COOL
Disebalik de aRPi Eco Gallery
Friday, July 8, 2011
Thursday, July 7, 2011
Kerajaan Tekankan Kreativiti, Inovasi Untuk Mantapkan Mutu Pendidikan Di Sabah
| |
SANDAKAN - Kerajaan akan memberikan penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi mutu pendidikan di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana trend pendidikan terkini melihat potensi
pelajar dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata-mata
"Mereka perlu dinilai secara holistik merangkumi aspek kreativiti dan daya cipta," katanya
ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) peringkat negeri di sini Khamis.
Teks ucapannya dibacakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran. Musa berkata sekolah-sekolah agama juga tidak seharusnya ketinggalan dalam
melakukan transformasi dengan menggembleng potensi pelajar secara holistik dan
tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Ini bermakna aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum perlu dijadikan medan membangunkan
potensi kreativiti dan daya cipta para pelajar, kata Musa.
"Dengan cara ini, InsyaAllah sekolah-sekolah agama Islam akan turut berupaya
melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk keperluan
pembangunan negara," kata beliau.
Musa turut menekankan peranan bersama guru-guru, ibubapa, Persatuan Ibubapa
dan Guru (PIBG) dan masyarakat untuk mendidik dan melahirkan insan yang intelek,
memiliki akhlak dan peribadi mulia serta jati diri yang kukuh.
- BERNAMA |
Friday, May 20, 2011
Perasmian MSSM-Stadium Perak, Ipoh.
Tuesday, May 17, 2011
Sunday, May 15, 2011
Detik-detik Terakhir
Dari kiri - Wakil PPD LMS, Yang Mulia Engku Datuk, Tuan Pengetua SMKRP En. Shukri bin Mokhri dan Yang Berbahagia Toh Pendewa Sakti Tuan Haji Abd. Manan.
Thursday, May 5, 2011
Monday, May 2, 2011
Pelajar UKM Cipta Kejayaan Di Taiwan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dua pelajar Program Pendidikan PERMATAPintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa pada Persidangan Saintis Masa Depan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ketiga, yang diadakan di Taiwan baru-baru ini.
Amy Ng May Kay menggondol pingat emas dan Nurul Amalina Ramli meraih gangsa dalam projek bertemakan 'Rumah Eko Sifar Karbon' yang diadakan sempena persidangan lima hari yang bermula 11 April lepas, menurut kenyataan media PERMATAPintar Negara di sini hari ini.
Kedua-dua mereka yang mewakili PERMATAPintar UKM pada persidangan antarabangsa yang diadakan di Universiti Kebangsaan Taiwan, Taipei, telah diberi tanggungjawab mengaplikasi kebolehan intelektual sains mereka dalam projek membina 'Rumah Eko Sifar Karbon'.
Setiap kumpulan harus membina dan menyiapkan model miniatur rumah tersebut dengan hanya menggunakan bahan di kedai kem.
"Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan kriteria, kreativiti, kepraktisan, kecekapan ekonomi dan kemahiran membuat persembahan terhadap hasil
projek," menurut kenyataan itu lagi.
Malaysia dilaporkan akan menjadi tuan rumah persidangan tersebut tahun depan, yang merupakan program di bawah Pusat Pementoran Apec bagi Kalangan Berbakat Dalam Bidang Sains.
- Kuala Lumpur, 2 Mei 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama

