LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Monday, May 31, 2010

Jenis Kulat 2



Kulat jenis ini nipis, liat, tahan dan tidak beracun.
Coraknya juga sangat menarik.  Cara mengawet kulat jenis ini juga mudah.


Kulat payung hitam.  Terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk yang berbeza.  Tekstur bahagian atas kulat ini sangat menarik disamping batangnya yang berbagai bentuk.  Unik dan menarik.  Cara mengawet kulat ini juga mudah.  Keras bila kering tapi akan patah jika diurus secara kasar.


Wednesday, May 19, 2010

Terusan Ijok






Ibu Bekalan Terusan Ijok.
Terletak antara 
Kampung Kota Raja Bersiong dan Kampung Klian Tok Budi. 
Dibina di satu selekoh Sungai Ijok seawal tahun 1936

******************************************************
**********************************************










 Binaan Terusan merentasi sungai.
Dibina merentasi Sungai Segar.  Dibina/siap dibina pada tahun 1936.
Binaan ini merupakan binaan asal dan keadaannya tetap kukuh hingga kini.

***********************************************
***************************************








 Binaan dihujung Terusan Ijok.   
 Kerana saiznya yang besar (diameter - 20 kaki dan dalam 30 kaki) binaan ini dikenali sebagai Perigi Gergasi.  Air daripada Terusan ijok masuk ke perigi ini dan terus mengalir melalui terowong yang dibina di dasar perigi ke Sungai Merah.  

 ****************************************************
*******************************************



Binaan terowong air terletak di dasar perigi gergasi.  Terowong ini mengalirkan air daripada Terusan Ijok ke Sungai Merah dan seterusnya ke Tasik Bukit Merah di daerah Kerian.



**********************************************************
*************************************







 Sebahagian daripada flora yang terdapat di sekitar Perigi Gergasi

 *****************************************************************************
see U again

Sunday, March 21, 2010

Jenis Kulat




Gambar menunjukkan antara jenis kulat yang sangat sesuai dijadikan bahan kraf.  
Kulat ini berwarna hitam, bentuk seperti payung dan tumbuh di atas tanah.  
Lazimnya kulat ini tumbuh di sekitar tunggul kayu mati dan juga di tepi-tepi sungai.  
Selain berwarna hitam, terdapat juga spesies yang hampir sama tetapi berwarna 'dark brown'.
Kulat spesies itu juga sesuai sebagai bahan kraf.
Kulat-kulat tersebut terdapat dalam berbagai saiz.  Lebih kecil daripada wang syiling lima sen dan saiz terbesar pernah kami perolehi berdiameter 0.7 meter. (seperti gambar berikut).


Berikut adalah contoh-contoh kraf yang dihasilkan menggunakan spesies kulat tersebut; 
jenis berbingkai dan dalam kotak kaca.



Jenis berbingkai



Jenis Kotak Kaca




Friday, March 19, 2010

Lokasi dan artifak bersejarah


Perigi Gergasi - salah satu binaan penting di Turusan Ijok.  Terletak di hujung terusan dan air yang terjun deras ke dalam perigi ini disalurkan terus ke Sungai Merah melalui terowong air di bahagian bawah perigi.  Diameter perigi : 12 kaki (3.5 meter) dan kedalamannya  lebih 5 meter.


Kepala dan roda Keretapi Wap

Antara penemuan melalui aktiviti Eko-Kreatif pada 2002.  
Keretapi ini pernah digunakan dalam kerja melombong bijih timah di kawasan Sungai Merah, Redang Panjang.  Menurut sumber, lombong tersebut diusahakan sejak awal abad 20 sehinggalah pertengahan tahun70 an oleh pengusaha Inggeris.  
Pengusaha-pengusaha Cina pula mengusahakannya mulai awal tahun 50an
Sehingga kini, aktiviti mendulang bijih timah masih lagi diusahakan sebagai kerja sambilan oleh beberapa orang penduduk tempatan di lokasi lain sekitar Redang Panjang. 

Friday, March 12, 2010

Sampel Pertama

Sampel kulat pertama dikutip

Tarikh dikutip :  14 April 2001
Lokasi : Lata Buluh, Kampung Klian Gunung, Ijok, Batu Kurau, Perak
Bil. Ekspidisi   :   Ekspidisi 1.


Artifak sejarah Perlombongan Bijih Timah di Redang Panjang

Roda keretapi lombong bijih timah yang pernah beroperasi di Ulu Sungai Merah, Redang Panjang
semasa zaman penjajah sehinggalah awal tahun 70an.  
Sungai Merah adalah satu daripada cabang Sungai Kerian.  Memandangkan ulu (penghujung) Sungai Merah berakhir di kawasan Redang Panjang dan air amat diperlukan untuk perusahaan lombong bijih timah dan pertanian, satu terusan iaitu Turusan Ijok telah dibina oleh pemerintah Inggeris seawal tahun 1936.  Terusan itu menyambungkan Sungai Merah dengan Sungai Ijok sejauh lebih kurang 10 km.  Terdapat tiga binaan penting disepanjang terusan ini selain daripada terusan itu sendiri iaitu Pintu Air (Gate), Binaan Terusan Atas Sungai dan 'Perigi Gergasi'.   Dengan wujudnya tasik buatan, Tasik Bukit Merah kini Sungai Merah yang menerima aliran air daripada Sungai Ijok melalui Turusan Ijok mengalirkan air terus ke tasik tersebut.   

'Kepala Paip Siput"
Salah satu komponen dalam sistem perpaipan lombong dedah.  Digunakan untuk menembak air ke kawasan berbijih untuk dialirkan ke kawasan takungan dan palong sebelum kerja mengasingkan bijih dijalankan.

Artifak-artifak itu telah ditemui pada 2002 melalui satu ekspidisi 'Projek Eko-Kreatif' oleh Persatuan Kemahiran Hidup SMK Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.  Kini artifak-artifak itu digunakan sebagai binaan/elemen landskap sekolah.

Sunday, February 28, 2010

Artifak, Sejarah dan Lokasi Menarik

Bahan-bahan menarik yang akan menyusul sepanjang Mac 2010
i.  Artifak sejarah setempat
ii. Gambar-gambar lokasi menarik
iii.  Gambar-gambar aktiviti
iv.  Gambar lokasi bersejarah
Semuanya ditemui dan dirakam semasa ekspidisi eko-kreatif yang kami jalankan.

Antaranya
i.  Perigi Gergasi
ii.  Turusan atas sungai
iii.  Kepala paip siput
iv.  Kota Raja Bersiong
v.  Keretapi lombong bijih timah
vi.  Tempat perkelahan (Lata)