatan tradisional/moden.
            6.    Berkerjasama dengan sesiapa yang berminat dalam hal-hal berkaitan dengan kulat.  ( hubungi  
                   Pengetua SMKRP  05-8801385  atau Encik Zainal bin Abd. Rahim,  Penasihat Persatuan KH   
                   & RC SMKRP Tel: 016-5274595 /  05-8839676 (H) 

KULAT  GERGASI 



TARIKH DIJUMPAI -  3 JUN 2001

TARIKH DIAMBIL :  13 JUN  2001

LOKASI DIJUMPAI :  
BATU 25,  JALAN BATU KURAU – REDANG PANJANG, (HUTAN  SIMPAN  KEKAL PONDOK  TANJONG) BATU  KURAU,  PERAK.

DIPERSEMBAHKAN KEPADA
KE BAWAH DYM SULTAN PERAK PADA:           15 JUN 2005

LOKASI KINI  :  GALERI SULTAN AZLAN SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK.

Thursday, October 8, 2009

DSG1

Bermula dengan UPSR dan kini PMR. Peperiksaan akhir tahun bagi tk 1,2,4, SPM dan STPM akan menyusul tak berapa hari lagi. Ini bermakna sessi persekolahan 2009 kian sampai ke penghujung. PANTAS sungguh masa berlalu. Rasanya mesyuarat pertama sessi persekolahan 2009 baru je semalam dijalankan. Baru je terima tugas untuk sessi 2009. Tup-tup-tap dah nak sampai hujung tahun. Banyak lagi tugas yang tak selesai.

Bercerita tentang masa ni ................... masa dan kita. Adakah masa yang mengejar kita atau kita mengejar masa? Ada orang kata masa mencemburui kita. Tapi yang pastinya orang tak de kata kita cemburu pada masa. Begitu juga dengan kata-kata 'masa itu emas'. Emas itu kalau kita ada, ia adalah aset berharga. Harga tak akan susut, malah akan naik dan terus naik. Jadi betullah....... antara masa dan emas tu. Tak akan menyusut.

Semalam 8/10 seorang rakanku menghadapi kesedihan. Isterinya meninggal dunia. Salam Takziah untuknya. Semoga banyakkan bersabar dan bersedekah untuk roh isterinya.
Al-Fatihah.

Itupun berkait dengan masa. Dah sampai masa. Kita yang ada ni entah bila akan sampai masa. Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Jadi kita laksanakan je lah tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hambaNya dan tanggungjawab sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang tak perlu kita pertikaikan. Kematian, jodoh, tanah kubur, rezeki dan yang satu lagi ni ..........(lupalah).

Tentang masa juga. Pernahkah kita dengar ada orang BERSUMPAH dengan masa. Tetapi Allah S.W.T. sendiri melakukannya. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.........................."

Saturday, September 19, 2009

SALAM IDIL FITRI


Bermulalah nafas ini menjadi TASBIH,
TIDUR ini menjadi IBADAH,
DOA2 ini di IJABAH, PAHALA ini diLIPAT GANDAkan,

namun.........
itu semua tidak akan menjadi tanpa
MAAF tulus daripada kalian...............
justeru, maafkan daku atas
lisan yang terlanjur.......
janji yang terabai.......
hati yang berperasangka.....&
kata2/sikap yang menyakitkan........

andai semua.
HARTA adalah RACUN,
maka ZAKAT PENAWARnya
&
jika seumur HIDUP  adalah  DOSA,
maka TAQWA & TAUBAH UBATnya,
jika seluruh BULAN adalah NODA,
maka RAMADHANlah PEMUTIHnya.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH swt & diampuni segala dosa.  Ameen....
SALAM AIDIL FITRI 1430H,
MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, August 30, 2009

UPSR, PMR DAN SPM



KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN AWAM
(UPSR, PMR DAN SPM) SMKRP

KAMI UCAPKAN
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

DOA DAN HARAPAN KAMI SEMOGA
ANDA SEMUA AKAN
MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.



SALAM MERDEKA

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 ini, kami dengan bangganya ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52

Dengan harapan negara kita yang tercinta ini akan terus maju dan kekal aman makmur selamanya.

Semuga hidup kita semua akan lebih ceria di bawah naungan Jalur Gemilang, Malaysia negara bertuah.

Sama-samalah kita laungkan MERDEKA......MERDEKA,.....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA,....MERDEKA.

dan kekalkan kemerdekaan untuk selamanya.