LIVING SKILLS SOCIETY,
SEKOLAH MODEL KHAS REDANG PANJANG, IJOK
34510 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

COOL

Disebalik de aRPi Eco Gallery

Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, penduduk kampung sekitar serta semua pelajar terutama ahli persatuan yang sangat komited Ganeson - 2001, Kalaivanan - 2001, Nagenteran - 2001, Khairul - 2001, Nik -2001-2002, Koe -2001-2002, Own - 2001 - 2003, Norazuan - 2001 - 2003, Azli - 2001 - 2003, Zetty, Ani Fadilah, Syaza 2001 - 2003, Raman - 2004.

Tuesday, January 4, 2011

DSG 7

Jam 6.00 petang semalam, 3 Januari 2011, aku dikejutkan bunyi semboyan daripada telefon bimbitku          (rakaman daripada filem Bukit Kepong).  Panggilan daripada PK Pentadbiran, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani.  Dia menyatakan, Tuan Pengetua, Puan Rosiah bt Rasalan ingin menyatakan sesuatu kepadaku.  Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan daripadanya.  Lembut tapi tegas nada suaranya.  Tertanya-tanya juga aku, apa yang ingin diperkatakan.  Tegurankah ...............  Maklumlah hari ini adalah hari pertama persekolahan sesi 2011.  Setelah salam berjawab dan mengesahkan bahawa yang menjawab panggilan adalah aku.............beliau pun terus ke mesej sebenar yang handak disampaikan.  Tuan Pengarah Pelajaran Perak, akan melawat sekolah pagi esok 4 Januari 2011.  Beliau akan bersama ketika perhimpunan waktu pagi dan seterusnya akan melawat kawasan sekolah.  Pastinya beliau akan diiringi oleh Tuan PPD LMS dan beberapa orang pegawai daripada JPN dan juga PPD.  Pastinya juga salah satu arah lawatan adalah galeri.

Terkedu sebentar aku........ rasa seronok, bangga dan bimbang bercampur baur.  Maklumlah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri akan bertandang.   Namun sepantas itu juga aku menyatakan akan membuat persiapan sewajarnya.  Mungkin malam tu juga atau awal pagi esoknya.  Yang pastinya, sebelum jam 9.00 pagi esok semuanya mesti siap.  Lebih-lebih lagi aktiviti eko-kreatif yang telah sekian lama aku laksanakan telah dipilih lagi sebagai satu daripada 'imej sekolah'.

Bila harus aku mulakan tugas itu?  Mulalah aku merangka tindakan sambil merangka persiapan untuk P&P hari esok.  Kaedaan galeri rasanya ok setelah ku buat pengubahsuaian sebelum cuti akhir tahun lepas.  Cuma perlu sedikit make-up.  Mungkin  ada sesawang sarang lelabah atau habuk dan kotoran lain.  Maklumlah telah terbiar kerana cuti akhir tahun.    .............. aku perlu ambil rehat dulu, tidur dan akan ke sekolah seawal mungkin esoknya......... Sebelum masuk tidur aku set alarm pukul 4.00 pagi.  4.30 aku akan bertolak dan akan sampai lebih kurang pukul 5.10 pagi. Aku pasti semuanya akan selesai dan siap.

Pengarah Pelajaran Perak Encik Rauhi bin Mohd. Isa dan Pengetua SMKRP, Puan Rosiah bt Rasalan

Dari kiri, Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, LMS, Pengetua SMKRP  Puan Rosiah bt Rasalan, Tuan Haji Abd. Malik Abd. Ghani, PK Pentadbiran SMKRP, 
Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Mohd. Isa 
dan Timbalan PPD LMS.
Encik Sabri bin Daud, Penolong PPD HEM, Puan Omi PPD LMS dan Timbalan PPD LMS




Monday, December 27, 2010

Eko-rintis 2

Gunung ini merupakan satu-satunya gunung batu kapur yang terdapat di Batu Kurau.  Tersendiri dan terpisah jauh dari gunung-gunung lain.




Dua sudut pandangan bahagian dalam gua pengantin  dirakam dari telaga berkembar/


Telaga kembar terletak di permukaan Gua Pengantin


Pandangan atas bahagian luar permukaan pintu gua pengantin.


Timbunan guano yang sempat di bawa keluar untuk dijadikan baja
di Kebun-ku Cempakamas.


Sunday, December 26, 2010

Ekspidisi Eko-rintis 1 - Gua Sempeneh


Dua tahun/24 bulan/104 minggu/730 hari/17520 jam/1051200 minit/63072000 saat.  Itulah perkiraan waktu-waktu yang telah  dan terpaksa ditinggalkan sejak 01 Januari 2009.  Cukup lama rasanya.  Dan......... adakah penantian yang begitu lama akan berakhir menjelang 2011.  Secara rasminya  lima hari sahaja lagi.  Tak sabar rasanya.  Namun..............esok, serentak dengan mesyuarat pertama sessi 2011......... akan terjawab segala-galanya,

Tak sabar rasanya....................... dan hari ini, 26 Disember 2010 satu ekspidisi rintis telah dijalankan.  Sekadar meninjau disamping untuk merancang sesuatu yang perlu dilakukan semasa ekspidisi sebenar.

Gunung Kurau, satu-satunya gunung batu kapur yang terdapat di Batu Kurau. Terletak di laluan masuk ke Kampung Sempeneh.  Gunung ini agak unik.  Kedudukkannya tersendiri.  Jauh dari gunung-gunung yang lain.  Kaya dengan pelbagai cerita metos. Banyak rahsia yang belum dibongkar................ 




Bahagian hadapan Gua Kelawar



Timbunan guano




 Kesan-kesan a'logi


Sudut kiri bahagian hadapan gua kelawar

Saturday, December 18, 2010

Diversify non-academic activities






Sebenarnya laporan akhbar tentang pameran kami yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak ini telah lama berlalu, namun baru kini dapat diblogkan.  Ini disebabkan keratan akhbar yang kami simpan telah tersalah letak dan baru kini dijumpai.  Pameran itu telah berlangsung semasa majlis perasmian SMK Klian Pauh, Taiping pada 12 May 2005.  

Sesungguhnya kami amat berbangga dengan pameran yang turut dicemar Duli oleh Tuanku Sultan ini.  Baginda begitu kagum dengan keunikkan bahan pameran kami terutama,  kulat gergasi (kulat terbesar di Malaysia).  Dalam titah ucapannya semasa upacara perasmian SMKKP itu,  baginda juga ada menyentuh tentang aktiviti persatuan yang kami jalankan.  

Sesungguhnya ini adalah satu daripada kejayaan gemilang kami.  Dua minggu selepas pameran itu, kami telah menerima panggilan telefon daripada Adikong Tuanku Sultan, iaitu Mejer Saharuddin.  Beliau menyatakan, Tuanku amat berminat dengan bahan pameran kami dan menitahkan agar kulat gergasi ditempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.  Iya.......berita itu secara tak langsung merupakan satu lagi kejayaan gemilang aktiviti persatuan kami.  Dengan gembiranya kami menyatakan persetujuan kerana kami menganggap 'kulat gergasi' yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kulat terbesar di Malaysia ketika itu adalah 'khazanah negara' yang wajar ditempatkan ditempat yang sewajarnya agar dapat dikongsi orang ramai.

"Menjunjung Kasih. Tuanku"

Thursday, December 16, 2010

Singgah sebentar......

Tadi, ketika ke pejabat untuk mengambil surat ke tugas rasmi di Kuala Lumpur, aku singgah sebentar ke galeri.  Ingatkan nak singgah barang beberapa minit.  Sekadar jeling-jeling je apa yang ada, kata orang.  Cuti sekolah kan...... maklumlah.  Tapi akhirnya....................... tak tergamak nak jeling–jeling je rasanya.  ,,,,,,,,,,,,,,,,,, begitulah adanya.  ................bagaikan satu kawasan autonomi.


Sebelum



Selepas
( bahagian belakang galeri )

sebelum


terkini


terkini
( bahagian depan galeri )